Stress dikatakan punca
menyebabkan pelbagai penyakit. Memang kita selalu mendengar perkataan ini yang
dikaitkan berlakunya penyakit. Anda mungkin sedang mengalami keadaan tidak
selesa di sana sini pada tubuh badan. Apakah ia berpunca dari stress. Apakah maksud stress
sebenarnya? Dan bagaimanakah untuk mengatasinya?
Saya terjumpa satu
penerangan daripada link yang tertera di bawah, yang diakui oleh penulisnya bersumberkan
petikan rencana Utusan Malaysia ,
29 Mac 2006.
Terima kasih pada sharimi yang mengumpul data mengenai stress, maaflah kali ini saya tidak dapat menulis sendiri walaupun saya seorang penulis sebab saya pun tengah stress erkkk....!!!!
Maksud stress
Tekanan atau stress
merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal,
emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang
berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal
serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan,
kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau
dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan
yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.
Sebagai respons kepada
tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan
jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini
bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan
terhadap sesuatu keadaan yang tegang.
Bagaimanapun, apabila
anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama
ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional
bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh
menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi
dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang
boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk
mencegahnya.
Perlu diingatkan
tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat
kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk
memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga,
keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan
kesihatan dan kesejahteraan anda.
Antara isu dan
peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah
haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap
kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen
berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda
sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi
terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya
– sikap . kita terhadap sesuatu keadaan. Misalnya, berpindah rumah adalah keadaan tekanan yang tinggi.
Namun sama ada tekanan
yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada
bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman
pahit atau satu cabaran yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk
menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda
mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian
itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah
disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh
digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah
tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara
positif. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan
berasa senang dan tenang.
Berikut ialah tujuh
cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi
tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa
banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan
otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara
perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara
perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah
dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan
keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di
mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita
hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur
bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon
tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega
membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan
sekurang-kurangnya lima
belas minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau
visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita
anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta
tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga,
membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan
cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh
menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan
mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan
kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat
seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring,
bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher
mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana
sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan
banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan
yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan
dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda
sukai dan denganya setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian
anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat
menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti
juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong,
perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih
bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang
diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak;
berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau
pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan
menuntun kartun atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut
pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan
darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah
kita).
Sumber : Utusan Malaysia ,
29 Mac 2006
LANGKAH – LANGKAH
MENGATASI STRESS
Langkah 1 – Fahami
Punca Stress
– Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
– Cari masalah dalam diri satu persatu.
–Cuba
mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.
– Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
– Cari masalah dalam diri satu persatu.
–
menyebabkan ketegangan.
Langkah
Langkah 2 – Letakkan
Keutamaan
– Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
– Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
– Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
– Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
– Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
– Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
Langkah 3 – Selesaikan
Masalah Satu Persatu.
– Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
–Cuba
selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
– Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
– Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
–
– Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
Langkah 4 – Menangis
– Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
– Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
– Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
– Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
– Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
– Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
Langkah 5 – Ketawa
– Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
– Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
– Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
– Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
– Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
– Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
Langkah 6 – Bersenam
Atau Beriadah
– Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
– Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
– Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.
– Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
– Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
– Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.
Langkah 7 – Menyanyi,
Menari Dan Menjerit.
– Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
– Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
– Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.
– Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
– Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
– Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.
Langkah 8 – Curahkan
Perasaan Dalam Diari.
– Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
– Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
– Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.
– Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
– Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
– Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.
Langkah 9 – Luahkan
Pada Sahabat Karib.
– Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
– Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
– Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.
– Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
– Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
– Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.
Langkah 10 – Meditasi
Atau Bertafakur.
– Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
– Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
– Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.
– Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
– Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
– Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Langkah 11 – Tahu Had
Kemampuan.
– Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
– Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
– Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.
– Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
– Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
– Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.
Langkah 12 – Berusaha
Dan Berserah.
– Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
– Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
– Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.
– Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
– Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
– Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.
Langkah 13 – Bersantai
– Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
– Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
– Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
– Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
– Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
– Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
Langkah 14 – Ambil
Mudah.
– Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
– Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
– Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
– Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
– Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
– Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
Langkah 15 – Mengadu
Kepada Kaunselor.
– Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
– Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
– Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.
– Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
– Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
– Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.
Langkah 16 – Berurut.
– Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
– Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
– Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.
– Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
– Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
– Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.
Langkah 17 –
Refleksologi Atau Akupuntur.
– Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
– Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
– Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.
– Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
– Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
– Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.
Langkah 18 – Hipnosis
– Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
– Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
– Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.
– Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
– Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
– Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.
Langkah 19 – Terima
Keadaan Seadanya.
– Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
– Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
– Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.
– Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
– Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
– Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.
Langkah 20 – Amalkan
Sikap Dan Gaya
Hidup Sihat.
– Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
– Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
– Amalkan
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
FADHILAT ZIKIR ASMAUL
HUSNA
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”
Dari Abu Hurairah r.a.
bahwa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100
kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman – Maha
Pemurah
3. Ar-Rahim – Maha
Penyayang
4. Al-Malik – Maha
Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus – Maha
Suci
6. As-Salam – Maha
Penyelamat
7. Al-Mu’min – Maha
Pengaman
8. Al-Muhaymin – Maha
Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz – Maha
Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar – Maha
Pemaksa
11. Al-Mutakabbir –
Maha Besar
12. Al-Khaliq – Maha
Pencipta
13. Al-Bari’ – Maha
Perancang
14. Al-Musawwir – Maha
Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar – Maha
Pengampun
16. Al-Qahhar – Maha
Menundukkan
17. Al-Wahhab – Maha
Pemberi
18. Ar-Razzaq – Maha
Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah – Maha
Pembuka
20. Al-‘Alim – Maha
Mengetahui
21. Al-Qabid – Maha
Penyempit Hidup
22. Al-Basit – Maha
Pelapang Hidup
23. Al-Khafid – Maha
Penghina
24. Ar-Rafi’ – Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz – Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil – Maha
Merendahkan
27. As-Sami’ – Maha
Mendengar
28. Al-Basir – Maha
Melihat
29. Al-Hakam – Maha
Menghukum
30. Al-‘Adl – Maha Adil
31. Al-Latif – Maha
Halusi
32. Al-Khabir – Maha
Waspada
33. Al-Halim – Maha
Penyantun
34. Al-‘Azim – Maha
Agong
35. Al-Ghafur – Maha
Pengampun
36. Ash-Shakur – Maha
Pengampun
37. Al-‘Aliyy – Maha
Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir – Maha
Besar
39. Al-Hafiz – Maha
Pelindung
40. Al-Muqit – Maha
Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib – Maha
Mencukupi
42. Aj-Jalil – Maha
Luhur
43. Al-Karim – Maha
Mulia
44. Ar-Raqib – Maha
Pengawas
45. Al-Mujib – Maha
Mengabulkan
46. Al-Wasi’ – Maha
Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim – Maha
Bijaksana
48. Al-Wadud – Maha
Pencinta
49. Al-Majid – Maha
Mulia
50. Al-Ba’ith – Maha
Membangkitkan
51. Ash-Shahid – Maha
Menyaksikan
52. Al-Haqq – Maha
Benar
53. Al-Wakil – Maha
Berserah
54. Al-Qawiyy – Maha
Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin – Maha
Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy – Maha
Melinuingi
57. Al-Hamid – Maha
Terpuji
58. Al-Muhsi – Maha
Menghitung
59. Al-Mubdi’ – Maha
Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id – Maha
Mengembalikan
61. Al-Muhyi – Maha
Menghidupkan
62. Al-Mumit – Maha
Mematikan
63. Al-Hayy – Maha
Hidup
64. Al-Qayyum – Maha
Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid – Maha
Menemukan
66. Al-Majid – Maha
Mulia
67. Al-Wahid – Maha Esa
68. As-Samad – Maha
Diminta
69. Al-Qadir – Maha
Kuasa
70. Al-Muqtadir – Maha
Menentukan
71. Al-Muqaddim – Maha
Mendahulukan
72. Al-Mu’akhkhir –
Maha Melambat-lambatkan
73. Al-‘Awwal – Maha
Pemulaan
74. Al-‘Akhir – Maha
Penghabisan
75. Az-Zahir – Maha
Menyatakan
76. Al-Batin – Maha
Tersembunyi
77. Al-Wali – Maha
Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali – Maha
Suci/Tinggi
79. Al-Barr – Maha
Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab – Maha
Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim – Maha
Penyiksa
82. Al-‘Afuww – Maha
Pemaaf
83. Ar-Ra’uf – Maha
Mengasihi
84. Malik Al-Mulk –
Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali
wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit – Maha
Mengadili
87. Aj-Jami’ – Maha
Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy – Maha
Kaya Raya
89. Al-Mughni – Maha
Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ – Maha
Membela/Menolak
91. Ad-Darr – Maha
Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ – Maha
Pemberi Manfaat
93. An-Nur – Maha
Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi – Maha
Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ – Maha
Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi – Maha
Kekal
97. Al-Warith – Maha
Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid – Maha
Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur – Maha
Penyabar
FADHILAT ZIKIR ASMAUL
HUSNA
(fadhilat ini dipetik
dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan
: Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. “Ya Allah!” apabila
dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala
yang dihajati.
2. “Ya Rahman!” apabila
dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi
terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin
Allah.
3. “Ya Rahim!” apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya
penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. “Ya Malik!” apabila
dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,
segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya Quddus!” apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati
kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki
dll.
6. “Ya Salam!” apabila
dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar
dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. “Ya Mukmin!” apabila
dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang
merosakkan.
8. “Ya Muhaimin!”
apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah
fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya ‘Aziz!” apabila
dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi
orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10.”Ya Jabbar!” apabila
dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk
& patuh dengan izin Allah.
11. “Ya Mutakabbir!”
apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg
setia.
12.”Ya Khaliq!” dibaca
mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat
menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).
13.”Ya Baarii’!”
sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100
x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran
& sembuh dari penyakit tersebut.
14.”Ya Musawwir!”
sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu
hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak
21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami,
hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari.
Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15.”Ya Ghaffaar!”
sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan
diampunkan dosa-dosa kita.
16.”Ya Qahhaar!”
dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. “Ya Wahhaab!”
dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam
kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun
akan hilang.
18. “Ya Razzaq!”
dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya
Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan
datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. “Ya Fattah!”
dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan
dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. “Ya ‘Aalim!”
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan
mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. “Ya Qaabidhu!”
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah
& terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. “Ya Baasithu!” Bagi
mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga
itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki
akan menjadi murah.
23. “Ya Khaa’fidh!”
dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai
musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. “Ya Raafi!” dizikirkan
setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.
25. “Ya Mu’izz!”
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. “Ya Muzill!”
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada
kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar &
membayar hutangnya kembali.
27. “Ya Samii’!”
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah
solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. “Ya Bashiir!”
Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita
terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari
Allah.
29. “Ya Hakam!”
dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat
membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu
kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. “Ya Adllu!”
dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah
diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. “Ya Lathiif!”
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris &
maju.
32. “Ya Khabiir!”
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat
banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat
bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. “Ya Haliim!”
Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai
kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan
kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. “Ya ‘Aziim!”
dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai
sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada
tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. “Ya Ghafuur!” bagi
orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui
dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima
taubatnya oleh Allah.
36. “Ya Syakuur!”
dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih
kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah
setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. “Ya ‘Aliy!” Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (**
di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air
yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak
si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. “Ya Kabiir!” Bagi
seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu
fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut
dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat
malam (tahajud atau hajat).
39. “Ya Hafiiz!”
dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. “Ya Muqiit!”
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan
atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka
perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar
kerana rasa lapar akan hilang.
41. “Ya Hasiib!” Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777
x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. “Ya Jaliil!”
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan
lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. “Ya Kariim!” Untuk
mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. “Ya Raqiib!” Bagi
meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari
sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada
Allah. InsyaAllah….
45. “Ya Mujiib!”
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita
mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak
55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. “Ya Waasi!” Apabila
di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi &
petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai
zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad
dengki sesama makhluk.
47. “Ya Hakiim!” Bagi
pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal &
mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. “Ya Waduud!” Amalkan
zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan
sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. “Ya Majiid!” Untuk
ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi &
menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini
sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke
seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati
kita sebagai ketua keluarga.
50. “Ya Baa’its!”
Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. “Ya Syahiid!”
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. “Ya Haq”!
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. “Ya Wakiil”
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi
reda & kembali seperti sediakala.
54. “Ya Qawiy!” Amalkan
zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. “Ya Matiin!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. “Ya Waliy!”
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok
sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. “Ya Hamiid!”
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling
berhak menerima segala pujian.
58. “Ya Muhshiy!”
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah
solat 5 waktu.
59. “Ya Mubdiu!” Agar
segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x
setiap hari. InsyaAllah….
60. “Ya Mu’id!” Andai
ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini
sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan
hasilnya.
61. “Ya Muhyiy!”
amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan
kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. “Ya Mumiit!”
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam
perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. “Ya Hayyu!” Untuk
mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah
zikir ini.
64. “Ya Qayyuum!” Telah
berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang
banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn
“Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah
melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. “Ya Waajid!” Andai
berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. “Ya Maajid!” Demi
kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. “Ya Waahid!” Bagi
pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. “Ya Somad! Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah
dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. “Ya Qaadir!”
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir
ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. “Ya Muqtadir!” Agar
tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil
kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. “Ya Muqaddim!”
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil”.
72. “Ya Muahkhir”! Bagi
meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. “Ya Awwal!!”
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. “Ya Aakhir!”
Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. “Ya Dhaahir!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang
pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. “Ya Baathinu!”
Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. “Ya Waaliy!”
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan
para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. “Ya Muta’aAliy!”
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka
yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu
mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala
hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. “Ya Bar!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang
kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. “Ya Tawwaab!” Bagi
orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. “Ya Muntaqim!” Jika
kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya
terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. “Ya ‘Afuww!”
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya
oleh Allah.
83. “Ya Rauuf!” Bagi
sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun
malam.
84. “Ya Maalikul
Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal &
tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212
x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah
akan mendapat pertolongan Allah.
85. “Ya Zul Jalaali wal
Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. “Ya Muqsith!”
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. “Ya Jaami’!”
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga
Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan
pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. “Ya Ghaniy!”
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang
kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan
mendapat berkat.
89. “Ya Mughniy!” Mintalah
kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah
dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. “Ya Maani’!” Andai
kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh
setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim &
suka membuat angkara.
91. “Ya Dhaarr!” Asma
ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit
yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah
dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. “Ya Naafi’ “!
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari,
maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah
akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. “Ya Nuur!” Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang
agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini
setiap pagi & petang.
94. “Ya Haadiy!” Bagi
sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat,
hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya
Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. “Ya Baadii!” Andai
kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan
kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. “Ya Baaqy!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah
dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir
ini.
97. “Ya Waarits!”
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya,
supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan
memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik &
memberangsangkan.
98. “Ya Rasyiid!”
Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. “Ya Shabuur!” Agar
kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
FADHILAT ZIKIR ASMAUL
HUSNA
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang
teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat
baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim
yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang
Makbul:
1. Terasa sesuatu yang
menakutkan.
2. Menangis tatkala
berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh
semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah
amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”
2. Menghadirkan diri
kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati
yang lalai.
3. Hendaklah makanan,
minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah
itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan
bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan
sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan
memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar,
hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa,
bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU
QAYYIM
Di dalam hati manusia
ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia
ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia
ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia
ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan
berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia
ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan
laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga
menemuiNya
Di dalam hati manusia
ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon
kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir
kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya
diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba
itu.