Menonton sebuah rancangan anugerah hiburan yang cukup berprestij beberapa minggu lalu, saya sangat teruja, terutama kerana dapat melihat pakaian fesyen yang beraneka rekaan.
Apa yang saya suka tentang majlis itu adalah ianya adalah ibarat
platform untuk peminat fesyen seperti saya mendapatkan rujukan ilham penggayaan diri. Pada majlis anugerah
seperti itu kita dapat melihat selebriti terkenal tanah air berjalan di laluan karpet merah dengan persalinan masing-masing yang cukup
menyerlah. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, acara karpet merah sebenarnya
adalah antara segmen kegemaran saya!
Pada
edisi tahun ini saya lihat banyak artis dalam kalangan selebriti yang hadir
mengenakan tudung. Pemakaian tudung ini bukanlah satu yang asing kerana
terdapat banyak selebriti wanita Malaysia yang sudah berhijrah dan
mengenakan pemakaian yang lebih sopan, sesuai dengan status dan perubahan imej
masing-masing.
Koleksi tudung terkini artis Malaysia memperlihatkan pemilihan pelbagai jenis tudung baru
yang serba cantik! Tudung Siti Nurhaliza dan tudung Neelofa yang terkenal
dengan jenama tudungnya iaitu Neelofar adalah antara yang menjadi perhatian
ramai.
Kalau
dilihat koleksi tudung terbaru yang kini boleh didapati dalam pasaran mempunyai
sifa yang cukup versatile. Ini kerana tudung moden wanita boleh dipadankan
dengan hampirapa sahaja untuk membentuk persalinan yang sempurna. Antara
pilihan padanan yang popular adalah pakaian tradisional seperti baju kurung,
jubah dan baju kurung peplum.
Koleksi
hijab terkini wanita juga boleh didapati dengan pelbagai warna menarik.
Sebut apa sahaja tona warna tudung, pasti akan ada yang bersesuaian dengan
kehendak anda. Jika inginkan tudung yang boleh dipadankan dengan mudah
bersama apa sahaja yang anda ada dalam almari pakaian, pilih warna yang lebih
neutral seperti hitam, coklat dan juga putih.Idarashida@blogspot.com