Wednesday, June 30, 2010

Satu Renungan



Apabila berlaku satu kesilapan membabitkan si A, si B dan si C yang kemudian menjadi kecoh sehingga sampai kepada pengetahuan pihak yang lebih atas, tiba-tiba si D yang tidak terbabit dan tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku, dipanggil untuk diberi tanggungjawab melakukan tugasan penting yang mungkin dianggap oleh pihak atasan tadi si D adalah yang terbaik untuk menaggung tugasan seperti itu untuk mengelakkan kesilapan serupa berulang.
Bagi si D, segala yang lemah itu adalah daripada dirinya sendiri dan segala yang bagus dan yang hebat itu adalah daripada Allah Yang Maha Kuasa. Si D memegang kepada prinsip, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas, laksana tugasan tanpa sebab lain melainkan untuk mendapatkan rezeki yang halal (bukan untuk mendapatkan ganjaran nama, pangkat atau darjat), dan Allah SWT akan sentiasa berada di sisi, membantu dirinya dalam apa jua urusan sehingga apa sahaja tugasan yang terbeban dipermudahkan olehNYA sentiasa. ALHAMDULILLAH!

Malangnya kerana si D tidak bersikap bertelur sebiji riuh sekampung, maka dia sentiasa menjadi mangsa diperkotak katikkan (satu lumrah). Dan sebenarnya itu adalah juga ujian daripadaNYA kerana Allah sentiasa menguji kesabaran insan yang disayangiNya agar dia sentiasa bersabar, dan bukankah orang yang kuat kesabaran itu akan mendapat ganjaran pahala daripadaNYA?

Si D kadang-kadang lupa mengenai perkara ini menyebabkan kadang-kadang dia terkilan, namun masih berjaya menahan keabaran. Ya tabahkan hatimu dan beristighfarlah banyak si D, ASTAGHFIRULLAHALAZIM!