Friday, July 30, 2010

pelan pilihan


Nak bina rumah di kampung,
berangan-angan dengan reka bentuk Inggeris, kotej dan country seperti di bawah. Sesiapa yang sedang mencari idea reka bentuk rumah, bolehlah tiru mana yang berkenan di bawah ni....

Ceritanya, ayah sudah pun selesai membersihkan kawasan rumah di kampung, semua pokok yang ada di halaman sudah ditebang untuk memberi ruang bagi membina rumah baru.
Tak sabar dia nak tengok rumah baru tersergam di tanah miliknya di kampung. Saya pula diserahkan tanggungjawab untuk membinanya, dengan alasan "kalau ayah dah tak ada nanti, mu duduklah di rumah tu."

Hmm... siapa yang tak nak bina rumah besar dan cantik macam ni, siap dengan lanskap bagai, masalahnya `yang tu tu' .... kalau terlebih ada, apa gaya pun boleh dibina.



Yang ini, dua rumah serupa bentuk, bersambung oleh bumbung di tengah
Setakat sebiji mungkin boleh, dua biji tak tentu lagi.



Dikemasi batu bertekstur di bahagian depan.

Daripada kayu bercat hijau/

Juga daripada kayu, menampilkan kelainan menerusi bentuk patio berpagar di bahagian depan rumah.

Berdindingkan batu bata coklat, dan batu beragam warna. Seakan latarkan salji

Ini pula bertangga di bahagian hadapan. Cantik juga ek.

Yang ini juga bertangga di depan, dihiasi bumbung kecil bertingkap di bahagian depan bumbung utama . Sesuai gak dengan gaya desa. Berkenan yang mana?

Monday, July 12, 2010

Mek Mulong VS Mak Yong

Permaisuri (tengah), puteri dan putera raja di dalam Mak Yong. Selendang jaring menutupi bahu dan dada serta hiasan di kepala seperti ini juga menjadi trademark penari Mak Yong.


Penari Mek Mulong sekadar berkebaya labuh dan berselendang.

Tarian pembukaan Mek Mulong

Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara

Aksi tiga watak pelawak ini menggeletek hati penonton.

Gergasi dan salah seorang pesuruhnya sedang berusaha untuk menculik Puteri Nang Mara.

Tamat persembahan, pelakon memperkenalkan jurulatih Mek Mulong kepada penonton.

Selepas teruja menonton teater Mak Yong yang turut disertai Iliyana, saya terpanggil pula untuk menonton satu lagi persembahan teater, Mek Mulong yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Mak Yong.

Didorong oleh rasa ingin tahu mengenai perbezaannya, saya berazam untuk tidak ketinggalan menonton teater Mek Mulong. Terdengar sahaja daripada mulut Iliyana yang teater itu akan dipentaskan di Aswara, saya awal-awal lagi memberitahunya nak ikut menonton.

Si Dia, apabila diajak awal-awal lagi menggelengkan kepala, tak minat bab kegiatan seni persembahan. “Tak nak pergi tak apa, tinggallah awak kat rumah. Saya ikut budak-budak pergi,” bisik hati saya.

Bagi saya rugi kalau tak pergi melihat, bila lagi nak tonton dan mengenali seni persembahan tradisional kita. Kerana itu tahun terakhir Iliyana di Asrawa, saya mesti ambil peluang menonton. Sekurang-kurang kalau orang sebut Mek Mulong, tahulah saya apa dia.

Pementasan malam itu, membabitkan pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Aswara untuk projek penilaian akhir. Setelah menonton, saya dapati memang benar ada persamaaan dari segi gaya persembahan Mak Yong dengan Mek Mulung iaitu masing-masing menggabungkan persembahan tarian dan lakonan. Perbezaan ketara ialah dari segi;

· Mak Yong dipersembahkan dalam loghat negeri Cik Siti Wang Kembang (Kelantan) manakala Mek Mulong mirip loghat, Kedah.

· Penari Mak Yong memakai pakaian tarian di istana, indah bergemerlapan dengan hiasan di atas kepala manakala penari Mek Mulung sekadar memakai baju kebaya pelbagai warna dan berselendang.

· Tarian Mak Yong lebih santun dan lemah gemalai, manakala tarian Mek Mulung agak keras dan kasar.

· Tarian Mak Yong mengasyikkan manakala tarian Mek Mulong agak lama dan berulang-ulang gerak langkahnya.

Secara peribadi, saya lebih selesa dengan penceritaan dalam loghat Kelantan Makyong berbanding loghat Kedah Mek Mulong. Kerana tarian pembukaan Mek Mulong terlalu lama, timbul rasa sedikit bosan untuk menunggu bab lakonan. Babak awal dalam Mek Mulong agak menjemukan tetapi apabila di peringkat pertenghahan dan akhir, persembahan laju dan menghiburkan. Terutama sewaktu muncul watak pelawak.

Memetik risalah tidak bertarikh mengenai asal-usul persembahan, pada zaman dahulu ada satu keluarga miskin yang menjadikan bidang hiburan sebagai sumber hidup. Si ayah yang bernama Pak Mohor, membuat sejenis alat muzim bernama `geduk’ dan memalunya dengan gaya menora, si ibu pula membuat `gendang’ dan memalunya menurut cara Mak Yong, sementara anak mereka, Mek Julung membuat sejenis alat muzik diberi nama `semborong’ dan memalunya sekeliling kampung.

Pada suatu hari, dalam keghairahan memalu semborongnya, Mek Julung sampai ke tengah hutan dan bertemu seorang anak raja bernama Cahaya Bulan. Baginda dibuang negeri lantaran hasutan seorang ahli nujum yang meramalkan bahawa dia akan menimbulkan mala petaka di dalam negeri Cahaya Bulan.

Tertarik dengan permainan Mek Julung, lalu baginda dan pengikut pengikut-pengikutnya turut bermain dengan menambahkan lagi jenis alat muzik sehingga akhirnya kumpulan itu dinamakan Mek Mulong.

Permainan Mek Mulong dikatakan berasal dari sempadan Legor, Siam kemudian diperkenalkan di Kedah ketika berlaku persengketaan antara Kedah – Siam. Tempat mula-mula Mek Mulong diperkenalkan ialah di Kampung Perit Mukim Kurung Itam, jajahan Kuala Nereng. Seterusnya peremainan itu berkembang ke kampung Belukar Mulung, Kampung paya Keladi dan akhir sekali Kampung Yang Tepus Jitra, Kedah.

(Kalau ada silap ejaan nama tempat dll, harap diperbetulkan kerana maklumat (tulisan) dalam risalah kurang jelas).

Berikut pula Sinopis Cahaya Bulan.

Cahaya Bulan yang dipersembahkan pada malam itu mengisahkan seorang anak raja dikenali Putera Cahaya Bulan dan permaisurinya, Puteri Nang Mara. Putera itu berperasaan permaisurinya yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan Raja Gergasi yang memerintah benua Pak Kin. Raja Gergasi berpendapat dengan menawan Puteri Nang Mara, dia juga berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa saingan, kerana selama ini Puteri itu adalah penghalang utama kejayaannya.

Putera Cahaya Bulan meminta agar rakyat berjaga tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Bersama pengikutnya, baginda berjaya memasuki pintu kota Negeri Selindungan Bulan. Apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti raja gergasi, mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi kenyataan. Baginda dibunuh oleh panah pesuruh Raja Gergasi. Sena dan Amat berjaya memujuk Puteri Nang Mara untuk ke Benua Pak Kian. Manakala Putera Cahaya Bulan dihanyutkan dalam sungai, tetapi dijumpai penduduk kampung, Epong dan Edeng yang merawat baginda dengan air mawar hingga pulih.

Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan menerima lamaran untuk berkahwin dengan Raja Gergasi. Sebaik pulih, dengan berani Putera Cahaya Bulan berangkat ke Benua Pak Kian untuk menyelamatkan permaisurinya.

Jurulatih

Saad bin Taib, lebih dikenali Pak Saad adalah tenaga pengajar subjek Mek Mulung bagi pelajar ijazah sarjana muda tahun satu semester satu Asrawa. Belia dilahirkan di Kampung Ijang Tepus, Jitra, Kedah pada 14 julai 1947. Pak Saad bergiat dalam bidang Mek Mulung sejak berumur 16 tahun sehingga sekarang. Bermula dengan mengikut arwah bapanya, sehingga sekarang terbabit dalam bidang ini. Beliau juga adalah tenaga pengajar di Taman Budaya Makam Mahsuri di Langkawai dan berpengalman dalam bermain dalam muzik gendang.

Pada 2002 belia bersama rakan Mek Mulungnya, telah mengadakan persembahan Mek Mulung diadakan di Menara KLCC Petronas yang merupakan persembahan pertama pernah diadakan. Kumpulan Mek Mulong sememangnya paling tua, berasal dari Ijang Tepus, iaitu tempat terawal Mek Mulung.

Rakan tenaga pengajar, Kamarusdin bin Debak, lebih mesra Pak Din, lahir pada 5 Me 1955 di kampung Lembah Arang, mukin Wang Tepus, Jitra. Bergiat sejak 18 tahun dengan bermain alat muzim serunai dan gendang selain turut berbakat di bidang lakonan dan nyanyian. Seperti Pak Saad, beliau turut menjadi tenga pengajar di Taman Budaya Negeri Kedah.

Thursday, July 8, 2010

Tugasan di satu lokasi nan indah

Hari ini pergi assignment sambil mencuci mata melihat keindahan lokasi tugasan yang jauh daripada kesesakan ibu kota. Tempatnya, di PULLMAN Putrajaya. Kiranya pertama kalilah saya sampai di sini. Selepas selesai tugasan pelancaran produk baru Electrolux, kami tidak melepaskan peluang bergambar sakan, macam pergi melancong.

Tertarik dengan keindahan seni bina bangunan yang menyerlahkan ciri trdisional Melayu menerusi kemasan ukiran, bumbung dan tangga. Suka dengan aksi kadid deme berdua ni.


Beratnya, kiri kanan bawa barang. Tersangkut dilengan ialah hadiah penyedut hampagas yang saya menangi. Selepas mendengar keterangan mengenai setiap satu produk baruyang dilancarkan, press diberi peluang menjawab soalan. Jeles dengan orang di sebelah yang menang dapur induction, saya berazam untuk menjawab soalan-soalan selepas itu. Makan saya pun mendengar dengan penuh prihatin sewaktu penerangan sambil memilih `soalan spot'. Memang betul salah satu soalan itu terkeluar, lalu saya cepat-cepat angkat tangan. Jawapannya mengenai slogan salah satu produk. Tetiba dua orang pula menjawab serentak, saya tak perasan dia pun angkat tangan. Mujurlah Editor dpd majalah rival yang duduk di sebelah saya (yang memberi jawapan serupa serentak) mengalah dan memberi peluang kepada saya mengambil hadiah)
Dia sangat bertimbang rasa kerana sebelumnya, sudah pun mendapat satu hadiah. Sewaktu hendak keluar dpd majlis, setiap seorang diberi cenderamata, sebuah cerek elektrik Electrolux warna hitam reka bentuk canggih. Jadi kami berdua (di atas) masing-masing berbondong-bondong keluar membawa hadiah. (Bukan pergi shopping ya!)

Bergambar lentok di hadapan Pullman, menampakkan keindahan seni bina tangga berciri tradisional Melayu.


Ini pula menara berseni di tengah-tengah kawasan hotel yang menjadi penyeri lanskap. Ada masa nanti saya publish kan gambar-gambar hadiahnya.



Tuesday, July 6, 2010

Ketemu Dr Azizan.

Macam nilah ramainya peserta seminar Dr Azizan

Alahai, kita nak gambar berlatarkan kolam renang di situ... kawan pergi snap menghala ke rumah jiran Dr Azizan.

Rumah beliau dari sudut depan
Pandangan dari sisi
Suasana di dalam, akan disiarkan di dalam Anjung Seri, bila belum tahu lagi.


Bergambar di ruang tamu.


2 julai 2010.

Apabila client, Dreamwood Design Sdn Bhd menyebut bahawa mereka akan membawa kami untuk mengadakan sesi fotografi di rumah pakar motivasi, Dr Azizan, saya lantas teringatkan lelaki bertubuh sasa yang sering muncul menerusi iklan seminar `hidup luar biasa' di dada akhbar. Telahan saya itu tepat sekali, rupanya dialah orangnya. Dr Azizan Osman.

Teruja jugalah ingin bertemu dengan orang hebat yang berjaya menarik puluhan ribu penyertaan ke seminarnya. Beberapa kereta mewah yang tersergam di hadapan rumah, membuktikan tahap kejayaan hidupnya dalam usia yang muda (belum sampai 40). Isterinya juga masih muda, dalam pertengahan 20-an. Sopan, bertudung dan manis sekali.

Saya mewawancara mereka sambil duduk di atas kerusi empuk di ruang tamu, ditemani rakan sepejabat Zurin. Pemilik syarikat rekaan dalaman, Hamdan Ahmad dan pembantunya Azman turut berada di situ. Mereka saling memuji. Dr Azizan dan isterinya masing-masing gembira dengan hasil kerja Dreamwood Design. Hamdan dan Azman pula memuji pasangan itu sebagai pelanggan yang mudah untuk berurusan. Saya juga senang melihat hasil penataan dalamannya.

Paling gembira apabila Dr Azizan memberikan kami tiket percuma untuk menyertai seminarnya. Saya tidak lepaskan peluang untuk menyertainya pada hari terbabit. Di situ saya terkejut melihat betapa ramai orang yang berpusu-pusu datang untuk mendengar ceramah motivasinya.

Menurut Dr Azizan tujuan beliau mengadakan seminar dan sesi kursus, adalah untuk membantu anak bangsa supaya berjaya dan kaya seperti dirinya.

"Jiwa anak bangsa kita lemah! Kita pengecut dan takut untuk bertindak merubah nasib diri dan generasi kita yang jauh tertingglan kebelakang terutamnya dari segi kuasa serta kekuatan ekonomi dan perniagaan. Untuk merubah anak bangsa kita menjadi generasi hebat, kita perlu fokus kepada usaha reporgram semula minda serta menyuntik semangat berjiwa besar."

Begitu ujarnya dalam salah satu iklan yang disiarkan.

Thursday, July 1, 2010

Majlis Ulang Tahun Berita Harian ke 53

baca kisah di bawah sekali

Inilah hadiah untuk kami x BH staff: Gambar kami diberi peluang menghiasi muka depan akhbar Berita Harian. Empat x staff BH memegang gambar masing-masing. Dari kiri sekali penulis bebas dan penulis skrip drama TV3 yang meletop tu (Nur Kasih dan Renjis), Maizura Ederis, saya, Raihana yang juga bekas Editor Jelita, Rosmin Darus, bekas wartawan hiburan BH dan kini staff Blue Inc, antara majalahnya Glam Deco.

Percaya ke? Terpampang di muka depan Berita Harian. Mock Up ajelah!
Gambar bawah: Dua gambar kenangan yang dibawa pulang.

Tengoklah betapa meriahnya, entah berapa banyak hadiah kek, sampai tak termakan.

kek dpd 8TV

Kek dpd Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Kek sumbangan dariapda In Deed. Saya pun tak pasti, ya ke tu nama syarikat?

Kek daripada Astro

Kek dpd Prince Hotel

Bersama x staff dan staff BH

Bersama orang besar BH, Datuk Mior (baju putih)

Hem.... yang ni... Haslinda Hassan (kiri) dan Bennie, bekas rakan wartawan yang pernah bekerja bersama di sebuah majalah hiasan dalaman, mereka kini sudah jadi warga BH. Haslinda pernah kerja di BH, keluar dan kemudian masuk balik, rezekilah katakan, meninggalkan saya seorang di tempat lama.


Kisahnya...

Hari ini saya berasa sangat teruja dan tersentuh hati apabila diraikan dengan majlis jamuan makan oleh Berita Harian (tempat pertama saya bekerja) sempena meraikan ulang tahun akhbar itu yang ke 53.

Ternyata majlis itu sungguh meriah dengan kehadiran ramainya x staff, yang ada di antara mereka sudah berpuluh tahun saya tidak berjumpa. Ramai yang berubah wajah sehingga tidak dikenali dan ada juga yang maintain, tidak berubah kecuali badan naik sedikit.

Ketawa terbahak-bahak saya apabila jurugambar, Ridzuan membuka cerita lama yang saya pernah menumpang motosikalnya ke tempat assignment dengan memakai topi keledar terbalik. Saya memang tidak ingat peristiwa itu. Apabila diimbau kembali, ingat-ingat lupa, maklumlah sudah lama ketika itu baru bekerja, orang kata masih budak-budak, bantai aje tumpang janji sampai dengan selamat di tempat yang dituju.

(Entah kenapa pula saya tumpang dia, sedangkan syarikat ada menyediakan kereta untuk staff yang ingin pergi assingment. Mungkin tempat tu terlalu dekat, di UM sahaja. Beberapa minit sahaja dari ofis di Bangsar.)

Mengimbau kisah itu, kami dan terutama saya sendiri tidak tahan ketawa saya sampai hendak terkucil.... manakala Delaila dan Redzuan juga mengungkit kembali kisah saya menalipon ketua unit berita dalam keadaan hendak menangis apabila terkejut dilayan buruk seorang pengawal sewaktu membuat tugasan di Muzium Negara. Peristiwa tu saya masih ingat, sebenarnya bukanlah teruk sangat tetapi sewaktu menalipon nak memberitahu hal, tiba-tiba sebak pula dan beremosi sampai termenangis. Tak ingat, waktu saya baru bekerja atau masih dalam latihan amali.

Kisah itu tak adalah hal sangat, bab pengalaman saya tidak boleh lupa ialah ketika saya terinterview seorang lelaki Cina yang rupa-rupanyanya - gila. Ya ya saya menginterview lelaki itu dan ya ya dia melayani pertanyaan saya, tetapi kemudian dihalang oleh seorang lelaki Cina sambil menunjukkan isyarat seolah lelaki itu kurang siuman.

Berbalik kepada majlis ulang tahun tadi, ramailah yang hadir termasu peserta program realiti astro Imam Muda, artis Akademi Fantasia, Farhan, artis muda berkumpulan dan beberapa lagi.

Walaupun makanan banyak, tak termakan oleh saya kerana sibuk hai sana hai sini dengan kawan-kawan lama. Asyik dengan dialog sama berulang-ulang..."apa khabar, kerja di mana, buat apa sekarang dan bla, bla, bla."

Paling seronok, melihat suasana ofis yang jauh lebih cantik berbanding sewaktu saya bekerja di sana lebih10 tahun lalu, dari bilik berita sehinggalah ke bilik air. Luas sungguh bilik berita (newsroom) BH sekarang, dengarnya ia dicatat sebagai newsroom terbesar di Asia!

Buat Datuk Mior terima kasih kerana mengundang kami (nanti undanglah lagi), dan buat staff BH, terima kasih kerana melayani kami dengan begitu mesra.