Tuesday, May 4, 2010

Hasil daripada tahi gajah!

Kunjungan ke Chiang Mai atau ke mana-mana pusat pelancongan di Thailand tidak sah kalau tidak naik gajah.

Apa ni? Hmm inilah tahi gajah.... di sini semua tahi gajah dikutip untuk diproses menjadi kertas.
Mula-mula tahi itu dibersihkan, ia direbus dan dicampurkan bahan untuk mematikan kuman. Selepas dibersihkan, najis kotor bertukar menjadi serat tumbuhan. Serat itu dimasukkan ke dalam mesin penghancur. Kemudian ia dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air yang mengandungi acuan petak seperti di bawah.



Serat tahi gajah diratakan ke dalam acuan dan dibiarkan supaya mendap. Selepas itu, acuan berkenaan diangkat dan ditoskan airnya. Seterusnya ia dijemur, apabila kering serat hancur tadi bertukar menjadi kertas kasar. Ia diwarnakan dan dibentuk menjadi produk seperti kulit album dan bingkai gambar dan kemudian di jual. Bayangkan kalau kertas yang kita beli dan guna itu adalah tahi gajah!

5 comments:

  1. Uiks! Adoi la.. tak dapat bayangkan dok belai2 album ke hapa.. rupanye asal dari tahi gajah. Nehi nehi!

    * best tak naik gajah? :D

    ReplyDelete
  2. Betu. Bayangkan kalau kertas tu dijadikan tisu, kita buat sapu mulut.. harap dia orang tak adalah buat kertas tisu pula dari tahi gajah tu!

    Naik gajah, nampak je seronok Aida... rupa-rupanya langsung tak selesa, bahkan sungguh mencemaskan apabila gajah berjalan terhenggut-henggut, badan kita pun turut bergoyang sepanjang perjalanan....kalau gajah berjalan turun bukit, kita rasa macam nak tercampak ke depan... apa lagi menjerit-jeritlah.

    ReplyDelete
  3. Adoi la.. jangan la sebut kertas tissue, mau phobia nak pakai tissue lepas nih! Huhu!

    So naik gajah tak selesa la ye? Bunyi macam naik unta jek ek? Tapi at least gajah beso la sket. Ada seatbelt tak utk elakkan dari terjunam ke depan? Hehe!

    ReplyDelete
  4. Aida: memmang takut, tak ada seat belt, betul, rasa macam nak tercampak bila dia turun bukit.

    ReplyDelete
  5. Saya berminat utk beli tahi gajah kering..utk buat berubat..boleh ke.

    ReplyDelete