Saturday, May 25, 2013

Mengenang Peristiwa Tragedi Berdarah 13 Meii 1969

Yang berlalu biarlah berlalu, sesuatu pergaduhan atau pertumpahan darah yang telah berlaku semestinya berpunca. Namun apa pun yang dikaitkan dalam peristiwa ini, kita sendiri tidak tahu secara pasti kebenarannya. Kedua-dua pihak yang terbabit mendakwa mereka di sebelah yang benar. Apa sahaja yang ditulis oleh pelbagai pihak, kita boleh membaca sekadar untuk mengambil tahu dan tidak perlulah kita memihak atau mempercayai secara taksub, kerana semua yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah SWT ke atas umatnya di bumi Malaysia, lebih tepat lagi adalah takdir, yang sudah tertulis di loh mahfuz bahawa ianya akan berlaku sedemikian rupa. Lagi kita kaji, lagi mengelirukan. Oleh itu, kita jadikan peristiwa silam (yang buruk) sebagai sempadan dan tidak perlulah menjadikannya sebagai punca ungkitan dan dendam serapah. Apa yang penting adalah memandang ke depan dan mengelak pisang berbuah dua kali dengan menghindari apa jua kegiatan membawa ke arah bibit perpecahan antara kaum dan perpecahan sesama umat sebangsa dan seagama.

Malangnya apa yang sedang berlaku sekarang, kata-mengata, sanggah menyanggah dan fitnah menfitnah mengenai sejarah politik dan perkembangan terkini membabitkan rakyat jelata, memungkinkan atau akan hanya mempercepatkan sesuatu yang tidak dingini berlaku.



Berikut adalah antara link himpunan kisah mengenai peristiwa 13 Mei 1969

Sekadar mengenang peristiwa di dalam lipatan sejarah.

http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2007/05/13-mei-dari-catatan-tunku-abdul-rahman.html

http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/08/keganasan-kaum-cina-dalam-tragedi.html


Sedikit rumusan dpd pembacaan.

Peristiwa berlaku selepas kegagalan Barisan Nasional mencapai 2/3 kerusi dalam PRU pada tahun 1969 yang memberi kemenangan besar kepada pembangkang.

Peristiwa berdarah tercetus sewaktu kaum Cina berarak meraikan kemenangan parti mereka sambil mendabik dada.

Apa pun, pihak Cina kata Melayu yang mulakan

Melayu kata Cina yang mulakan.

Tuanku Abdul Rahman (TAR)kata ada pihak yang mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku untuk menggulingkannya.

Penganalis juga menyebut bahawa bahawa segelintir tokoh politik dan orang Melayu pada masa itu tidak senang dengan cara Tuanku Abdul Rahman menangani tuntutan kaum Cina, didakwa terlalu berlembut dan memberi muka mengenai beberapa perkara.

Tun Dr M dikatakan orang yang di belakang perjuangan berkenaan akibat daripada itu juga Tun dipecat daripada Umno.

Berikutan peristiwa itu juga membawa kepada TAR meletak jawatan kemudian Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Lanjutan dan rumusan saya la...

Pada zaman Tun Abdul Razak, Tun Dr M dibenarkan semula masuk Umno dan menjadi barisan pemimpin. Disebabkan kewibawaan Tun Abdul Razak,  tiada tekanan terhadap dirinya oleh Tun Dr M. Sepanjang pemerintahan sehinggalah beliau meninggal dan digantikan pula dengan Tun Hussein Onn.

Apabila pemerintahan Tun Hussein Onn menunjukkan kelemahan, beliau juga menerima tekanan dan tidak lama sebagai Perdana Menteri.Yang kemudiannya digantikan oleh Tun Dr M. Selama 20 tahun di bawah pemerintahan, Malaysia terus membangun dan maju walaupun tidak terkecuali daripada menerima tekanan-tekanan daripaa pihak yang juga ingin mengambil tempatnya.

Dapatlah dibuat kesimpulan Tun Dr M adalah seorang pejuang dan tokoh pemimpin yang sangat berani dan berkuasa. Beliau pantang melihat ketua yang lemah dan gagal membawa pembaharuan dan pembangunan kepada negara.

Sebaliknya lantaran keberanian dan kelantangannya, beliau dituduh zalim dan gila kuasa. Hakikatnya hanya seorang pemimpin yang hebat, berani dan `zalim' sahaja mampu mengawal situasi, menghindari segala ancaman, rusuhan dan pemberontakan. Beliau mampu memerintah selama lebih 20 tahun, berjaya menangani segala ancaman daripada anasir dalam dan luar negara. Akhirnya meletak jawatan dengan sendiri tat kala barisan kabinet masih memerlukan khidmat beliau.

Bila Tun Abdullah Badawi sebagai PM dan menunjukkan kegagalan yang ketara, beliau juga diberi tekanan sehingga akhirnya terpaksa melepaskan jawatan. Seterusnya membawa kepada pelantikan DS Najib sebagai PM. Menunjukkan sedikit kemampuan, Tun Dr M tidak memberi tekanan sebaliknya memberi sokongan walaupun dalam banyak hal (cara pimpinan) tidak seperti yang diharap oleh Tun Dr M.