Selama 24 tahun menjadi wartawan/penulis, banyak ingin saya kongsi dengan semua. Bagi peminat majalah Anjung Seri, tentu mengenali nama saya - Rashidah Ibrahim - antara penulis terawal majalah dekor Melayu, nombor 1 di negara ini. Kini Anjung Seri berusia 15 tahun dan saya bermula sebagai penulisnya sewaktu terbitan kedua majalah itu. Sebelumnya, sebagai wartawan Berita Harian dan pernah bertugas di beberapa unit termasuk Berita Minggu, Unit Berita, Mahkamah dan Pendidikan. Saya mungkin terlewat membuka blog ini, tetapi bak kata orang putih...better late than never.
Kerjaya saya sebagai wartawan bermula sebaik tamat pengajian Sebaran Am (Kewartawan), memilih jurusan itu bukan atas dasar minat tetapi mengikut kesesuaian kelulusan di peringkat STPM. Pengalaman mengikuti latihan amali di Berita Harian pd 1984, membuka peluang kepada saya untuk bekerja di situ. Bahkan semua kawan-kawan yang membuat latihan amali di situ juga diterima bekerja. Datuk Manja, Mahfar, Mustapha Omar, Salbiah Ani, Zulkifli Tok Hijau dan Badrul antara yang saya ingat, semua masih setia di Berita Harian (BHSB). Kerana menurut majalah Anjung Seri, saya beralih ke Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB), apabila majalah itu dipindahkan ke BPSB dari BHSB.
Memang pada 80-an, kerja senang dapat. Bahkan saya juga dapat dua tawaran kerja dari TV3. Namun kerana syarikat itu baru bermula sekitar 1985 - saya memilih Berita Harian. Pada zaman kami dulu, Kajian Sebaran Am ITM (kini UiTM) menawarkan hanya empat pengkhususan iaitu penyiaran, kewartawanan, perhubungan awam dan pengiklanan. Mengikut gerak hati, saya memilih major kewartawanan walaupun ketika itu juga minat penyiaran. Namun saya memilih penyiaran sebagai minor.
24 tahun berlalu, setelah dibanding-bandingkan dari segi kerjaya, saya tidak menyesal memilih kewartawanan. Bidang lain rasanya tidak sesuai dengan jiwa saya..
* penyiaran untuk mereka yang lasak dan mengutamakan kerjaya. Orang kata kena `berumahtangga' di pejabat. Mungkin sebab itulah kawan saya, Norizan jurusan penyiaran, meninggalkan TV3 dalam masa mungkin tak sampai setahun, tukar kerja jadi cikgu. *Perhubungan awam, kena sentiasa berpenampilan menarik, bermuka manis, rela melayan kerenah orang, sentiasa sibuk menguruskan majlis, beri publisiti pd syarikat, melayani org media dan pelanggan. Kalau rasa tak suka kerja-kerja macam ni, maka tidak sesuailah kerjaya perhubungan awam dengan anda.
*Bidang pengiklanan juga mencabar, kena kerja gila-gila kejar dateline dan tidak ikut waktu pejabat, tetapi bergantung juga pada jenis syarikat tempat kerja, ada juga yg ikut waktu pejabat. *Kewartawan pula, walaupun orang kata teruk, tetapi sebenarnya tidaklah seteruk mana. Memang kerjanya 24 jam, tetapi tidak menjadi hal - kerana ada shif. Lagi pun wartawan yang kerja sehingga lewat malam, tu tak semua terbabit kecuali yg menjadi sub-editor (penyunting). Namun mereka yang bekerja di meja jenayah dan sukan, kerap bertugas malam.
Kenangan manis saya, ketika kerja di unit Mahkamah, walaupun tanggung jawab berat kalau ada kes besar namun amat menyeronokkan. Sebabnya pagi-pagi tak masuk ofis, terus pergi ke mahkamah. Lewat 80-an, saya bertugas di Mahkamah Tengah dan Tinggi, bahagian jenayah. Macam-macam pengalaman, kalau ada peluang saya akan ceritakan dalam bab lain. Paling seronok apabila waktu rehat, lepas makan di gerai berhampiran Masjid India, belakang mahkamah, kami akan merayap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Belek kain-kain... kalau ada murah, apa lagi belilah. Saya suka beli kain `lebihan' dalam tong di Kamdar, kain mahal dijual pada harga RM1 hingga RM5 semeter. Sebab saya gemar menjahit, maka sedikit mana kain pun boleh dijadikan baju. Masa tu saya bertugas dengan wartawan Bernama, Wati, wartawan NST, Ruslaini Abas dan wartawan Utusan, Kamariah Ahmad. Seronoknya di unit mahkamah, sehingga saya pernah meminta dipanjangkan khidmat di meja itu, dan permintaan saya diterima pengarang berita.
Selepas Meja Mahkamah, saya berpindah ke Meja Pendidikan, lama juga mungkin sekitar lima tahun. Begitu juga dengan Meja Mahkamah. Seronok juga di Meja Pendidikan, cari bahan berita sendiri, begitu juga sewaktu di Meja Berita Minggu ( sebelum ke Meja Mahkamah). Apa sahaja yang saya rasa ingin tulis dan menarik, saya tulis dan kemukakan kepada ketua unit. Seronoknya di Meja Pendidikan, sehingga saya memaklumkan kepada bos besar, Datuk Nazri, yang saya nak kekal selama-lamanya di unit itu. Bestnya dia macam faham dan kekal saya di situ sekian lama (mungkin lebih lima tahun) . Sehingga satu hari, saya kecil hati dengan Ketua Unit Pendidikan, lantas berusaha untuk meninggalkan unit itu.
Malangnya saya hampir ditukarkan ke Sabah, kerana Datuk Nazri murka saya memohon ke majalah Jelita (Berita Publishing SB). Mujurlah pertemuan dalam lif secara tidak sengaja, memberi peluang kepada saya menerangkan alasan permohonan - untuk mengambil peluang bekerja di majalah, yang menjadi idaman saya selama ini, kerana minat menulis rencana. Dalam tempoh yang singkat itu, saya juga sempat memohon maaf kerana mengemukakan permohonan pertukaran itu. Saya masih ingat kata-kata saya: "Datuk Nazri marah ye? Kalau marah, ini saya nak minta maaf." Tidak sangka, tiba-tiba wajahnya mencuka, mengukir senyuman.. lalu pintu lif terbuka, saya lega dapat berterus-terang dengannya.Kerjaya saya sebagai wartawan bermula sebaik tamat pengajian Sebaran Am (Kewartawan), memilih jurusan itu bukan atas dasar minat tetapi mengikut kesesuaian kelulusan di peringkat STPM. Pengalaman mengikuti latihan amali di Berita Harian pd 1984, membuka peluang kepada saya untuk bekerja di situ. Bahkan semua kawan-kawan yang membuat latihan amali di situ juga diterima bekerja. Datuk Manja, Mahfar, Mustapha Omar, Salbiah Ani, Zulkifli Tok Hijau dan Badrul antara yang saya ingat, semua masih setia di Berita Harian (BHSB). Kerana menurut majalah Anjung Seri, saya beralih ke Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB), apabila majalah itu dipindahkan ke BPSB dari BHSB.
Memang pada 80-an, kerja senang dapat. Bahkan saya juga dapat dua tawaran kerja dari TV3. Namun kerana syarikat itu baru bermula sekitar 1985 - saya memilih Berita Harian. Pada zaman kami dulu, Kajian Sebaran Am ITM (kini UiTM) menawarkan hanya empat pengkhususan iaitu penyiaran, kewartawanan, perhubungan awam dan pengiklanan. Mengikut gerak hati, saya memilih major kewartawanan walaupun ketika itu juga minat penyiaran. Namun saya memilih penyiaran sebagai minor.
24 tahun berlalu, setelah dibanding-bandingkan dari segi kerjaya, saya tidak menyesal memilih kewartawanan. Bidang lain rasanya tidak sesuai dengan jiwa saya..
* penyiaran untuk mereka yang lasak dan mengutamakan kerjaya. Orang kata kena `berumahtangga' di pejabat. Mungkin sebab itulah kawan saya, Norizan jurusan penyiaran, meninggalkan TV3 dalam masa mungkin tak sampai setahun, tukar kerja jadi cikgu. *Perhubungan awam, kena sentiasa berpenampilan menarik, bermuka manis, rela melayan kerenah orang, sentiasa sibuk menguruskan majlis, beri publisiti pd syarikat, melayani org media dan pelanggan. Kalau rasa tak suka kerja-kerja macam ni, maka tidak sesuailah kerjaya perhubungan awam dengan anda.
*Bidang pengiklanan juga mencabar, kena kerja gila-gila kejar dateline dan tidak ikut waktu pejabat, tetapi bergantung juga pada jenis syarikat tempat kerja, ada juga yg ikut waktu pejabat. *Kewartawan pula, walaupun orang kata teruk, tetapi sebenarnya tidaklah seteruk mana. Memang kerjanya 24 jam, tetapi tidak menjadi hal - kerana ada shif. Lagi pun wartawan yang kerja sehingga lewat malam, tu tak semua terbabit kecuali yg menjadi sub-editor (penyunting). Namun mereka yang bekerja di meja jenayah dan sukan, kerap bertugas malam.
Kenangan manis saya, ketika kerja di unit Mahkamah, walaupun tanggung jawab berat kalau ada kes besar namun amat menyeronokkan. Sebabnya pagi-pagi tak masuk ofis, terus pergi ke mahkamah. Lewat 80-an, saya bertugas di Mahkamah Tengah dan Tinggi, bahagian jenayah. Macam-macam pengalaman, kalau ada peluang saya akan ceritakan dalam bab lain. Paling seronok apabila waktu rehat, lepas makan di gerai berhampiran Masjid India, belakang mahkamah, kami akan merayap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Belek kain-kain... kalau ada murah, apa lagi belilah. Saya suka beli kain `lebihan' dalam tong di Kamdar, kain mahal dijual pada harga RM1 hingga RM5 semeter. Sebab saya gemar menjahit, maka sedikit mana kain pun boleh dijadikan baju. Masa tu saya bertugas dengan wartawan Bernama, Wati, wartawan NST, Ruslaini Abas dan wartawan Utusan, Kamariah Ahmad. Seronoknya di unit mahkamah, sehingga saya pernah meminta dipanjangkan khidmat di meja itu, dan permintaan saya diterima pengarang berita.
Selepas Meja Mahkamah, saya berpindah ke Meja Pendidikan, lama juga mungkin sekitar lima tahun. Begitu juga dengan Meja Mahkamah. Seronok juga di Meja Pendidikan, cari bahan berita sendiri, begitu juga sewaktu di Meja Berita Minggu ( sebelum ke Meja Mahkamah). Apa sahaja yang saya rasa ingin tulis dan menarik, saya tulis dan kemukakan kepada ketua unit. Seronoknya di Meja Pendidikan, sehingga saya memaklumkan kepada bos besar, Datuk Nazri, yang saya nak kekal selama-lamanya di unit itu. Bestnya dia macam faham dan kekal saya di situ sekian lama (mungkin lebih lima tahun) . Sehingga satu hari, saya kecil hati dengan Ketua Unit Pendidikan, lantas berusaha untuk meninggalkan unit itu.
Selang beberapa minggu saya, dapat surat `Anda ditukarkan ke majalah Anjung Seri' - ketika itu majalah berkenaan baru bermula... dan tercapailah impian saya untuk bekerja di majalah, sehinggalah kini. Terima kasih kepada Datuk Nazri dan bye, bye Cikgu Ibrahim (bos Unit Pendidikan) dan saya masih ingat lagi wajah blur Cikgu Ibrahim Saad apabila saya maklumkan yang saya ditukarkan ke Anjung Seri. Hati saya seronok sangat, hooraii berjaya...Mungkin Cikgu terkejut kerana dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu (usaha pertukaran). Itulah Cikgu, siapa suruh kecikkan hati saya... dan saya juga berterima kasih, sebenarnya Cikgu Ibrahim tidaklah teruk sangat, tetapi biasalah saya ni - degil dalam diam - sekali terasa macam dianiaya atau tak puas hati, akan berusaha melepaskan diri. Itu cerita 15 tahun lalu.. Dan selepas itu, bermulalah dunia saya di Anjung Seri. Bersambung nanti...