Thursday, February 26, 2015

Nak kembali berbloging





                Team Majalah Anjung Seri (Gambar 2014).. Masa untuk bersama kalian sudah tidak lama..



Sekian lama meninggalkan blog bersawang, semua kawan-kawan pun dah lari entah ke mana.. jangan salahkan mereka kalau tak lagi datang bertandang. Berjalan-jalan ke blog kawan, mereka pun sama juga. Agaknya asyik dengan instagram atau whats up, maka blog masing-masing kian dilupakan. Intai blog Patin Pasta yang berada di perantauan, rupa-rupanya dah jadi private, blog Salam2Benua kesukaan ramai kerana siaran pelbagai resipi juga telah dihentikan postingnya, kerana beralih ke instagram. Namun blog itu masih dibuka untuk tatapan pengunjung.

Ya hari ini, 27 Februari 2015, saya akan kembali berbloging... betulkah? Macam janji kosong je. Ni baru lepas lunch, kawan-kawan belum balik ke pejabat, baiklah saya ambik peluang mengetuk key board sekejap. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa pun... main ketuk sajalah.

Mengenang beberapa bulan lagi akan meninggalkan ofis, rasa terharu pula. Walaupun hati memang dah lama nak bersara tetapi tidak juga mengambil langkah mengemukakan surat permohonan. Rasanya sudah sampai pada tahap usia perlu berehat. Takkan nak bekerja sampai usia lanjut? Selagi badan larat, memanglah boleh tetapi rasa bersalah pada diri sendiri kerana sekian lama mendedahkan diri kepada stress.. walau sebenarnya kerja saya di Majalah Anjung Seri ini tidak tertekan mana pun. Stress hanyalah sewaktu mengharungi kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pergi dan balik dari ofis.

Apakah perancangan bahan untuk pengisian selepas? Hmm kegiatan menjual langsir secara online saya semakin rancak. Tengah makan di gerai tadi seorang pelanggan menalipon, katanya..."Saya ingin nak pastikan macam mana nak lipat pola scallop..." Oh, saya lantas memintanya menelefon semula kerana
tidak dapat untuk memberi penerangan di telefon pada masa itu.

Sampai di pejabat saya menunggu panggilan telefonnya, tetapi tak ada. Sedang asyik mengetuk cerita ini dia mengirim whats up, "As Salam Sis.. saya dah blh (boleh) buat... ok trm ksh ya..kalau ada apa2 nnti saya call ya.."

Hmm lega membaca kenyataannya. Ini tandanya pola berkenaan memang `mudah faham`. Sebenarnya jarang yang menelefon bertanya cara menggunakan pola melainkan seorang dua sahaja. Pernah saya mengajar seorang pembeli pola melalui tutorial whats up.. macam tak percaya dapat ajar daripada jauh tanpa melihat muka. Dan dia berjaya faham apa yang saya jelaskan, siap dengan paparan gambar untuk memudahkan dia faham.

Sudah lama merancang untuk menggiatkan posting kegiatan belajar membuat langsir menggunakan pola yang saya jual. Daripada pola Set 8 i, kini sudah ada Set 8 ii dan Set 8 iii.

Untuk anda yang berminat berikut adalah jenis POLA dalam set berkenaan.
Set i - 1. Royal Scallop Kecil
          2. Royal Scallop Sedang
          3. Royal Scallop Besar
          4. Scallop Mudah
          5. Scallop Bertindih
          6. Bahu Scallop Lebar
          7. Swag
          8. Box Pleat

Set ii.- 1. Loose Scallop
           2. Long Scallop
           3. Tie Scallop
           4. Bahu Scallop Slim (untuk Loose Scallop)
           5. Pelmet1
           6. Pelmet2
           7. Pelmet3
           8. Pelmet4

Set iii - Lapan Pola Pelmet.

Buat masa in Set 8 Pola i  Berharga RM148
                    Set 8 Pola ii  Berharga RM140
                    Set 8 Pola iii Berharga RM140

Ada masa nanti saya akan publish gambar jenis-jenisnya. Sementara ini anda boleh lihat pelbagai jenis pola di Facebook  "Sanggar Busana & Langsir." Sila like page berkenaan.