Mula-mula tahi itu dibersihkan, ia direbus dan dicampurkan bahan untuk mematikan kuman. Selepas dibersihkan, najis kotor bertukar menjadi serat tumbuhan. Serat itu dimasukkan ke dalam mesin penghancur. Kemudian ia dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air yang mengandungi acuan petak seperti di bawah.
Serat tahi gajah diratakan ke dalam acuan dan dibiarkan supaya mendap. Selepas itu, acuan berkenaan diangkat dan ditoskan airnya. Seterusnya ia dijemur, apabila kering serat hancur tadi bertukar menjadi kertas kasar. Ia diwarnakan dan dibentuk menjadi produk seperti kulit album dan bingkai gambar dan kemudian di jual. Bayangkan kalau kertas yang kita beli dan guna itu adalah tahi gajah!