Thursday, September 22, 2016

Blog Yang Kian Dilupakan..Kenapa?

Sejak awal tahun, diam menyepi tiba-tiba terasa rindu untuk menjenguk blog yang sekian lama dilupakan ini.

 Maaflah, 
bukan sengaja hendak mengabaikannya, ini gara-gara sibuk dengan tugasan membangunkan online magazine or portal berinformasi, www.variaseri.com dan www.anjungdestinasi.com

Mengenai apa blog tu? Varia Seri, kononnya bertemakan kecantikan dan keindahan, dengan erti kata lain semua hal yang berkait cantik dan menarik. 





Pabila ditulis berkisar dua tema saling berkait itu, terasa pula ingin memasukkan topik-topik lain, misalnya kesihatan dan pedoman. Akhirnya sudah macam tema umum pula, tetapi biarlah, alang-alang nak berblog sangat, biarlah maklumatnya meluas mencakupi pelbagai bidang.

Sementara Anjung Destinasi mengkhusus kepada Percutian atau tempat-tempat menarik yang menjadi port pelancongan, diikuti dekor dan hiasan dalaman serta makan-makan. Bidang berkenaan juga saling berkait, dan dirasakan sesuai untuk diutarakan di bawah satu blog.



                                  Novel dalam Varia Seri


Walaupun sejak dulu terasa tiada siapa pun sudi untuk singgah di blog perbadi ini dan menganggap hanya untuk shok sendiri, tetapi termalu juga apabila terjumpa kawan-kawan, ada yang bertanyakan, kenapa tak update blog?

Teringat pesanan si anak sulung, katanya tidak bagus untuk mendedahkan kisah sehari-harian kepada umum, semacam sudah tidak ada rahsia lagi dalam kehidupan kita apabila semua benda diketahui oleh orang ramai.

Itu pendapatnya... saya boleh bersetuju dengan kata-katanya itu malangnya tidak dapat menahan diri daripada menulis, Bagaimanapun mengambil kira peringatannya, cuba juga berusaha dihadkan kepada yang mana patut saja. Tentunya anak saya itu tetap tidak berkenan. 


Ah, biarlah dengan pendapatnya. Sebagai penulis selama berpuluh tahun, pekerjaan menulis ini memang tidak dapat dipisahkan walaupun tidak mendatangkan apa-apa hasil, terus juga menulis.

Bak kata kawan sekerjaya, Kartini Mohd Noor, "menulis itu satu terapi bagi orang macam kita." Betullah tu.. walaupun diakui bukanlah mudah untuk menghasilkan satu penulisan, lebih-lebih lagi yang informatif seperti di dua blog yang disebutkan tadi. 

Sebaliknya, menulis kisah pengalaman sendiri adalah lebih mudah, orang kata `semacam makan kacang!'  Tapi sebenarnya tidaklah semudah itu. Melainkan kalau menulis tanpa mempedulikan struktur ayat, salah dan silap tatabahasa. Orang kata main boh je. Boleh gitu???

Jemputlah berkunjung ke

www.anjungdestinasi.com

www.variaseri.com