Thursday, April 23, 2015

Koleksi Tudung Terkini Artis Malaysia








Menonton sebuah rancangan anugerah hiburan yang cukup berprestij beberapa minggu lalu, saya sangat teruja, terutama kerana dapat melihat pakaian fesyen yang beraneka rekaan. 

Apa yang saya suka tentang majlis itu adalah ianya adalah ibarat platform untuk peminat fesyen seperti saya mendapatkan rujukan ilham penggayaan diri. Pada majlis anugerah seperti itu kita dapat melihat selebriti terkenal tanah air berjalan di laluan karpet merah dengan persalinan masing-masing yang cukup menyerlah. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, acara karpet merah sebenarnya adalah antara segmen kegemaran saya!

                                                             


Pada edisi tahun ini saya lihat banyak artis dalam kalangan selebriti yang hadir mengenakan tudung. Pemakaian tudung ini bukanlah satu yang asing kerana terdapat banyak selebriti wanita Malaysia yang sudah berhijrah dan mengenakan pemakaian yang lebih sopan, sesuai dengan status dan perubahan imej masing-masing.

Koleksi tudung terkini artis Malaysia memperlihatkan pemilihan pelbagai jenis tudung baru yang serba cantik! Tudung Siti Nurhaliza dan tudung Neelofa yang terkenal dengan jenama tudungnya iaitu Neelofar adalah antara yang menjadi perhatian ramai.



Kalau dilihat koleksi tudung terbaru yang kini boleh didapati dalam pasaran mempunyai sifa yang cukup versatile. Ini kerana tudung moden wanita boleh dipadankan dengan hampirapa sahaja untuk membentuk persalinan yang sempurna. Antara pilihan padanan yang popular adalah pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah dan baju kurung peplum.                                               
Koleksi hijab terkini wanita juga boleh didapati dengan pelbagai warna menarik. Sebut apa sahaja tona warna tudung, pasti akan ada yang bersesuaian dengan kehendak anda. Jika inginkan tudung yang boleh dipadankan dengan mudah bersama apa sahaja yang anda ada dalam almari pakaian, pilih warna yang lebih neutral seperti hitam, coklat dan juga putih.



Idarashida@blogspot.com







No comments:

Post a Comment