Thursday, July 1, 2010

Majlis Ulang Tahun Berita Harian ke 53

baca kisah di bawah sekali

Inilah hadiah untuk kami x BH staff: Gambar kami diberi peluang menghiasi muka depan akhbar Berita Harian. Empat x staff BH memegang gambar masing-masing. Dari kiri sekali penulis bebas dan penulis skrip drama TV3 yang meletop tu (Nur Kasih dan Renjis), Maizura Ederis, saya, Raihana yang juga bekas Editor Jelita, Rosmin Darus, bekas wartawan hiburan BH dan kini staff Blue Inc, antara majalahnya Glam Deco.

Percaya ke? Terpampang di muka depan Berita Harian. Mock Up ajelah!
Gambar bawah: Dua gambar kenangan yang dibawa pulang.

Tengoklah betapa meriahnya, entah berapa banyak hadiah kek, sampai tak termakan.

kek dpd 8TV

Kek dpd Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Kek sumbangan dariapda In Deed. Saya pun tak pasti, ya ke tu nama syarikat?

Kek daripada Astro

Kek dpd Prince Hotel

Bersama x staff dan staff BH

Bersama orang besar BH, Datuk Mior (baju putih)

Hem.... yang ni... Haslinda Hassan (kiri) dan Bennie, bekas rakan wartawan yang pernah bekerja bersama di sebuah majalah hiasan dalaman, mereka kini sudah jadi warga BH. Haslinda pernah kerja di BH, keluar dan kemudian masuk balik, rezekilah katakan, meninggalkan saya seorang di tempat lama.


Kisahnya...

Hari ini saya berasa sangat teruja dan tersentuh hati apabila diraikan dengan majlis jamuan makan oleh Berita Harian (tempat pertama saya bekerja) sempena meraikan ulang tahun akhbar itu yang ke 53.

Ternyata majlis itu sungguh meriah dengan kehadiran ramainya x staff, yang ada di antara mereka sudah berpuluh tahun saya tidak berjumpa. Ramai yang berubah wajah sehingga tidak dikenali dan ada juga yang maintain, tidak berubah kecuali badan naik sedikit.

Ketawa terbahak-bahak saya apabila jurugambar, Ridzuan membuka cerita lama yang saya pernah menumpang motosikalnya ke tempat assignment dengan memakai topi keledar terbalik. Saya memang tidak ingat peristiwa itu. Apabila diimbau kembali, ingat-ingat lupa, maklumlah sudah lama ketika itu baru bekerja, orang kata masih budak-budak, bantai aje tumpang janji sampai dengan selamat di tempat yang dituju.

(Entah kenapa pula saya tumpang dia, sedangkan syarikat ada menyediakan kereta untuk staff yang ingin pergi assingment. Mungkin tempat tu terlalu dekat, di UM sahaja. Beberapa minit sahaja dari ofis di Bangsar.)

Mengimbau kisah itu, kami dan terutama saya sendiri tidak tahan ketawa saya sampai hendak terkucil.... manakala Delaila dan Redzuan juga mengungkit kembali kisah saya menalipon ketua unit berita dalam keadaan hendak menangis apabila terkejut dilayan buruk seorang pengawal sewaktu membuat tugasan di Muzium Negara. Peristiwa tu saya masih ingat, sebenarnya bukanlah teruk sangat tetapi sewaktu menalipon nak memberitahu hal, tiba-tiba sebak pula dan beremosi sampai termenangis. Tak ingat, waktu saya baru bekerja atau masih dalam latihan amali.

Kisah itu tak adalah hal sangat, bab pengalaman saya tidak boleh lupa ialah ketika saya terinterview seorang lelaki Cina yang rupa-rupanyanya - gila. Ya ya saya menginterview lelaki itu dan ya ya dia melayani pertanyaan saya, tetapi kemudian dihalang oleh seorang lelaki Cina sambil menunjukkan isyarat seolah lelaki itu kurang siuman.

Berbalik kepada majlis ulang tahun tadi, ramailah yang hadir termasu peserta program realiti astro Imam Muda, artis Akademi Fantasia, Farhan, artis muda berkumpulan dan beberapa lagi.

Walaupun makanan banyak, tak termakan oleh saya kerana sibuk hai sana hai sini dengan kawan-kawan lama. Asyik dengan dialog sama berulang-ulang..."apa khabar, kerja di mana, buat apa sekarang dan bla, bla, bla."

Paling seronok, melihat suasana ofis yang jauh lebih cantik berbanding sewaktu saya bekerja di sana lebih10 tahun lalu, dari bilik berita sehinggalah ke bilik air. Luas sungguh bilik berita (newsroom) BH sekarang, dengarnya ia dicatat sebagai newsroom terbesar di Asia!

Buat Datuk Mior terima kasih kerana mengundang kami (nanti undanglah lagi), dan buat staff BH, terima kasih kerana melayani kami dengan begitu mesra.