Sabtu 2 hb Jun: Nak berkongsi cerita sewaktu menghadiri majlis gilang gemilang, Pencarian Gadis JELITA (PGJ) 2012 yang berlangsung di Grand Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Hari itu hati berbelah-bahagi antara hendak pergi ataupun tidak. Malas nak naik teksi, mujurlah anak sulung mahu menghantar.
(Sorry gambar tak ikut turutan...)
Top five.. |
Majlis bermula jam 3.30 petang, saya sampai sewaktu hadirin semua sudah berada di dalam dewan. Tak kisahlah datang lewat pun, bukan saya bertugas. Hadir hanya untuk memberi sokongan kepada kawan baik, Pn Liza yang bertungkus lumus menguruskan majlis bersama rakan seunitnya, Suriani.
Sesampai, saya terus duduk di meja pendaftaran menemani Liza menerima kunjungan saki baki tetamu. Sebentar kemudian kami masuk, duduk di meja media. Selepas dihiburkan dengan dua lagu oleh artis jemputan, peserta PGJ muncul di atas pentas, memperaga pakaian songket dari Kraftangan Malaysia. Seronok juga melihat mereka beraksi cat walk mengikut irama muzik lama. Sewaktu peserta rancak bergaya, Liza dan saya galak mengambil gambar sendiri. Tidak puas hati merakam suasana mjlis dari jarak jauh di belakang, kami berjalan ke depan untuk menyibuk sama.... mengambil gambar peserta dan tidak ketinggalan gambar sendiri!
Enter frame...
Pn Liza, janganlah termenung dan bermuram... makanan sudah di hadapan mata
Barisan peserta,,,,
Liza kanan dan rakan setugas
Terkejut dengan letupan sewaktu pengumuman pemenang.
Liza dan saya ketawa mengekek, lucu dengan gelagat sendiri, motif... mahu mengambil gambar kenangan berlatarkan kegemilangan majlis yang bertemakan warna memukau. Dipendekkan cerita, saya kagum dengan fesyen yang diperaga. Warna songket tenunan mengerlip dipantul cahaya.
Siapakah pemenangnya? Kisah lanjut, kenalah bac majalah JELITA keluaran Julai 2012.
Di sini dipaparkan gambar aksi kami.