Thursday, April 8, 2010

Salah saya ke?


Sebelum cuci.


Astaghfirullah....mengucap dulu. Nak cerita kisah sehari ini, jangan pula kata apa-apa, saja-saja nak berkongsi suka duka.

Selalunya kalau pergi ofis saya ni sempoi saja, malas nak berbedak pun.. apa lagi ber eye shadow dan bagai-bagai. Baju dan tudung pun ringkas saja. Asal boleh cari yang tak payah gosok. Pakai tudung tak payah yang jenis pin-pin dan tak perlu berbrooch. Rimas.

Tetiba hari ni mood lain pula. Sebab ada assingment di luar ... di Ikano... shopping complex... lama tak keluar daripada tempurung `office' asyik duk menaip, jadi hari ni ambil kesempatanlah sikit, nak melaram. Tulah pasal, ambil baju nipis - kena pakai dua pieces ngan inner. Gosok sikit, salutlah kat badan. Baju labuh atas lutut, lengan pendek... pakai ngan seluar panjang, sepasang hitam tetapi inner putih, tutup lengan.

Baju dan seluar ni memang saya jarang pakai.. sebab sungguh tak selesa. Baju kena pakai dua lapis, seluar pula terlabuh sikit. Sangat tak selesa. Tambah pula pakai ngan tudung, macam tak kena je. Tapi hari ini bila pakai, rasa okey dan confident pula. Mengapa ya?

Apa yang membuatkan nampak kena dan selesa... Oh, rupanya selama ini tak pakai tudung dalam. Terus je salut tudung macam telekung tu, rambut pendek jadi.. leper saja di belakang. Nampak tak bergaya langsung... tapi selesa. Hari ni saya cuba pakai tudung yg ada `sanggul'.. yg ada bunga/roset besar di belakang tuu. Lepas tu baru pakai tudung telekung singkat tu. Sarungkan di kepala, nampaklah seperti ada sanggul tinggi, bukan nak puji diri sendiri.. betul nampak anggun pula he..he he..


Ambil peluang shopping, comelnya kereta mini merah dalam butik ni.Ini bajunya...sesuai ke? Selamba je dengan kesan kotor yang masih ada sikit pada lengan baju.



Dah selesai, tunjuklah kat si dia dulu, kan bising pula. Kut ditegur, ketatlah.. jaranglah...
"Okey ke gini?" Dia diam je. Maksudnya okeylah tu! Sebelum keluar rumah, sempat pakai krim muka.. dalam kereta barulah nak berbedak, then letak gincu sikit. Belek2 beg, nampak pula eye shadow Chanel, yang dah lebih 10 tahu kut usianya. Memang x pakai. Tenyehlah sikit kat pelupuk mata.

Sampailah di muka pintu ofis, mula-mula nampak Zurin, kawan baik...dengan seorang lagi, Malika.
"Eh, akak pakai eye shadow?" Tegur Zurin sambil ajak pergi sarapan.
"Pergi dulu, nanti akak datang," jawab saya sambil terus masuk dan ditegur pula oleh Farah receptionist.
"Weet weet!" Saya senyum terus naik tangga.
Sampai ke atas, nampak pula Sabrina... " So beautiful today!"
"I pakai bedak sikit...", saya jawab sambil senyum sambil terus pergi ke meja..
"Wah Akak...Cantik hari ni," tegur pula Ain, saya senyum sambil letak beg di atas kerusi, lalu terus keluar semula ke gerai Man.
Di situ, Malika pula memberikan pujian-pujian. "Bagus-bagus u pakai macam ni," katanya. Saya senyum lagi sambil berkata, "Nak keluar assingment hari ni..."
Terus duduk dan pesan makanan. Sebelum makanan sampai, `buat ketupat' (mengumpat) sikit.. pas tu tosei yg dipesan sampai.
Entah macam mana gopohlah pula ambil dulang tosei tu, habislah pula tumpah kuahnya di atas lengan, kena kain lengan inner putih, apa lagi bertompok-tompok kuninglah. Percikan kat baju hitam, mudah pula ditanggal. Jenis kain inner tu memang susah tanggal kotor, kenalah basuh dengan sabun.
"Hemm baru nak cantik, cantik dah kotor pula," ujar Zurin simpati. Malika turut berperasaan sama tapi dia sempat beritahu, "We believe if some one get praise a lot, then the person will get something bad.."
Saya senyum lagi sambil mengiyakan di dalam hati... dari tadi saya pun fikir begitu. Dah ada pengalaman, beberapa kali dah kena.
"But stay like this, nice!" Tambah Malika. Beri dorongan ikhlas pula dia.
"Oh orang Hindu pun percaya macam tu juga ye, sama juga dengan kami orang Islam..., " ujar saya sambil menggosok-gosok baju dengan air kosong yang diminta daripada pembantu gerai. Apalah, siap beri ice lagi. Orang nak buat basuh. Gosok-gosok tak hilang pun kesannya.
"Makan sajalah kak, nanti basuh dengan sabun."
"Yelah," jawab saya sambil terus menyuapkan tosei.
Balik semula ke pejabat, letak beg duit atas meja.. baru nak pergi bilik air kena puji lagi beria-beria oleh dua lagi kawan.
"Sudah-sudahlah.. dah kena dah ni.."
"Mengapa? Soal mereka.
"Banyak sangat kena puji, tengok habis tumpah kuah ni hah..atas lengan baju," kata saya sambi menunjukkan kepada mereka.
"La.. cepat pergi basuh," kata yang seorang.
"Nanti jap.. nak ambil gambar dulu.." kata saya (nak masuk blog). Mereka berdua ketawa mengekek dengan gelagat saya. He he he saya ketawa dalam hati.


Tetamu yang hadir

Dipendekkan cerita, selepas puas basuh dengan sabun dan digosok, tak hilang pun kesan kuning tu... degil betul. Habis basah lengan baju. Kena pakai cuci ngan peluntur jugalah nampaknya. Last-last kenalah pergi assingment dengan kesan kuning di lengan.. nasib baik bila dah kering, kuningnya nampak nipis sikit.
Apa apa pun, selepas majlis pelancaran kempen penggunaan barangan `go green' Monier di Ikano, sempat jugalah.. keluar masuk kedai dan cuba baju untuk dibeli, tetapi tak jumpa pun yang berkenan.... Sebelum tu, dapatlah makan tengah hari tajaan Monier...

Rumusannya: Bila dipuji, dengan sendiri timbul riak...lebih tepat, PERASAN...itu fasal Allah terus bagi peringatan... huk huk huk... Salah saya ke???


Team Monier bergambar selepas majlis pelancaran.


Kawan baik saya. Kami menjamu selera di majlis makan, tajaan Monier.
Monier ialah jenama produk bumbung jenis Cool Roof.