Thursday, May 6, 2010

Iliyana dan Makyong SINDO

Promo Persembahan Makyong pelajar ASWARA dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.


Iliyana asyik membelakangi kamera, nasib baik nampak sipi dari tepi, yang pakai baju hijau.


Persembahan dimulai dengan babak tarian Makyong. Tu Iliyana di depan sekali. Mula-mula saya tak perasan sebab tak tahu pun yang dia kena ambil bahagian dalam tarian juga.



Lagi aksi tari Makyong, disertai pelajar dari pelbagai jurusan pengajian.


Iliyana sebagai Tok Selamah (bertudung). Ini konon-konon di Istana. Babak sewaktu anak angkatnya, Sindo terpilih bakal isteri putera raja.



Sewaktu pengsan kerana kebuluran, Sindo bermimpi didatangi Mok Cik Sedewa-Dewa yang memberikannya pakaian indah bagi menyertai persembahan di istana.



Dua pengasuh yang membawa watak lucu, mereka sedang memanggil orang kampung untuk membuat persembahan di istana.

Beratur dalam bulatan - Pergerakan Akhir persembahan.

Sebelum lupa, nak ambil kesempatan masukkan entri mengenai kegiatan anak yang kedua tu, siapa lagi kalau tak si Iliyana. Dalam dua minggu lepas kut, saya dan si dia sempat pergi tengok persembahan Mak Yong budak-budak final year diploma Akademi Seni Warisan Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 23 - 25 April di Panggung Eksperimen kampus itu.


Pelajar tahun akhir semua jurusan - Muzik, Tarian, Teater, Penulisan Kreatif, Video dan Filem dikehendaki bergabung mempersembahkan Mak Yong, salah satu subjek wajib bagi pelajar semua kursus di Aswara. Iliyana yang mengambil Penulisan Kreatif pun kenalah berlakon dan menari, walaupun dia tak ada langsung darah seni di bidang itu.


Saya memanglah teruja nak melihat persembahan itu. Sejak dari awal kemasukannya di Aswara, saya wonder bolehkah si Iliyana ni melakukan persembahan yang penuh berseni. Maklumlah Makyong ini sebenarnya adalah salah satu persembahan di istana pada zaman dulu.
Kena pula menari lemah gemalai dengan jari melentik, mengikut alunan muzik dan kemudian bercakap dalam loghat Kelantan yang berlagu.


Tak sangka pula kali ini si dia nak ikut menonton, memang susah nak ajak dia sebenarnya. Saya perasan dia pun seronok menonton dan ketawa berderai tengok gelagat lucu pengasuh raja. Kesian budak-budak negeri lain kena bercakap loghat Kelantan, bolehlah juga walaupun kadang-kadang ada juga yang terbabas cakap Utara dan sebagainya. Si dia seronok bukannya apa, sebab dia faham dengan semua dialog, maklumlah dia asal dari Kelantan. Dan saya pula campur Kelantan Pahang, jadi pun fahamlah jugalah.


Lucu pula, saya ingatkan Iliyana hanya berlakon, rupa-rupannya dia pun menari. Tak sangka pula dia yang bukan dari jurusan tarian kena menari. Persembahan dimulakan dengan scene tarian. Sewaktu babak ini, saya pandang saja kepada sekumpulan penari di depan, dalam kepala nak fokus pada babak lakonan, tunggu Iliyana muncul. Sudah beberapa minit persembahan berlangsung sewaktu mereka tengah asyik menari, ternampak pula seorang macam Iliyana dan saya pun berbisik kepada si dia. "Adik ke tu?"
Dia pun jawab: "Lah, dialah tu.. tak tahu ke?" Ha ha.. saya pun terus menghalakan lensa kamera dan snap, snap, snap. Tengok gerak-geri tarian dia, ewah menjadi jugak rupanya.


Selepas scene tarian barulah mereka tukar pakaian untuk membawa watak dalam cerita SINDO, anak yatim yang didera ibu tiri, yang membawanya berkelana sehingga akhirnya mendapat jodoh di istana. Tema cerita biasa saja tetapi pembawaan watak yang diutamakan. Iliyana membawa watak Tok Selamoh, ibu angkat Sindo. Hmm... bolehlah tu, bukannya saya suruh jadi dia pelakon ke penari... nak cukup syarat wajib untuk lulus exam je. Itu sajalah sekali kut peluangnya untuk mempersembahan Mak Yong, selepas ni tak adalah dah la. Tapi saya memang kagumlah dengan budak-budak Teater yang bercakap lantang dan over acting sehingga menggamatkan suasana.


Sehari sebelum persembahan, sekumpulan pelajar termasuk Iliyana muncul di rancangan Malaysia Hari Ini (TV3) untuk promosi bersama pensyarah mereka, Pak Nasir. Kita ye ye tunggu di depan TV, apalah si Iliyana beraksi, asyik membelakangi kamera...

2 comments:

  1. Amboi.. ada darah seni la kiranye ye? Bagus gitu! Tepuk tangan sket kat Lliyana.. *tepuk2*

    ReplyDelete
  2. Darah seni lakon yang tiba-tiba mengalir secara `terpaksa' hu hu ....

    ReplyDelete