Tertarik dengan keindahan seni bina bangunan yang menyerlahkan ciri trdisional Melayu menerusi kemasan ukiran, bumbung dan tangga. Suka dengan aksi kadid deme berdua ni.
Beratnya, kiri kanan bawa barang. Tersangkut dilengan ialah hadiah penyedut hampagas yang saya menangi. Selepas mendengar keterangan mengenai setiap satu produk baruyang dilancarkan, press diberi peluang menjawab soalan. Jeles dengan orang di sebelah yang menang dapur induction, saya berazam untuk menjawab soalan-soalan selepas itu. Makan saya pun mendengar dengan penuh prihatin sewaktu penerangan sambil memilih `soalan spot'. Memang betul salah satu soalan itu terkeluar, lalu saya cepat-cepat angkat tangan. Jawapannya mengenai slogan salah satu produk. Tetiba dua orang pula menjawab serentak, saya tak perasan dia pun angkat tangan. Mujurlah Editor dpd majalah rival yang duduk di sebelah saya (yang memberi jawapan serupa serentak) mengalah dan memberi peluang kepada saya mengambil hadiah)
Dia sangat bertimbang rasa kerana sebelumnya, sudah pun mendapat satu hadiah. Sewaktu hendak keluar dpd majlis, setiap seorang diberi cenderamata, sebuah cerek elektrik Electrolux warna hitam reka bentuk canggih. Jadi kami berdua (di atas) masing-masing berbondong-bondong keluar membawa hadiah. (Bukan pergi shopping ya!)
salam kak shidah & salam kenal
ReplyDeletedimana lokasi ni...shuntek sungguh
seperti berada di PULLMAN pulak tapi kat blakang tu seperti ada beach:-)
salam dila, terima kasih jejalan di sini, selamat bkenalan. Memang cantik tempat tu... tepat sekali tekaan dila, memang itu di PULLMAN...
ReplyDeleteKak Rashidah,
ReplyDeleteAmboi orang tuh, dapat hadiah ye? Bestnye! Congrats! :D
Hmm... he, he (gembira + syukur)
ReplyDelete