Thursday, December 30, 2010

Kisah Cuti Sekolah



Lagi beberapa hari nak buka sekolah, baru berpeluang menjenguk kedai untuk membeli baju sekolah Kamil. Dia yang dah nak masuk tingkatan 2, baru nampak tinggi sikit tetapi masih tidak dapat mengatasi ketinggian sepupu2nya... Banyak baju harian dia sudah tak muat. Dah lama dia merungut, tetapi tak sempat nak pergi beli. Malas betul nak ke kedai.

Sebelah pagi sempat ke sekolahnya beli buku tulis. Sewaktu balik singgah di kedai uniform belilah sepasang baju pengawas briged - warna ungu dan satu seluar hitam. Balik rumah dia terus terkam komputer main game dan berfb seperti kebiasaan. Saya dah cemas, sebulan cuti haram tak buka buku. Sepanjang cuti ni, kegiatan berfaedahnya ialah belajar tahfiz dengan sepupu2 di sekolah agama lamanya. mula-mula tak nak tetapi saya paksa. Itupun 20 hari saja Dapatlah hafal satu surah Yassin. Okeylah juga daripada saya kena baca tengok buku.

Lepas selesai program tahfiz, sempat juga saya bawa budak-budak tu ke Port Dickson. Menginap di pusat latihan penulis di Seri Pena, NSTP.


Kami sampai tengah hari. Kegiatan paling menyeronokkan ialah mandi kolam dan naik bot banana... Kami berenam, Kamil dan tiga sepupunya, kakak Kamil, Iliyana dan saya. Si Dia penakut, tengok saja. Bukan main seronok lagi dapat naik bot laju....





Sejak keluar dpd daripada Berita Harian (BH) hampir 10 tahun lalu, saya tak jejak lagi ke sini. Sewaktu masih jadi staff di BH, selalu juga bawa family bermalam di situ. Keadaan masih sama sahaja, cuma tepi pantai luar kawasan Seri Pena, terdapat gerai menjual pelbagai jenis barangan.


Kegiatan utama ialah berendam di dalam kolam. Mula-mula duduk di tepi. Bestnya kat kolam Seri Pena ni boleh mandi tanpa memakai swimming suit.



Bila berani sikit... mulalah cuba berenang dan menyelam.


Lama-lama dah berani, main air tak sedar apa dah...

Jenuh mandi kolam, ke pantai pula... dalam takut-takut, nak cuba juga naik bot banana untuk meronda di lautan. Iliyana sibuk mengenakan jaket keselamatan pada Kamil dan sepupu-sepupunya. Selaku bekas pelatih PLKN, konon dia tererlah bab-bab kegiatan mencabar ni.



Tu dia, dan naik dah...


Gambar bawah; Eh apa pula ni?





Esoknya, bangun pagi-pagi terus ke tepi pantai.. saya terkejut nampak benda seperti kura-kura besar, ingatkan patung atau pelampung bentuk haiwan... telek-telek rupanya penyu sesat, dah mati rupanya.... bahagian kepala dan tangannya cedera sikit, agarnya dilanggar oleh bot.
Kami pun bergambarlah dengan penyu mati tu..