Thursday, March 4, 2010

Beli Kek Hari Jadi sendiri.

Inilah keknya.... coklat cheese

Dok pikir-pikir entri apa nak masukkan kali ini, tiba teringat `majlis` hari jadi Januari lalu. Ada orang beria-ia nak buat makan-makan dan sambut hari jadi setiap kali meeting bulanan mulai 2010, maka berlangsunglah majlis itu yang bermula dengan hari jadi saya sendiri.

Ala kadar je...

Lucunya, dengan bajet ciput yang dikumpul daripada staff dua tiga kerat, dapatlah dibeli makanan tetapi tak cukuplah nak beli kek besar. Ternampaklah kek kenit yang rasanya tak cukup dimakan oleh semua, jadi saya pun belilah satu lagi kek. Pergilah ke Secret Recipe, malangnya restoran tu belum buka lagi, maka saya dan seorang kawan rapat tu pergilah mencari di kedai kek biasa. Limau Sunkist

Dalam terkocoh-kocoh nak hadiri meeting pada pagi itu, memilih kek pun secara tergesa-gesa. Apa yang ada dan nampak menarik, beli sajalah. Tapi terleka jugalah memilih, sehingga ada orang menunggu di tempat letak kereta kerana kereta kami sudah block kereta dia. Termarah-marahlah tuan kereta yang kena block tu. Maaflah, bukannya lama sangat tak sampai 10 minit pun kami masuk kedai kek tu.


Apam Pink

Kami pun bergegas naik kereta, kawan di sebelah sudah hilang mood sebab ditegur oleh pemandu yang keretanya terhadang tadi. Saya pun memujuk... `ah buat tak tahu ajelah..' kawan saya pun menjawab, `tulah akak... lama sangat, saya tak suka tau kena marah macam ni..'
Dapat hadiah juga... terima kasihlah!

Masuk balik ke bilik meeting, berlangsunglah acara kecil-kecilan dimulai makan-makan... dapatlah hadiah buah tangan daripada kekawan. Terima kasihlah semua.. Ini sajalah hidangan kami pada hari itu... namanya majlis ringkas... Tak boleh nak beria-ria. Sebabnya selepas makan acara meeting pula bermula. Seperti biasa kalau ada kekurangan dan tidak puas hati, silap-silap ada yang kena leter atau kena marah... jadi memang tak berbaloilah nak bersuka ria sangat.