Rumpai Laut Asli@Ibu Kolagen@Pure Marine Collagen (PM). PANIK DENGAN KESAN AWAL
Selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut asli warna
ungu yang disebut sebagai kolagen atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya
disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah kesan yang dirasai. Selain
kesan-kesan positif yang saya sebutkan mengenai penegangan kulit dan wajah
serta meringankan tubuh daripada sakit-sakit sendi dan urat tegang, terdapat
juga kesan yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila
mengambil makanan yang memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas
diri si pemakan. Hakikatnya kesan tindak balas inilah yang digeruni oleh saya
menyebabkan tidak berani untuk makan pemakanan kesihatan atau ubat-ubat
tradisional sejak dulu. Namun apabila umur sudah semakin meningkat kita tidak
dapat lari daripada teringin mencuba sementelah keadaan badan pun sudah kian
beragam.
Berbalik kepada kisah saya makan rumpai laut asli ibu
kolagen ni, mula-mula dalam seminggu okey kecuali cepat lapar dan tekak kering,
apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan menyucuk di bahagian dada.. itu
saya sudah ceritakan sebelum ini iaitu disebabkan faktor proses penegangan. Ini
saya boleh tahan lagi tetapi bila dalam perut terasa pedih dan menyucuk dan
keluar angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika, mulalah
terasa risau. Adakah saya ni sudah diserang gastrik? Ini kerana apabila selidik
di internet, saya dapati seakan tanda gastrik atau ulser. Disebut bahawa sakit
bila perut kosong itu adalah gastrik tetapi apabila sakit perut selepas makan
itu adalah ulser. Anda tentu tahu kan yang ulser boleh membawa kepada kanser. Wah
bukan main panik lagi saya. Lantas mengambil keputusan untuk berhenti selepas makan
sebulan lebih. Saya mengumumkan ini di laman Fb dengan harapan ada sesiapa yang sudi memberi komen/ulasan.
Maklumat testimoni daripada orang lain yang pernah makan sangat perlu untuk
memberi keyakinan kepada saya mengenai baik buruk benda ini.
Satu lagi sebab saya berhenti juga adalah atas nasihat
seorang kawan, katanya berhentilah dulu sekejap. Kalau terlalu banyak makan
berpanjangan juga jadi tidak elok. Masalah bila sepatutnya berhenti? Saya
teringat satu maklumat yang dibaca bahawa rumpai laut asli ini mengandungi
iodine - jika diambil dalam jumlah banyak boleh menyebabkan keracunan. Suami berkata,
sewaktu dia ditahan lama dahulu, ada seorang pesakit yang dikesan mempunyai
terlebih kandungan iodine di dalam badan. Akibat daripada itu badannya jadi
hitam seperti hangus/kesan terbakar. Oh tidak, takutnya bisik hati. Adakah
iodine sudah banyak dalam badan, adakan sakit perut itu disebabkan kesan iodine
yang telah menghakis dinding perut.
Dalam pada seribu persoalan timbul di benak, mujurlah
seorang kawan saya memberi komen pada posting saya itu, katanya eloklah diteruskan
makan untuk kebaikan tubuh dan jangan berhenti terus. Menurutnya rumpai laut
memberi tindak balas secara biologi ke atas tubuh. Saya kurang faham sebenarnya
ayat ini. Lantas saya pm dia dan kami berchatting panjang. Hasilnya saya mendapat
maklumat yang sangat penting. Katanya, memang ada kesan tindak balas bila kita
makan. Itu adalah perkara biasa. Bila melalui rasa tidak selesa bermakna sudah
ada kesan positif, kesan tindak balas itu menunjukkan rawatan ke atas
bahagian-bahagian tertentu sedang aktif.
“Saya juga mengalami kesan yang sama. Cepat lapar, tekak
kering dan selalu dahaga. Bila saya beritahu anak, dia berkata memanglah kalau
makan kolagen akan terasa begitu. Anak saya di bidang sains, jadi dia tahulah..,” ujar kawan saya itu. Jadi katanya,
kena minum banyak air. Selepas makan kolagen, minum susu skim atau ambil makanan
berserat seperti oat dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa cepat lapar atau
sakit perut.
Kata kawan itu: “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah
cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang
sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang
bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus
kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat
kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding
usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus
sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,” jelas kawan
saya itu.
Bagimanapun dia juga mengingatkan kalau sudah ada kesan positif
ke atas tubuh dan kesihatan badan secara keseluruhan, eloklah dikurangkan
kekerapan pengambilan. Kalau pada peringkat awal diambil setiap hari pagi dan
malam, kurangkan menjadi sekali sehari.. kemudian selang dua atau tiga atau
empat hari sekali.
“Bila sudah betul-betul berkesan ke atas kesihatan, doktor
saya juga menasihat berhenti mengambil sesuatu jenis kolagen dan gantikan
dengan jenis kolagen lain pula. Misalnya saya makan kolagen rumpai laut jenis
pil dari Jepun, selepas habis tiga bekas kolagen rumpai laut, saya gantikan
denga kolagen soya. Ini katanya untuk mengelakkan bahan tidak elok berkumpul
banyak dalam badan yang boleh menyebabkan risiko lain pula,” ujarnya.
Rupa-rupanya kawan saya itu sudah lama mengambil pemakanan
kesihatan yang ajaib ini. Punca yang
menyebabkan dia mengambil kolagen rumpai laut katanya, ialah pada suatu ketika
dulu sewaktu mengajar budak-budak bersenam lututnya kaku, hampir dibedah oleh
doktor. Namun dia mencari alternatif lain dan seorang kakak memberitahunya agar
mengambil pemakanan semula jadi seperti rumpai laut yang dikatakan sangat baik
untuk penyakit sendi. Alhamdulillah katanya, kerana rajin makan, lututnya
kembali normal dan tidak jadi dibedah. Kerana itu juga dia terus dengan
pemakanan rumpai laut jenis pil itu.
“Selain kulit tegang, tak sakit-sakit sendi, lawas membuang dan
rasa sihat , rambut pun semakin lebat, macam orang muda. Cepat panjang!”
Begitulah ulasan panjang lebar daripada kawan saya itu yang akhirnya meyakinkan
saya untuk meneruskan pengambilannya secara yang diajar oleh kawan saya itu.
(Mula-mula makan setiap hari, bila dah nampak kesan positif seperti
dikehendaki, jarangkan kekerapan makan sedikit demi sedikit dan seterusnya
bertukar kepada jenis kolagen lain, beberapa ketika sebelum kembali kepada
jenis berkenaan).
Selain itu juga menurutnya, dia juga mengamalkan makan nasi
atau sup yang dicampurkan dengan rumpai laut. Budak-budak Tadika di sekolah
saya, kebanyakannya Cina.. mereka disediakan makanan nasi dan sup yang
dicampurkan rumpai laut dari Jepun, yang warna hijau halus-halus seperti yang
kita lihat pada makanan shushi tu.. Sebab itu kulit mereka licin, putih dan
halus, tambahnya.
“You simpan untuk saya ya, yang sudah dimasak dan yang belum
dimasak, nanti saya datang ambil,” katanya.
Wah saya berterima kasih kepada rakan saya itu – dia ialah bekas
rakan sekuliah saya sewaktu di UiTM, Shah Alam. No wonder, saya nampak wajahnya
muda dan berseri-seri dalam gambar FBnya. Sekarang terbongkar sudah rahsia yang
selama ini ingin saya ketahui… adakah itu gambar lama atau gambar terkini? Apakah
yang dia makan yang menyebabkan wajahnya bersih bersinar? Rupa-rupanya kerana
rajin makan rumpai laut!