Seminggu dua ini tidak ada mood untuk menulis. Apa tidaknya, susah hati.
Di sana sini orang memperkatakan mengenai penyakit H1N1, semakin hari semakin dekat dengan kita. Kini sudah seperti hidup bersama dengannya. Seorang mengadu demam, jumpa seorang lagi pun kata begitu. Mana kita tahu, dia mungkin kena H1N1. Itu yang takutnya.
Sewaktu pergi ke Pusat Rawatan Islam Sabtu lalu, ramai sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Setelah mengetahui hospital itu mengesan beberapa kes, saya tak sanggup duduk lama. Segera tinggalkan tempat itu, bawa anak pergi ke klinik biasa. Apatah lagi apabila mendapat tahu ada seorang VIP yang dikuarantin di situ.
Rupa-rupanya di mana-mana hospital terutama hospital kerajaan sekarang, ramai menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Patutlah seorang kawan, awal-awal lagi menulis dalam face booknya `feel no more safe' dan dia juga mengirimkan kepada saya mesej. Seorang uztaz menasihatkan pesakit;
i. makan enam epal hijau dan minum jusnya serta fresh orange berterusan, sampai gejala sakit hilang. Paling penting salawat 3 kali dan berdoa sewaktu hendak makan/minum. Seorang memberitahu, anaknya mengamalkan ini, dan syukur akhirnya sembuh.
ii. Seorang lagi memberitahu, di Selatan Thailand mereka memakan kurma yang direndamkan dengan air kelapa. Air kelapa itu juga perlu diminum dan seperti biasa kena selawat 3 kali dan berdoa sebelum makan/minum.
Menakutkan, seorang memberitahu penyakit ini boleh menyerang sampai mati dalam masa tujuh hari sahaja. Kalau di x ray, akan nampak kawasan paru-paru dalam badan hitam teruk seperti mereka hisap rokok bertahun-tahun.
Apa-apa pun kita tidak menafikan ini semua berlaku, mengikut amaran Allah mengenai
tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Allah mengingatkan, antara tanda-tandanya akan keluar debu halus (jerebu), satu wabak penyakit, tanah runtuh dan ombak besar ..... itukan semuanya sedang berlaku. Ini semua membuatkan kita tidak ingin lagi memandang kepada kerja di luar atau mengumpul harta, sebaliknya ingin duduk berkurung, bekerja dari di rumah dan berdoa dan berdoa yang baik-baik.