Friday, March 19, 2010

Friday, March 19, 2010

Keliru...

Duta produk Farah AF dan Erin

Petugas bukan Melayu

Sebahagian dariapda produk


Kita kadang-kadang sering tertipu oleh nama dan slogan. Jika sesuatu produk itu dikenali dengan nama Melayu dan menggunakan pula slogan keislaman seperti `suci' atau `gunakan tanpa was-was', kita terus menganggap ia produk syarikat orang Melayu atau Islam.

Semalam saya ke majlis pelancaran produk kecantikan satu syarikat yang terkenal dengan jenama Syahirah. Kali ini syarikat itu memperkenalkan produk terbaru, Syasya untuk golongan remaja. Terpampang slogan `seri & suci' serta logo halal pada produk itu. Saya difahamkan fakta `halal' yang dimaksudkan ialah produk itu tidak dicampurkan bahan alkohol, untuk memancing pasaran golongan Melayu.

Sampai di majlis itu, saya lihat petugas terbabit memakai baju merah jambu. Kelihatan manis-manis belaka. Kerana ia produk remaja, ramailah petugas muda-muda terbabit. Dan ada juga kakitangan wanita yang agak berusia, juga memakai baju merah jambu. Yang menangkap pemerhatian saya ialah kebanyakan mereka bukan Melayu. Masing-masing sibuk melayan hadirin yang datang dan mempromosi produk kecantikan dan wangian itu.

Melihat itu, terdetik pula di hati saya.... `kalau ia syarikat Melayu, takkan ramai warga kerja berbangsa asing?' Tapi disebabkan produk ini untuk sasaran pelanggan Melayu, dutanya pun tentulah Melayu iaitu tidak lain dan tidak bukan, Farah AF dan Erin Malik.

Ketika itu saya teringat satu lagi peristiwa, sebuah pasaraya yang namanya `Wasbudi'. Dengan lambang warna hijau Pas, ramailah orang Melayu menjadi pelanggannya. Sewaktu baru dibuka, berduyun-duyun orang Melayu membeli di situ termasuklah saya. Pada suatu hari, saya mengikut seorang kawan yang ingin meminta sedikit ruang niaga di kaki lima pasaraya itu. Kami pun pergilah berjumpa dengan`person in charge' atau pengurus, di ruang pejabat yang tersorok di belakang. Berwajah seperti Cina, dengan bangga dia menegaskan semua barangan di dalam kedai itu ditanggung halal. Lelaki berseluar paras lutut dan berstokin itu memperkenalkan diri sebagai Ali sambil menghulurkan kad perniagaannya. Saya lantas menyoal, awak Islam ke? Dia menjawab sambil tersengih..."Belum.." Tika itu saya terus hilang kepercayaan terhadap dakwaan halal yang dilaungkan pasaraya itu. Saya turut teringat kisah `Pau Ahmad` yang disebarkan di dalam internet.

Natijahnya: Jangan mudah mengandaikan sesuatu produk atau kedai itu keluaran/milik orang Melayu/Islam dengan hanya memerhati kepada tanda halal atau slogan yang keislaman.