Tuesday, January 11, 2011

Awas, Jangan Sampai Tertipu!

Apabila ditegur oleh seorang stranger, Mat Salleh atau Negro mengajak berchatting, apa reaksi anda? Menjawab atau membiarkan sahaja atau menutup chat box?

Semalam saya ditegur seorang lelaki Mat Salleh, memulakan dengan perkataan `Salam'. Perkataan itu mengundang perasaan curiga, betulkah lelaki Mat Salleh tu Islam? Saya tidak mahu mudah terpedaya...

Sebenarnya saya ter add lelaki itu sebagai kawan dan saya tidak mendeletenya daripada senarai rakan fb. Gambar profailnya, menunjukkan aksi `seksi' , meniarap di tepi pantai dengan berseluar renang. Nak jawab atau tidak.. tiba-tiba saya memberanikan diri dengan menulis:

"Muslim?"

Dia menjawab, :"Yes" sambil memberitahu dia berusia, 45 tahun, bapa kepada seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan isterinya sudah meninggal."

Saya sepatutnya tidak respon kepada stranger... dalam hati berdebar-debar takut... tetapi entah kenapa seperti ada satu kuasa yang menyuruh saya membalas chatting lelaki itu.

"Saya pun memberi tahu "I'm a mother of 3 and bla-bla .... saya juga memberitahunya anak-anak saya sudah besar, yang sulung is finishing his degree, sambil di dalam hati teringatkan pelbagai kes penipuan oleh orang asing.

Dia mengucapkan tahniah, dan menyatakan saya harus berbangga dengan kejayaan anak itu...

Tetapi dalam pada itu, saya berterus terang. "I'm scared of strangers"...
lalu dia menjawab, "Why, what happened?" Dan saya memberitahunya, saya dengar dan baca banyak cerita-cerita kurang elok....

Dan dia pula bertanya seakan ingin tahu cerita macam mana yang saya maksudkan, lalu saya menjawab "You know what i mean..." seterusnya saya meminta untuk mengundurkan diri....

Dia menyelitkan perkataan pujian seperti "sweet" dan bagai, dia ingat saya akan teruja atau terpesona....

Saya menghakhiri perbualan dengan perkataan "Salam" dan dia membalas dengan kata-kata
"may god bless you!".

Hmmm... saya langsung tidak percaya kepada lelaki itu. Saya pernah mendengar kisah beberapa wanita Melayu Islam terpedaya dengan lelaki asing. Mereka berkenalan sama ada untuk menipu dari segi wang ringgit atau menarik keluar dari Islam.

Salah satu kes berlaku kepada rakan sekerja saya, dalam diam-diam rupa-rupanya dia pernah hampir menjadi mangsa penipuan rakan chatting dari negara asing.

Saya saja bercerita kepada rakan itu mengenai kisah saya (melayan chat dengan lelaki bernama John Brick), langsung kawan saya mendedahkan pengalamannya yang boleh dikatakan menakutkan juga.

Menurut rakan saya itu, baru seminggu dua dia berchatting dengan seorang lelaki Mat Salleh, sudah meminta nombor telefon dan alamat... bila kawan saya bertanya kenapa, lelaki berbangsa asing itu memberitahu, "because I want to send you gift... three lap top and perhiasan diri."

Kawan saya menjawab, "Why you want to send me all those things?" Lelaki itu menjawab, "Because I like you very much..."

Apabila didesak supaya diberikan alamat, kawan saya memberi alamat pejabat, tahu juga takut nak beri alamat rumah.

Seminggu kemudian, kawan saya itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang berbangsa asing mendakwa daripada KLIA, ingin menyampaikan bungkusan berkenaan.
Lelaki itu meminta kawan saya membayar sejumlah kos (ribu-ribu ringgit) sebelum dapat menuntut barang yang dikirimkan kepadanya.

Lantas kawan saya menjawab, "If people send me something, why should I pay for the cost of sending? I want to see the things first before paying..."

Lelaki yang menalipon itu menjawab, "No cannot, you must pay first!"

Kawan saya pun membalas, "Ok, you can set date, when and where... so that I can bring local police together to come and check ..."

Perbualan mereka kemudian berakhir dan sampai ke hari ini tiada lagi panggilan berhubung penghantaran barangan so called gift itu.

"Beberapa hari selepas itu, saya terbaca kisah di akhbar mengenai seorang wanita ditipu dan modus operandi sama seperti yang saya alami," ujar kawan saya.

Penipuan satu lagi ialah lelaki asing mewakili kumpulan agama Kristian ingin merosakkan umat Islam dengan menjadi wanita sebagai mangsa. Mereka berpura-pura minat dengan Islam dan mengaku ingin belajar dengan wanita Islam yang ingin dijeratnya... Ahli kumpulan ini sanggup mengambil masa yang lama untuk memancing, sampai to the extend mengaku konon-konon sanggup menukar agama untuk berkahwin... dan selepas berkahwin, dia bebas mengheret wanita Islam tadi ke agamanya dan melupakan agama asalnya....

Jadi, kepada anak-anak gadis semua dan wanita termasuk diri sendiri, sentiasalah beringat agar tidak mudah tergoda dan terpedaya dengan kata-kata manis penipu-penipu yang sememangnya berada di mana-mana....