Wednesday, April 29, 2015

Bual Bicara Mesin Basuh Samsung Activ Dualwash Bersama Tiga Selebriti




RABU KUALA LUMPUR:  

Tiga selebriti wanita popular tanah air, Serena C, Daphne Iking dan Aishah Sinclair berkongsi pengalaman susah senang membasuh pakaian di majlis Perjumpaan Bersama Activ Dualwash di Cosans Coffee,  Mont Kiara petang ini.

Masing-masing bersetuju, sebagai wanita bekerjaya, melakukan kerja rumah memang memenatkan. Biarpun bertuah mempunyai pembantu rumah, tetapi mereka mengakui tetap tidak boleh lari daripada menjalankan sedikit sebanyak kerja tetapi dengan adanya mesin basuh Samsung Activ Dualwash, tiada lagi kerumitan dalam bab memasuh pakaian.

                                                    


Kotoran degil menurut Aishah Sinclair, perlu direndam atau dibasuh awal dengan tangan. Seandainya perlu direndam dan dicuci dahulu di dalam bekas lain, kerjanya agak cerewet. Kebanyakan mesin, tidak mempunyai tempat untuk membasuh dengan tangan sebagaimana yang ada pada Samsung Activ Dualwash.

Daphne Iking yang gemar melakukan kerja-kerja spring cleaning pula mencelah: “Sebagai anak kelahiran Kadazan Dusun, saya tidak lupa pengalaman membasuh baju di sungai… kerjanya kasar…perlu menyental, memijak, menghempas sebelum memerah,” katanya sambil turun daripada kerusi dan duduk mencangkung untuk menunjukkan aksi yang disebutkan.

                              


                                         Kiri sekali: Serena, kanan Aishah Sinclair dan Daphne

Dengan mesin Mesin Basuh Samsung Activ dualwash, semua itu dapat diatasi. Pengguna hanya perlu menekan butang tertentu yang disedikan untuk membasuh secara automatik

Beliau membayangkan betapa senangnya menggunakan mesin basuh keluaran baru Samsung yang dilengkapi banyak kemudahan antaranya sink dan laci serbuk pencuci yang tidak meninggalkan kesan pada pakaian.

                                                        
                                                             Ruang dalam mesin basuh

Menariknya mengenai mesin itu, turut menyediakan tempat khas untuk membasuh awal (pre-wash). Dengan sink bentuk takungan beralun dan bergerigi di bahagian permukaan lubang mesin, kerja membersih awal dan menyental kotoran degil pada pakaian misalnya pada bahagian dalam leher baju, boleh dilakukan sebelum dibasuh putar dalam mesin basuh.

Serena turut mengakui, semakin berusia, pinggangnya tidak tahan apabila perlu banyak menunduk untuk melakukan kerja. Dengan pintu mesin basuh di bahagian atas, kerja lebih mudah dilakukan kerana tidak perlu duduk bangun, sekali gus tekanan kerja semakin berkurangan.


                                                        Sink di permukaan mesin basuh

Beliau turut memuji mutu teknologi mesin berkenaan yang beroperasi dengan gaya putaran lembut beralun yang tidak merosakkan tekstur fabrik

Samsung Activ Dual Wash boleh didapati di pasaran dari Mac 2015, pada harga daripada RM1,499 hingga RM2,999 untuk muatan 9 hingga  16 kg.




                                                                 Bersama Aishah Sinclair


Innovative Features of Samsung Activ Dualwash:


The top of the activ dualwash washing machine includes a built-in sink with water jet and gentle srubbing surface. This convenient sink provides a separate space to pre-treat tough stains, like heavily soiled sports uniforms or hand wash items like delicate sweaters and shirt collars.

Once finished, the laundry and water can easily be poured into the machine by simply lifting the tray. This all-in-one solution allows consumers to handle the entire wash process in the laundry unit instead of having to spread it out over multiple locations, avoiding mess, reducing effort and saving time.


Superior Technology

  • Additional convenience and peace of mind with Magic Dispenser. A propeller inside the dispenser creates a powerful water vortex to dissolve and spread detergent evenly. It also cleans leftover detergent in the dispenser itself.
  • With wobble technology that prevents tangles, twist, knots which reduce the physical stress from grappling with tangled laundry and avoiding fabric damage.

Idarashida@blogspot.com

rashida.ibrahims@gmail.com



Sunday, April 26, 2015

Kembara Ladang Gaharu




                                     

                                                          
17 April 2015

Cuti 6 hari + 4 hari.
 

Maksud tajuk di atas, hari cuti berekod enam hari campur dua kali Sabtu dan Ahad, menjadi 10 hari.  Itulah bilangan cuti yang saya dapat kali ini. Lama juga tu. Mana nak pergi? Kerana sudah lama tidak balik ke kampung suami di Negeri Cik Siti Wan Kembang, kami mencapai kata sepakat untuk balik ke sana. Si dia ada satu tujuan penting, iaitu untuk meninjau satu kawasan ladang rakyat.

Pada pagi jumaat sekitar jam 10 pagi, kami berlepas daripada Gombak, melalui jalan ke pantai timur ikut Gua Musang. Biasalah, perjalanan ikut lebuh ini agak membosankan. Tidak seperti jalan Kuantan – Terengganu – Kelantan, yang terdedah dengan panorama pantai biru syahdu. Ikut laluan Gua Musang, hanya pemandangan hutan dan apabila sampai di Gua Musang, disajikan dengan panorama bukit batu kapur di sana sini.

Setelah empat jam memandu sampailah ke kawasan ladang itu. Tidak ada pegawai berkenaan di situ, jadi kami tidak dapat masuk ke kawasan lot tanah yang hendak dilihat.

“Saya tidak tahu lot mana lot mana.. bos saya tahulah, dia boleh tunjuk,” ujar petugas yang menyambut kedatangan kami. Dia memang menunggu ketibaan kami kerana sudah dimaklumkan kepadanya melalui dua orang bosnya.

“Mana pokoknya?” Kami menyoal.

Petugas itu membawa kami ke tempatnya. Di sekitar kawasan itu terdapat beberapa jenis pokok buahan termasuk rambutan ciku, duku dan limau yang telah besar. Yang ketara adalah tapak semaian kelapa sawit dan gaharu. Anak-anak pokok itu ditanam dalam poli beg berwarna hitam, ada ke poli beg berwarna lain? Setahu saya, semuanya hitam kan kan?

“Inilah pokoknya,” ujar petugas itu sambil menunjukkan sebatang pokok besar yang kelihatan condong. Hanya ada satu pokok gaharu sekitar kawasan pejabat ini, ditanam oleh arwah Menteri Besar, Tuk Guru Nik Aziz, dalam upacara pelancaran lebih lima tahun lalu.

Si dia memotong satu dahan kecil untuk ditunjukkan kepada sesiapa sahaja yang berminat ingin tahu mengenai pokok berkenaan. Setelah berjanji dengan petugas berkenaan untuk datang lagi, kami meneruskan perjalanan ke Machang.

Bersambung.


Idarashida@blogspot.com
rashida.ibrahims@gmail.com






Kucing Sakit Saraf





Meow Meow...




18  April  2015 


Comel sahaja `dia`. Dengan bulu panjang gebu. Nampak biasa tetapi menurut tuannya, kucing ini sakit.  Sakit saraf…pergerakannya terbatas. Tidak tahu punca. Mungkin kerana dia bercerai susu terlalu awal daripada ibunya. Tidak cukup khasiat susu ibu, agaknya, terang tuannya.

“Kenapa dengan ibunya?”

“Ibunya mati semasa dia berusia seminggu.  Sewaktu kecil, kucing ni kelihatan sihat. Lama kelamaan semakin lembik. Kalau terlepas panjat di atas kerusi atau pokok, ia tidak boleh turun, jika ia cuba badannya akan jatuh berdebub. Jadi, setiap pergerakannya kena dibantu. Kalau dia berjalan dan kukunya terlekat pada tikar, kami kena bantu tanggalkan,” demikian ulas tuannya lagi.




“Sudah dibawa ke doktor haiwan. Malangnya doktor tidak dapat mengesan penyakitnya. Elok lagi pemilik pusat jagaan haiwan, tahu juga dia pasal masalah kucing ini. Setelah dicucuk kalsium dan diberi ubat, ada perubahan pada anak kucing ini. Dia sudah tidak monyok lagi. Sudah cergas sedikit. Tapi nak bagi makan ubat bukan main susah. Bayangkan bagaimana nak beri makan dalam bentuk pil,” cerita mereka lagi.

Bagaimana sukar sekali untuk menjaga kucing berkenaan, pasangan suami isteri yang menjadi tuan kepada kucing ini tetap bersabar dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Beberapa kucing yang ada di dalam rumah itu ibarat anak  mereka sendiri.  Pasangan yang sudah berkahwin beberapa tahun itu, belum dikurniakan anak. Kerana itu kasih mereka tertumpah pada haiwan peliharaan mereka itu.

Gambar: Kebetulan sewaktu hendak diambil gambar, kucing sakit saraf sedang ditahan di klinik, Yang tinggal adalah adik-beradiknya.


Idarashida@blogspot.com

rashida.ibrahims@gmail.com

Saturday, April 25, 2015

MENINJAU LADANG GAHARU



Pengalaman Cemas  Lawat Ladang


         
                                                                   Ladang rakyat 

GUA MUSANG, 19 April 2-15 -  

Menaiki kereta Hilux mendaki laluan bercerun dengan permukaan tanah senget benget, menghayun kuat tubuh ke kiri dan kanan. Itu pun sudah cukup membuat hati berdebar dup dap dup dup!

Sedang mendaki bukit tinggi hampir 45 darjah, kereta pacuan empat roda terhenti. Pedal ditekan kuat, enjin mengaum tetapi kereta tidak lepas juga untuk naik ke atas bukit. Sebelah kanan, lembah curam. Pemandu beberapa kali berusaha untuk menggerakkan kereta ke depan, tiba-tiba enjin mati. Oh ini lebih mencemaskan.




                                                   Biar dia orang yang selesaikan.

“Jom turun, turun.. takut takut takut!!!” Lantas saya mengajak dua lagi penumpang keluar, enggan mengambil risiko. Dalam kereta pacuan empat roda itu ada tiga penumpang dan seorang pemandu. Sebelum itu kereta mengundur dan kemudian mengambil lajak untuk mendaki jalan bertebing curam itu. Namun masih tersangkut , tidak lepas ke atas. Buatnya kereta tergolek, lembah di kanan ibarat mulut sedang menganga menanti mangsa. Bimbang pemandu tidak dapat mengawal imbangan. Lebih baik turun, sekurangnya kereta akan jadi lebih ringan. Kata hati. Setelah kami turun, sebuah lagi Hilux yang sedang menunggu di depan, datang mengundur ke tempat kami untuk memberi bantuan.


                                    
                                                      Persediaan untuk menarik dengan tali.

Bagaikan sudah berpengalaman, pegawai dari kereta satu lagi turun untuk melakukan misi membantu menarik kereta yang tersangkut. Tali dikeluarkan, diikat pada kereta di belakang dan depan. Beberapa kali berusaha menarik, dengan enjin mengaum kuat, akhirnya Hilux yang kami naiki berjaya juga naik ke atas bukit setelah ditarik oleh kereta di depan. Kepala asyik teringat rancangan ekspedisi land rover di televisyen. Begitulah aksi yang kami alami dan tonton pada tengah hari itu.

Saya dan si dia sedang melawat sebuah ladang rakyat di Gua Musang. Tiga petugas ladang membawa kami untuk melihat lot ladang kepunyaan pembeli. Menurut pegawai berkenaan, asalnya tanah itu berhutan tetapi sudah dibersihkan sebelum ditanami pokok buah-buahan dan gaharu. Pernah dengan gaharu? Tumbuhan serba guna, yang dikatakan sangat mahal harganya hingga mencecah ribuan ringgit sepokok. Minyak gaharu yang terhasil daripadanya, ada berharga tiga ribu ringgit sebotol kecil dan berpuluh ribu satu botol minuman! Seperti pokok kelapa, semua bahagian daripada pokok berkenaan boleh mendatangkan hasil produk.

Mengenai ladang
 

                              
                                            Berbincang...................inilah ladangnya!

Dipendekkan cerita akhirnya kami sampai ke kawasan lot tanah yang dituju. Dalam lot itu terdapat pokok duku, pauh dan durian serta tidak ketinggalan pokok gaharu yang dikatakan berusia sekitar lima tahun. Tanah ladang itu milik anak syarikat negeri Kelantan, yang mengusahakan kawasan berkenaan untuk dijual kepada rakyat negeri berkenaan, bersekali pokok buah-buahan dan pokok gaharu.


                                               
                                                 Daun gaharu dikeringkan, boleh dibuat teh.

Setiap lot berukuran 2 ekar, agak luas juga, setiap satu ekar dikatakan boleh ditanami 400 hingga 1,000 batang pokok gaharu. Namun pada setiap ekar, hanya ditanam 100 batang pokok gaharu, yang mana tidak semua hidup. Selebihnya tuan tanah boleh tanam dan mengurus sendiri ladang atau mengupah syarikat berkenaan setelah serahan hak milik dilakukan.



                                                           
                                                          Pokok gaharu berusia 5 tahun

“Inilah pokoknya. Sudah agak besar. Semua bahagian daripada pokok ini boleh mendatangkan hasil. Daunnya boleh dibuat teh, petik biarkan sampai kering kemudian kisar halus sehingga menjadi seperti serbuk teh,” ujar pegawai yang memandu kereta kami naiki sebentar tadi.



                                                                    petugas ladang

Saya juga pernah dengar bahawa gaharu juga boleh menghasilkan bahan untuk dibuat produk kecantikan. Hasilan utamanya tentulah minyak wangi. Pewangi daripada gaharu ini, menjadi kesukaan masyarakat di negara Arab. Diketahui oleh saudagar Arab, mereka tentunya akan menawarkan untuk membeli atau memajak seluruh kawasan berkenaan untuk ditanami gaharu. Nasib baik pihak pengurusan tidak menjual kepada mereka. Difahamkan ada juga seorang rakyat tempatan yang tinggal di Arab membeli sebahagian lot tanah di situ. Bangsa Cina, juga mengidamkan tanah berkenaan, tetapi ia hanya dijual kepada orang Melayu tempatan. Namanya lagi ialah ladang rakyat! Rakyat tempatan.

               

                                 Pokok limau dan ciku antara ditanam bersama gaharu.




Idarashida@blogspot.com

Friday, April 24, 2015

Ariani dengan Wangian Comfort



GALERI ARIANI DISEGARKAN DENGAN KEHARUMAN COMFORT YANG MENJANJIKAN PENAMPILAN WANITA SOFISTIKATED.

·       Kini anda boleh  memakai produk eksklusif Ariani dengan penuh keyakinan kerana ia kini disegarkan dengan teknologi Comfort NCAP yang memberikan haruman berpanjangan  sehingga 14 hari .
·       Comfort juga melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap dan hapak.



Kuala Lumpur, 24 April 2015 

Bercakap mengenai Ariani,  lantas teringat kepada koleksi tudungnya yang pelbagai rekaan, corak dan warna. Majlis media di Galeri Jakell Mall, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur kali ini, juga berkaitan dengan promosi tudung tetapi ada satu kelainan yang ditampilkan.

Melangkah masuk, tempat pertama dituju adalah meja media untuk mendaftarkan diri. Ada sesuatu yang menarik, tiba-tiba bauan harum semerbak menusuk deria hidu. Tentunya ia adalah wangian pelembut fabrik Comfort yang bakal mengumumkan kerjasama dengan Ariani pada petang itu.

                         
                             Sehelai selendang Ariani dan sebotol Comfort untuk tetamu media.

Buat kali pertama, Ariani bekerjasama dengan Comfort, peneraju jenama pelembut fabrik dunia. Jalinan kerjasama itu bertujuan menampilkan golongan wanita dengan keyakinan diri kerana kini, busana fesyen hijab Ariani didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan salah satu peneraju jenama pelembut fabrik terkenal dunia yang bakal memberi kepuasan tinggi kepada pelanggan. Tersohor dengan mutu rangkaian tudung dan selendang berpremium tinggi, Ariani mengetengahkan koleksi moden, elegan serta sopan, disulam rekaan berinovasi tinggi dengan rekaan dan kualiti fabrik terbaik.
 
“Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan tudung Ariani agar pelanggan tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” kata Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.

Kini setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan pelembut Comfort Ultra, dengan teknologi NCAP yang melindungi fabrik daripada bauan seperti makanan, pencemaran, asap, hapak dan peluh, tambahnya.


                                     Model Ariani menunjukkan pelembut fabrik, Comfort.


Sementara Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata, “fesyen hijab bagi generasi wanita kini direka untuk menampilkan keperibadian masing-masing di samping mengekalkan kesopanan dalam setiap rekaan. Sebagai peneraju pasaran busana Muslimah,  rangkaian tudung dan selendang Ariani memberi inspirasi kepada golongan wanita agar tampil bergaya dan Comfort berasa gembira untuk bekerjasama dengan jenama Ariani bagi menawarkan pakej lengkap – fesyen yang disegarkan dengan haruman, satu inovasi yang masih baru dalam dunia fesyen hari ini.”




                                                     Team Ariani dan Comfort


Di majlis pelancaran itu,  diadakan juga demonstrasi penjagaan fabrik dengan tudung hijab Ariani yang harum bersama duta jenama Ariani, Belly Dally dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Turut serta bersama mereka adalah Shazreen Fazlynda, seorang Youtuber popular serta perunding imej hijab, Emi Idura dan Shazreen juga telah memperkenalkan video berunsur jenaka yang menyentuh tentang cabaran dihadapi pemakai hijab dalam menentang bau yang tidak menyenangkan. Video ini boleh ditonton menerusi laman sosial Facebook Ariani dan Comfort, saluran penjagaan rumah Youtube Unilever Malaysia dan saluran Youtube Shazreen Fazlynda: www.youtube.com/user/pinkmarbless.


Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.

Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.





                                               Bersama kawan blogger....Anis dan Uin.


Bagi memberikan pengalaman lebih indah, pelanggan akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula 24 April sehingga 30 Jun 2015. Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.




Idarashida@blogspot.com


                                 

Thursday, April 23, 2015

Koleksi Tudung Terkini Artis Malaysia








Menonton sebuah rancangan anugerah hiburan yang cukup berprestij beberapa minggu lalu, saya sangat teruja, terutama kerana dapat melihat pakaian fesyen yang beraneka rekaan. 

Apa yang saya suka tentang majlis itu adalah ianya adalah ibarat platform untuk peminat fesyen seperti saya mendapatkan rujukan ilham penggayaan diri. Pada majlis anugerah seperti itu kita dapat melihat selebriti terkenal tanah air berjalan di laluan karpet merah dengan persalinan masing-masing yang cukup menyerlah. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, acara karpet merah sebenarnya adalah antara segmen kegemaran saya!

                                                             


Pada edisi tahun ini saya lihat banyak artis dalam kalangan selebriti yang hadir mengenakan tudung. Pemakaian tudung ini bukanlah satu yang asing kerana terdapat banyak selebriti wanita Malaysia yang sudah berhijrah dan mengenakan pemakaian yang lebih sopan, sesuai dengan status dan perubahan imej masing-masing.

Koleksi tudung terkini artis Malaysia memperlihatkan pemilihan pelbagai jenis tudung baru yang serba cantik! Tudung Siti Nurhaliza dan tudung Neelofa yang terkenal dengan jenama tudungnya iaitu Neelofar adalah antara yang menjadi perhatian ramai.



Kalau dilihat koleksi tudung terbaru yang kini boleh didapati dalam pasaran mempunyai sifa yang cukup versatile. Ini kerana tudung moden wanita boleh dipadankan dengan hampirapa sahaja untuk membentuk persalinan yang sempurna. Antara pilihan padanan yang popular adalah pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah dan baju kurung peplum.                                               
Koleksi hijab terkini wanita juga boleh didapati dengan pelbagai warna menarik. Sebut apa sahaja tona warna tudung, pasti akan ada yang bersesuaian dengan kehendak anda. Jika inginkan tudung yang boleh dipadankan dengan mudah bersama apa sahaja yang anda ada dalam almari pakaian, pilih warna yang lebih neutral seperti hitam, coklat dan juga putih.



Idarashida@blogspot.com