Wednesday, March 25, 2009

Wednesday, March 18, 2009

rakan staf hilang

17 Mac 2003

Lewat petang, saya mendapat satu panggilan daripada rakan sepejabat. Salah seorang staffnya yang juga rakan saya, `missing in action' . Tak datang kerja, tak ada khabar berita. Telefon dan sms tak berjawab. W, ke manalah kau menghilang? ada tugas yang perlu disiapkan... jangan buat macam tu. Kesian kawan yang in charge of the magazine. Kalau nak berhenti pun, hantarlah surat dan berundurlah ikut peraturan...

Monday, March 9, 2009

Dengan Kevin, di sisi kereta kuda

Sempat posing bersama Kevin, sebelum bersiar-siar dengan kereta kuda di Chiang Mai.

Nostalgia di Chiang Mai bersama TAT

Panorama syahdu di tepian kolam dalam kawasan Hotel Mandarin Oriental, Chiang Mai. Tak dapat bermalam, tetapi sempat dibawa melawat ke seluruh kawasan. Berkeluasan 60 ekar, kami mengambil masa tiga jam untuk singgah di satu banguna ke satu bangunan dan satu pusat spa ke satu pusat spa. Setiap bangunan di sini direka bentuk berlainan dengan ciri seni bina tersendiri, mengambil ilham beberapa bangunan berseni di Asia. Terima Kasih kepada Thailand Authority of Toursim (TAT) Malaysia yang menaja lawatan kami berempat pada penghujung tahun2008.

Sunday, March 8, 2009

Tangkuban Perahu, Bandung

Bersama Suriani dan peserta Kembara Jelita di Bandung. Bergambar berlatar belakangkan pemandangan kawah gunung berapi di gunung Tangkuban Perahu. Di dalam kawah kelihatan asap daripada bahang panas lava. Warna kekuningan pada permukaan tanah di dalam kawah ialah belerang yang mengeluarkan bau masam. Cuaca di puncak gunung ini dingin sekali.
Ini adalah lawatan kedua saya ke Tangkuban Perahu, keadaannya sama seperti tujuh tahun lalu.

Kenangan bersama Kembara Jelita di Bandung


Staff Berita Publishing Sdn Bhd Bhd
1. Abdul Razak Chik (kanan sekali) barisan belakang
2. Raihana Andullah (tudung hitam), Mariam (baju merah) barisan tengah
3 Rashidah Ibrahim (baju pink) brisaan depan, kanan sekali.
Chef anwar barisan belakang, dua dari kiri

Kumpulan Kembara Jelita di Bandung 2008


Kenangan di Chiang Mai


Gambar atas: Bersama Kee, wartawan bebas berasal dari Kelantan. Mulut lepas, bercakap dengannya memang menyakitkan hati. Suka mengenakan orang tetapi kerana peserta rombongan hanya empat orang, kenalah juga ke hulu ke hilir bersama dia. Yang istimewa Kee ni, suka bergaya mengalahkan artis. Tengoklah baju dia ada style! Pada seluar di bahagian pehanya tertera lukisan wajah dia. Sanggup mengupah artis melukis di seluar untuk nampak lain daripada lain.
Lokasi: Hotel De Naga.
Gambar bawah: Bersantai di sebuah kedai hiasan dalaman di Chiangmai. Tertarik pada kemasan cat dinding tembok di hadapan. Bercat merah jambu pekat - sama dengan warna tajuk majalah Anjung Seri. Perhatikan pintu gerbangnya, berbentuk kubah daripada besi kerawang warna keemasan. Sungguh unik, menjadi tonggak tarikan di pintu masuk kedai. Ada bangku di depan, bolehlah duduk bergambar sementara tunggu yang lain ber shoping di dalam.

Pokok ru dan rimbunan pokok di atas tembok meredupkan suasana. Menarik pada tembok batu dipasangkan dinding kaca, mempamerkan sebahagian unsur hiasan yang dijual di dalam.

Catatan:
Pengembaraan 4 hari 3 malam di Chiang Mai bersama Thailand Authority of Tourism (TAT).
Peserta: hanya empat orang wakil media.
Waktu: akhir 2008






Friday, March 6, 2009

Kalau Staff Berbakat, Tidak Dimanfaatkan...

Kalau kita tak diberi peluang, tak dapatlah kita sebagai staff nak tunjukkan kebolehan. Sebabnya, kita bukan jenis nak menunjuk-nunjukkan. Hanya buat apa disuruh, tak buat kalau dihalang.

Kalau staff yang berbakat dan kaya idea tidak diberi dorongan, tidak dicungkil dan tidak dipandang, akan matilah bakat dan kebolehannya itu. Siapa yang rugi? Staff tak rugi apa-apa. Yang rugi adalah majikan. BETUL TAK?? Justeru, majikan kenalah tahu staff mana benar-benar berbakat dan layak melakukan sesuatu tanggungjawab.

Sayangnya, kebanyakan majikan melihat kepada staff yang `manis di mulut' dan tidak berani kata `no' kepada idea dan arahan ketuanya. Bayangkan, kalau staff itu tahu yang idea bossnya langsung tak sesuai, tapi dipuji juga: "Yes, yes, very good idea boss!!!" Tunggu ajelah apa yang akan jadi kemudiannya.

Kalau staff berbakat dan berkemahiran tinggi, tak dimanfaatkan majikannya, silap-silap dia akan curahkan ke tempat lain. Kalaulah ideanya diterima dan berjaya pula dilaksanakan oleh pihak lain dan ditakdirkan membuahkan hasil bagus, siapa rugi dan siapa yang untung? Seandainya pihak lain itu adalah rival, macam mana? Kalau soalan ini diajukan kepada Nabil, dia mesti jawab: `Lu fikirlah sendiri!'

Anjung Seri, Kembali Berseri!!!

Masa staff ramai sampai enam tujuh orang, suasana kerja huru hara. Setiap bulan, dateline terlepas. Setiap bulan ditegur pengarang. Hairan bin pelik! Bila tinggal bertiga ni, keadaan okey je. Kini tinggal saya - orang lama, Huda staff baru dan Rosmin part timer... kerja memanglah banyak tak menang tangan, tetapi yang bagusnya, suasana kerja harmoni. Kami satu kepala!

Dengan tiga orang, bahan kena juga diadakan. Ain staff jurureka dalaman turut turun padang. Pengarang tidak terkecuali. Saya sebagai Penolong Pengarang Anjung Seri, tidaklah berasa terbeban sangat. Cuba menjalankan tanggungjawab, lebih daripada biasa dan berusaha mengemukakan bahan secukupnya. Paling penting, gambar kulit mesti ada faktor `wauu!!' Kalau dulu tak pernah masuk meeting dengan jabatan lain, kini kena.

Hasil kerjasama pihak grafik, terhasillah gambar dan lay out lebih baik. Untuk bulan Mac, wah.. dapat pujian pengarang, berjaya ikut dateline. Keseluruhan, hasilnya juga cantik, walaupun ada sedikit sebanyak boleh diperbaiki.

Setelah hampir setahun tawar hati untuk menyimpan majalah sendiri, baru dua tiga bulan ini teringin semula untuk membawa balik ke rumah dan menyimpannya. Keluar sahaja majalah (mac 09), Rosmin, saya dan Huda, terus ke kedai buku BP untuk mengambil, menilai dan menyimpannya. Seronok dan lega mendengar kata-kata Rosmin, "Cantik macam ni, barulah nak simpan." Saya pun begitu juga Min...

ROSMIN, HUDA, AIN... YES KITA BOLEH!!!

Pesanan Ketua Pengarang

"Bersiap sedialah," kata Ketua Pengarang BPSB dalam mukadimah sewaktu memulakan mesyuarat pemilihan gambar kulit majalah hari ini.
Saya tak nak percaya, tetapi itulah yang dikatakannya. Berkali-kali dia berpesan. "Kita semua mesti bersiap sedia. Kemelesetan kali ini adalah yang paling teruk. Semua staff mesti berusaha cari idea untuk tambahkan perolehan syarikat.
Kalau ekonomi semakin teruk, dan staff tidak dapat membantu menambahkan perolehan syarikat kemungkinan ada majalah tidak dapat diteruskan, kemungkinan juga gaji akan dipotong... kalau betul-betul gaji dipotong, apa kita nak buat? Kenalah fikir bagaimana nak menjaga periuk nasi masing-masing... gunalah segala kemahiran dan bakat yang ada untuk menambahkan pendapatan...

Wednesday, March 4, 2009

Dari Bandung ke Chiang Mai

Menjelang akhir tahun lalu, adalah hari-hari paling menyeronokkan. Betapa tidak, berpeluang melawat tiga negara asia berturut-turut. Bermula dengan lawatan ke Bandung, Indonesa bersama pembaca Jelita yang diketuai pengarangnya, Raihana Abdullah, diikuti lawatan ke Chiang Mai bersama Thailand Authority of Tourism (TAT) dan kemudian ke Kemboja bersama Yayasan Salam Malaysia (Salam).

Rombongan Jelita, bagai lupa diri apabila dibawa ke pusat-pusat beli-belah istimewa di Bandung seperti Rumah Mode, Rumah Tas dan Pasar Baru. Kami gila membeli beg tangan berjenama. Pengalaman membeli-belah di sana memberi pengajaran kepada saya, bahawa barang-barang yang dijual di kedai kilang di situ tidak semestinya original.

Namun saya bernasib baik mendapat beg LV dan Guess yang kukuh. Original atau tak, itu tidak penting asalkan boleh dipakai lama. Satu pesanan, berhati-hatilah jangan terbeli yang palsu. Perhatikan kepada pangkal tali, Nampak sahaja seperti kulit atau pvc tetapi sebenarnya diperbuat daripada kepingan bod kertas. Apabila terkena air atau diisi barangan berat, dengan mudah putus, dan terserlah rupa kertas di bahagian dalamnya. Bayangkan kalau anda membeli sebuah beg berharga sekitar RM80 tetapi putus tidak sampai seminggu diguna. Tidakkah terkilan? Sempat juga membeli beberapa baju berjenama - Guess - untuk anak di Rumah Mode.

Antara program menyeronokkan ialah bengkel masakan bersama Chef Anwar di ruang legar sebuah hotel. Peserta juga dibawa melawat ke Gunung Tangkuban Perahu, di mana kami dilekakan oleh jurujual rantai manik batu sehingga masing-masing tidak ketinggalan membeli.
Kemuncak acara ialah membeli-belah di Pasar Baru. Semua tidak lepaskan peluang membeli telekung dan sejadah.

Masing-masing pulang berbondong-bondong dengan pelbagai barangan yang dibeli. Malangnya sewaktu tiba di Lapangan Terbabg LCCT, semua terngaga apabila diberitahu barang-barang penumpang belum sampai dan dijadualkan tiba esoknya!