Monday, April 5, 2010

Yeah... sudah cecah 2,000!




Hari ini, jejak pelawat ke Duniaku - Rashidah Ibrahim sudah mencecah 2,000. Terlewat membuka kaunter, jadi tak tahulah berapa jumlah sebenar pelawat sejak blog ini dibuka pada Januari 2009.

Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapanya ini. Maklumlah blog saya ni tidaklah secantik blog-blog orang lain. Baru nak belajar berblog... Saya mengambil masa agak lama untuk tahu mengendalikannya. Sampai sekarang banyak lagi yang masih perlu saya belajar. Ingat lagi, dalam setahun juga terbiar kosong sebelum pandai memasukkan gambar.

Kalau dulu tak tahu macam mana nak link dengan blog orang lain, sekarang dah pandai dah... itu pun asyik lupa. Sekejap-sekejap kena tanya anak macam mana nak buat itu dan nak buat ini. Mujurlah si Iliyana sanggup melayani kerenah emaknya, dialah yang tolong membuka page ini dan memasukkan gambar pada tajuk, membuka kaunter jejak pelawat dan sebagainya.

Selesa sikit sebab dah tahu meng upload gambar sendiri, bagaimana nak susun gambar ala kadar. Sekarang saya dok tunggu Iliyana buka ruangan sembang di blog ni. Bilalah dia nak buat tu. Iliyana ni aci pengelat jugalah. Mentang-mentang saya minta tolong dia tambahkan itu dan ini....ambil peluang menceroboh pula tu!

Suatu hari saya nampak ada kotak soal selidik iklan nuffnang ad... seronok benar saya. Ingatkan ia muncul sendiri. Tilik2, rupa-rupanya Iliyana link guna akaun dia. Frustlah juga. Kita penat-penat tulis entri, ajak orang masuk... duit iklan pergi ke akaun dia... Apa lagi merungutlah saya, "Kenapa daftar atas nama adik? Letaklah nama mama."

Selamba saja dia jawab: "Tak apalah, nanti duit tu terkumpul setempat... sama jugalah. Bukan banyak pun dapatnya... Baru RM3 je.. Kawan adik dah dapat RM100 dah."

Si emak yang tak reti nak buat apa-apa ni, terpaksalah berdiam mememdam rasa tak puas hati... Apa tidaknya, orang sewa tapak tanah kita, duit masuk kepada orang lain huk huk..huk. Fikir-fikir pula, takkanlah kerana duit sewa tapak yang entah berhasil atau tidaktu, nak bergaduh anak beranak he...he... he...

2 comments:

  1. Salam Kak Rashidah,

    Waaaahhh! COngrats ye! Makin ramai pengunjung kat blog akak :)

    Saya tergelak bila baca pasal Iliyana link kan ke akaun dia. Hehe! Nanti buleh la suruh dia belanja Mama dia bila dah banyak kutipan :D.

    ReplyDelete
  2. Begitulah Aida, nasib orang lembab IT.... Rasanya angka jejak pelawat kita lebih kurang sama...tapi kalau dibandingkan, blog Aida kat seberang laut sana tu, pastinya lebih seronok dibaca kan...

    ReplyDelete