17 April 2015
Cuti 6 hari + 4 hari.
Maksud tajuk di atas, hari cuti berekod enam hari campur dua
kali Sabtu dan Ahad, menjadi 10 hari.
Itulah bilangan cuti yang saya dapat kali ini. Lama juga tu. Mana nak
pergi? Kerana sudah lama tidak balik ke kampung suami di Negeri Cik Siti Wan
Kembang, kami mencapai kata sepakat untuk balik ke
Pada pagi jumaat sekitar jam 10 pagi, kami berlepas daripada
Gombak, melalui jalan ke pantai timur ikut Gua Musang. Biasalah, perjalanan
ikut lebuh ini agak membosankan. Tidak seperti jalan Kuantan – Terengganu –
Kelantan, yang terdedah dengan panorama pantai biru syahdu. Ikut laluan Gua
Musang, hanya pemandangan hutan dan apabila sampai di Gua Musang, disajikan
dengan panorama bukit batu kapur di sana
sini.
Setelah empat jam memandu sampailah ke kawasan ladang itu.
Tidak ada pegawai berkenaan di situ, jadi kami tidak dapat masuk ke kawasan lot
tanah yang hendak dilihat.
“Saya tidak tahu lot mana lot mana.. bos saya tahulah, dia
boleh tunjuk,” ujar petugas yang menyambut kedatangan kami. Dia memang menunggu
ketibaan kami kerana sudah dimaklumkan kepadanya melalui dua orang bosnya.
“Mana pokoknya?” Kami menyoal.
Petugas itu membawa kami ke tempatnya. Di sekitar kawasan
itu terdapat beberapa jenis pokok buahan termasuk rambutan ciku, duku dan limau
yang telah besar. Yang ketara adalah tapak semaian kelapa sawit dan gaharu.
Anak-anak pokok itu ditanam dalam poli beg berwarna hitam, ada ke poli beg
berwarna lain? Setahu saya, semuanya hitam kan
kan ?
“Inilah pokoknya,” ujar petugas itu sambil menunjukkan
sebatang pokok besar yang kelihatan condong. Hanya ada satu pokok gaharu
sekitar kawasan pejabat ini, ditanam oleh arwah Menteri Besar, Tuk Guru Nik
Aziz, dalam upacara pelancaran lebih lima
tahun lalu.
Si dia memotong satu dahan kecil untuk ditunjukkan kepada
sesiapa sahaja yang berminat ingin tahu mengenai pokok berkenaan. Setelah
berjanji dengan petugas berkenaan untuk datang lagi, kami meneruskan perjalanan
ke Machang.
Bersambung.
Idarashida@blogspot.com
rashida.ibrahims@gmail.com
No comments:
Post a Comment