Monday, October 10, 2011

Konvokesyen 1

Di kanan, logo Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

8 Oktober 2011 ialah detik bersejarah bagi anak sulung apabila dianugerahkan Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Naval Architecture and Shipbuilding daripadaUniKL Mimet (Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology).
Mengapa pilih UniKL? Ini adalah tempat yang paling sesuai bagi pelajar mengikuti pengajian di bidang teknologi kejuruteraan, tanpa terjerat dengan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pelajar UniKL mendapat pinjaman Mara dari peringkat diploma hinggalah ke ijazah. Apakah perbezaan pinjaman Mara dengan PTPTN? Memang besar perbezaannya. PTPTN adalah pinjaman dengan faedah (interest). Bermakna kadar pinjaman tidak akan berkurangan jika peminjam gagal membuat pembayaran semula mengikut jadual. Setiap kali lewat, dikenakan interest dan kadar pinjaman tidak akan pernah surut. Jika peminjam mengambil sikap sambil lewa mengenai perkara ini, tidak menyelesaikan pinjaman mengikut jadual, maka mereka akan terjerat dengan hutang berterusan.
Sedangkan pinjaman Mara mempunyai banyak kelebihan, bukan sahaja tanpa faedah, bahkan peminjam boleh memohon pengurangan pembayaran semula. Kadar pengurangan dibuat berdasarkan mata kelulusan, jika tertinggi dikecualikan daripada pembayaran semula. Kadar pemotongan memang berbaloi, asal saja pelajar lulus pada tahap yang ditetapkan. Jika ini kelebihaan yang diberikan oleh Mara kepada anak bangsa, mengapa tidak mengambil manfaatkan daripada kemudahan ini? Mengapa harus pergi ke institusi pengajian lain yang rata-rata memberi pinjaman PTPTN? Bagi saya PTPTN ini layaknya diambil oleh pelajar bukan Melayu dan pelajar yang gagal mendapat 5 kepujian dalam SPM, kerana itu sahaja peluang pinjaman yang mereka ada selain daripada pinjaman bank perdangangan.
Pelajar bumiputera yang mendapat 5 kepujian seharusnya mengambil manfaat ke atas pinjaman Mara kerana semua yang melanjutkan pengajian di UniKL dengan memenuhi syarat berkenaan diberi pinjaman penuh. Ini yang mungkin tidak diketahui ramai orang. Bercakap mengenai bidang pengajian, hampir semua bidang ada ditawarkan di situ. Daripada kejuruteraan teknologi, teknologi maklumat, telekomunikasi, elektronik, automatif, bahkan pengajian di perubatan juga tersedia. Istimewanya, pengajian teknologi kejuruteraan di UniKL mencakupi bidang kerjaya di darat, udara dan laut!
Sedikit latar belakang - UniKL adalah universiti terkemuka dalam teknologi kejuruteraan ditubuh pada 2002, sebagai hak milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang diberi mandat untuk menaikkan taraf status pendidikan teknikal di Malaysia.
Pada awal penubuhan UniKL mempunyai tujuh institusi yang mana setiap satu mempunyai pengalaman dalm bidang teknikal merangkumi pelbagai bidang kejuruteraan. Institusinya meliputi UniKL MFI, BMI, MIIT, MSI, MIAT, MICET, MIMET yang kemudian digabungkan menjadi kampus cawangan di bawah UniKL. Kini ada tambahan empat lagi kampus cawangan dan dua institut untuk memenuhi permintan terkini dan pada masa hadapan iaitu RCMIP, IPROM, NITEC, MESTESH, IRPS, Universiti kampus Kota dan Universiti Kuala Lumpur Business School. (Sila google ke website terbabit untuk mengetahui nama penuh setiap institusi universiti berkenaan dan bidang kursus yang ditawarkan.
Anda akan terkejut melihat bidang-bidang teknologi yang ditawarkan, sesetengahnya tiada di universiti lain! Kini UniKL mempunyai 18,903 mahasiswa , sejak penubuhanya, telah melahirkan 17,882 graduan yang berjaya membina kerjaya di pasaran tempatan dan persada antarbangsa!


Dan ini adalah salah seorang anak bangsa yang berjaya mengambil manfaat daripada pendidikan teknologi kejuruteraan di UniKL Mimet. Ini kali kedua dia menghadiri sesi konvokesyen di Dewan Plenari Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya. Yang pertama, tiga tahun lalu sewaktu menerima diploma. Dah dua kali grad pun tak reti nak pakai jubah...


Ibu bapa yang hadir...

Saya duduk di belakang kerusi ini... antara barisan paling hadapan di dalam dewan..

Pembawa cokmar...
Pemandangan di atas pentas konvokesyen...

Sebelum masuk ke dewan...

Sebaik keluar daripada dewan...

Wajah gembira, bersama kawan-kawan..

Gembira lagi... yang hairannya ada juga kawan dia yang malas nak beratur, rehearsal dan bagai-bagai, sehingga sanggup tidak sertai majlis penyampaian ijazah tapi datang juga, meraikan kawan-kawan..

Merakam kenangan...

Lokasi di tepi kolam, di luar restoran...berlatarkan pokok menghijau..

Di restoran...sedang berjalan melalui lorong ke tempat beratur untuk mengambil makanan.

Selepas makan, jenuh menunggu untuk mengambil gambar rasmi di dewan bergambar.

Gambar bawah: Ayah dan anak... setelah penat bergambar ternampak satu bilik dengan sofa, langsung masuk, duduk untuk menghilang lelah sebelum balik.