Monday, April 5, 2010

Menambahkan Kenalan Blog

Sementara internet tengah okey ambil peluang memasukkan lebih sikit entri. Nak berkongsi keseronokan, kalau dulu blog saya hanya link dengan blog kawan yang dikenali, tetapi sekarang dah ada link dengan beberapa rakan blog yang hanya dikenali menerusi maya.

Mula-mula saya sapa Aida pemilik blog Patin Pasta yang berada jauh di seberang laut. Diperkenalkan oleh Zurin, saya terpikat pada nama blog Aida, Patin Pasta ... nampak saje nama Patin, terus kecur liur teringat ikan patin masak tempoyak... makanan kegemaran orang Pahang. Kebetulan kami sama-sama satu negeri. Entri Aida dalam bahasa Pahang, faham benar oleh saya, jadilah seronoklah membacanya.

Baru-baru ni, menerusi blog Aida saya dapat tahu mengenai blog Ben Ashaari... amboi pemuda seorang ni memang gila berblog... dia sendiri mengaku... Tengok jejak pelawat dia, tak terkata... ramainya peminat. Saat ini jejak pelawat dia berjumlah 95,906! Hairannya, rajin sungguh dia mengupdate entrinya, mengulas dan memperkenalkan blog orang lain. Tengoklah entri fasal pameran kasut di PWTC baru-baru ni, panjang berjela. Walaupun dia berkali-kali mengingatkan fasal pameran itu, tetapi bila tiba harinya saya tak sempat nak pergi menjenguk ke pameran itu.

Hujung minggu itu saya sibuk menyiapkan satu projek bersama seorang kawan. Mujur dapat tengok gambar di blog Ben. Boleh bayangkan kemeriahannya. Kepada Ben Ashaari, akak ucapkan terima kasih kerana tambahkan senarai link dengan blog akak.

Yeah... sudah cecah 2,000!




Hari ini, jejak pelawat ke Duniaku - Rashidah Ibrahim sudah mencecah 2,000. Terlewat membuka kaunter, jadi tak tahulah berapa jumlah sebenar pelawat sejak blog ini dibuka pada Januari 2009.

Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapanya ini. Maklumlah blog saya ni tidaklah secantik blog-blog orang lain. Baru nak belajar berblog... Saya mengambil masa agak lama untuk tahu mengendalikannya. Sampai sekarang banyak lagi yang masih perlu saya belajar. Ingat lagi, dalam setahun juga terbiar kosong sebelum pandai memasukkan gambar.

Kalau dulu tak tahu macam mana nak link dengan blog orang lain, sekarang dah pandai dah... itu pun asyik lupa. Sekejap-sekejap kena tanya anak macam mana nak buat itu dan nak buat ini. Mujurlah si Iliyana sanggup melayani kerenah emaknya, dialah yang tolong membuka page ini dan memasukkan gambar pada tajuk, membuka kaunter jejak pelawat dan sebagainya.

Selesa sikit sebab dah tahu meng upload gambar sendiri, bagaimana nak susun gambar ala kadar. Sekarang saya dok tunggu Iliyana buka ruangan sembang di blog ni. Bilalah dia nak buat tu. Iliyana ni aci pengelat jugalah. Mentang-mentang saya minta tolong dia tambahkan itu dan ini....ambil peluang menceroboh pula tu!

Suatu hari saya nampak ada kotak soal selidik iklan nuffnang ad... seronok benar saya. Ingatkan ia muncul sendiri. Tilik2, rupa-rupanya Iliyana link guna akaun dia. Frustlah juga. Kita penat-penat tulis entri, ajak orang masuk... duit iklan pergi ke akaun dia... Apa lagi merungutlah saya, "Kenapa daftar atas nama adik? Letaklah nama mama."

Selamba saja dia jawab: "Tak apalah, nanti duit tu terkumpul setempat... sama jugalah. Bukan banyak pun dapatnya... Baru RM3 je.. Kawan adik dah dapat RM100 dah."

Si emak yang tak reti nak buat apa-apa ni, terpaksalah berdiam mememdam rasa tak puas hati... Apa tidaknya, orang sewa tapak tanah kita, duit masuk kepada orang lain huk huk..huk. Fikir-fikir pula, takkanlah kerana duit sewa tapak yang entah berhasil atau tidaktu, nak bergaduh anak beranak he...he... he...