Monday, January 14, 2013

Rumpai Laut (PMC) - Panggilan Ucapan Terima Kasih!



Biarpun tiada seorang pun meletakkan komen pada tajuk mengenai kesan pengambilan rumpai laut@ Pure Marin Collagen (PMC) yang saya tulis, saya percaya ramai yang membacanya. Saya telah memberikan maklumat daripada pengalaman sendiri, jadi mereka yang ingi mencuba atau sedang mengambilnya bolehlah membandingkan apa yang mereka rasa dengan apa yang saya rasa.

Siang tadi saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki dari Tawau, Sabah...dengan merujuk kepada tajuk catatan saya mengenai rumpai laut dalam blog ini, dia mengucapkan terima kasih. Pada mulanya hairan juga saya... katanya, "terima kerana menulis mengenai kesan pengambilan rumpai laut." Menurutnya, apa yang saya rasa - sama dengan apa yang dia rasa terutama bab kurang enak dalam perut, seakan terkena gastrik menyebabkan dia juga hampir ingin berhenti daripada mengambilnya.

Setelah terbaca catatan saya itu, katanya barulah dia faham bahawa ia adalah kesan tindak balas daripada pemakanan berkenaan. Sekali gus membuatkan dia mahu meneruskan semula pengambilan, cuma saya menasihatkan kepada pemanggil itu agar mengurangkan kadar pengambilan jika tidak tahan dengan kesan tindak balasnya.

Menurutnya lagi, dia juga cuba mengamalkan petua minum susu atau makan benda berserat seperti oat selepas mengambil rumpai laut seperti yang disarankan oleh kawan saya, katanya: "Memang betul, amalan itu menjadi, bila saya minum susu selepas makan (rumpai laut), kurang sikit rasa sakit atau berangin dalam perut."

Saya memberitahu pemanggil itu, jika ada tindak balas, bermaksud sesuatu yang positif kerana ia sedang berusaha untuk `membaiki' apa-apa yang bermasalah dalam diri kita.


Wallahualam...