Friday, September 17, 2010

Posing Raya

Assalamualaikum dan selamat Idul Fitri buat rakan-rakan maya semua, semoga amalan kita di sepanjang bulan Ramadan diterima oleh-Nya dan Syawal yang mulia ini dapat kita raikan dengan penuh bermakna.

Di sebabkan sepanjang bulan puasa sibuk sikit, tak dapat nak update laman ni dan hari ini nak ambil kesempatan memasukkan gambar sekitar hari raya. Sudah lama tak bergambar dengan keluarga, sementara dapat berkumpul ni kami pun posing sakan. Dulu semasa muda-muda saya memang gemar bergambar.

Gambar pertama di atas di rakam pada pagi raya di hadapan rumah di Nadi Kota, Bandar Jengka, Pahang. Selepas sehari di sini, pada hari raya kedua kami bertolak ke Kelantan untuk beraya bersama sanak saudara sebelah suami. Hala pergi, ikut Jalan Gua Musang tetapi balik ikut Terengganu. Tujuannya nak berjalan-jalan sambil singgah di tepi pantai.

Di pantai Batu Burok, Terengganu. Dalam perjalanan pulang dari Kelantan. Biarpun perjalanannya jauh tetapi seronok dapat menghayati keindahan alam semula jadi di tepi pantai. Berjalan-berjalan singgah, berjalan singgah... dua hari baru sampai ke KL kerana ambil kesempatan bermalam semalaman di chalet Seri Indah, Batu Burok.


Gambar dirakam Izat.. Dengan bangganya dia mendabik dada: "Tengok Izat ambil gambar, angle cantik!!!" Konon berjaya merakam sudut menarik menampilkan latar pemandangan indah pasir pantai yang halus, laut biru dan pokok yang menghijau.

Sempatlah juga mandi laut. Lepas gian saya nak mandi berenang. Kebetulan pada pagi itu tidak ramai orang di tepi pantai. Hajat mula-mula nak mandi kolam tetapi kerana penuh dengan budak-budak, Izzat yang dah besar panjang tu dan apatah lagi saya. Segan nak berebut dengan budak-budak kecil. Mujurlah dapat mandi laut... tak dapat digambarkan betapa seronoknya berada di dalam air yang jernih dengan lambungan ombak yang sederhana kuat. Dah habis gaya nak posing, Izzat dan Kamil saja posing - mandi berguling di atas pasir.

Di tepian pantai yang sunyi itu, terdapat satu binaan tinggi mungkin tempat petugas keselamatan mengawasi pengunjung pantai. Tapi pagi itu, tidak ada siapa pun yang bertugas, jadi kami pun naiklah ke atas menara kayu itu. Terasa berada di atas awan pula.

Turun tangga pun nak berposing juga!!! Perhatikan sepanjang tangga yang tinggi itu dibina pengadang kekisi kayu berukir yang penuh berseni.


Menghampiri jam 12 tengah hari, terpaksalah pulang ke bilik untuk berkemas. Dalam keadaan baju basah sempat lagi nak bergambar di sisi kolam. Tak dapat mandi kolam, dapat bergambar kenangan pun jadilah. Biasalah kalau pergi chalet atau hotel, sisi kolam tentunya menjadi tempat kesukaan kami untuk bergambar.


Emm... Si Yana, tak habis-habis nak bergaya seorang... dengan posing yang perasan lawa!


Jam 2 pm mneneruskan perjalanan pulang, belum jauh berjalan dah berhenti lagi, konon nak makan ikan goreng tepung. Terjumpa satu kawasan gerai, apa lagi singgah order makanan.

Teremenung menunggu... mana-mana makanan tak sampai-sampai ni.

Singgah balik di Nadi Kota Jengka, tidur lagi semalaman sebelum pulang ke KL.