Tuesday, January 4, 2011
Kisah Iliyana pada hari pendaftaran di UM
Awal pagi, Ahad 2 Januari (2.1.11), saya dan Si Dia menghantar Iliyana mendaftarkan diri di Universiti Malaya (UM). Sebelum ini, setiap kali pergi membuat liputan acara, terasa jeles dengan student yang mendapat peluang belajar di situ. Walaupun di sudut hati, ada keinginan untuk melihat anak belajar di UM, tetapi tidak pernah terfikir pula yang ia akan menjadi kenyataan.
Gambar atas: Jalan menunju ke Kolej Kediaman Pertama (Asrama)
Bangunan asrama berwarna pink
Mendaftar di kaunter pejabat Kolej Kediaman Pertama. Iliyana berbaju hijau lumut.
Bapa Iliyana dan bapa kawannya, sabar menunggu.....
Usai acara pendaftaran, mulalah dengan kegiatan mengangkat beg ke bilik. Mujurlah bilik terletak di aras bawah sekali.
Termenung mereka melihat keadaan bilik yang agak usang, dengan katil yang berdebu... maklumlah terbiar dua bulan kerana cuti semester. Melihat keadaan bilik itu, mulalah Iliyana membandingkan dengan asrama lama di Aswara yang menurutnya, jauh lebih baru.
Saya kata, tak payahlan nak banding-banding, asrama Aswara tu bangunan baru, sementara Kolej Kediaman Pertama ni usianya dah hampir atau lebih 50 tahun. Al maklum asrama pertama di universiti yang tertua.. Semasa masuk ke bilik, pelajar senior belum datang. Elok je Iliyana pilih katil yang terbaik.. bila balik senior, dia disuruh duduk di katil bawah (jenis tarik). Nasib pelajar junior begitulah, kena mengalah...
TENGOK BALIK GAMBAR TERAKHIR NI, BARU PERASAN, CADAR TU SAYA GUNA KETIKA SEMESTER AKHIR DI ITM (kini UiTM). SAYA MEMBELINYA SEWAKTU MENJALANI LATIHAN AMALI DI SINGAPURA, 26 TAHUN LALU.. SUKA DENGAN JENIS FABRIK KAPAS 100 PERATUS, SANGAT SELESA, LEMBUT DAN SEJUK. KAINNYA KUKUH DAN TIDAH BERBULU.. TENGOK CADAR NI TERIMBAU KENANGAN LALU.. HU HU..
Subscribe to:
Posts (Atom)