Tuesday, July 6, 2010

Ketemu Dr Azizan.

Macam nilah ramainya peserta seminar Dr Azizan

Alahai, kita nak gambar berlatarkan kolam renang di situ... kawan pergi snap menghala ke rumah jiran Dr Azizan.

Rumah beliau dari sudut depan
Pandangan dari sisi
Suasana di dalam, akan disiarkan di dalam Anjung Seri, bila belum tahu lagi.


Bergambar di ruang tamu.


2 julai 2010.

Apabila client, Dreamwood Design Sdn Bhd menyebut bahawa mereka akan membawa kami untuk mengadakan sesi fotografi di rumah pakar motivasi, Dr Azizan, saya lantas teringatkan lelaki bertubuh sasa yang sering muncul menerusi iklan seminar `hidup luar biasa' di dada akhbar. Telahan saya itu tepat sekali, rupanya dialah orangnya. Dr Azizan Osman.

Teruja jugalah ingin bertemu dengan orang hebat yang berjaya menarik puluhan ribu penyertaan ke seminarnya. Beberapa kereta mewah yang tersergam di hadapan rumah, membuktikan tahap kejayaan hidupnya dalam usia yang muda (belum sampai 40). Isterinya juga masih muda, dalam pertengahan 20-an. Sopan, bertudung dan manis sekali.

Saya mewawancara mereka sambil duduk di atas kerusi empuk di ruang tamu, ditemani rakan sepejabat Zurin. Pemilik syarikat rekaan dalaman, Hamdan Ahmad dan pembantunya Azman turut berada di situ. Mereka saling memuji. Dr Azizan dan isterinya masing-masing gembira dengan hasil kerja Dreamwood Design. Hamdan dan Azman pula memuji pasangan itu sebagai pelanggan yang mudah untuk berurusan. Saya juga senang melihat hasil penataan dalamannya.

Paling gembira apabila Dr Azizan memberikan kami tiket percuma untuk menyertai seminarnya. Saya tidak lepaskan peluang untuk menyertainya pada hari terbabit. Di situ saya terkejut melihat betapa ramai orang yang berpusu-pusu datang untuk mendengar ceramah motivasinya.

Menurut Dr Azizan tujuan beliau mengadakan seminar dan sesi kursus, adalah untuk membantu anak bangsa supaya berjaya dan kaya seperti dirinya.

"Jiwa anak bangsa kita lemah! Kita pengecut dan takut untuk bertindak merubah nasib diri dan generasi kita yang jauh tertingglan kebelakang terutamnya dari segi kuasa serta kekuatan ekonomi dan perniagaan. Untuk merubah anak bangsa kita menjadi generasi hebat, kita perlu fokus kepada usaha reporgram semula minda serta menyuntik semangat berjiwa besar."

Begitu ujarnya dalam salah satu iklan yang disiarkan.