Meow Meow...
18 April 2015
Comel sahaja `dia`. Dengan bulu panjang gebu. Nampak
biasa tetapi menurut tuannya, kucing ini sakit. Sakit saraf…pergerakannya terbatas. Tidak
tahu punca. Mungkin kerana dia bercerai susu terlalu awal daripada ibunya.
Tidak cukup khasiat susu ibu, agaknya, terang tuannya.
“Kenapa dengan ibunya?”
“Ibunya mati semasa dia berusia seminggu. Sewaktu kecil, kucing ni kelihatan sihat. Lama kelamaan semakin lembik. Kalau terlepas panjat di atas kerusi atau
pokok, ia tidak boleh turun, jika ia cuba badannya akan jatuh berdebub. Jadi, setiap pergerakannya kena dibantu. Kalau dia
berjalan dan kukunya terlekat pada tikar, kami kena bantu tanggalkan,” demikian
ulas tuannya lagi.
“Sudah dibawa ke doktor haiwan. Malangnya doktor tidak dapat
mengesan penyakitnya. Elok lagi pemilik pusat jagaan haiwan, tahu juga dia
pasal masalah kucing ini. Setelah dicucuk kalsium dan diberi ubat, ada
perubahan pada anak kucing ini. Dia sudah tidak monyok lagi. Sudah cergas
sedikit. Tapi nak bagi makan ubat bukan main susah. Bayangkan bagaimana nak
beri makan dalam bentuk pil,” cerita mereka lagi.
Bagaimana sukar sekali untuk menjaga kucing berkenaan,
pasangan suami isteri yang menjadi tuan kepada kucing ini tetap bersabar dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang. Beberapa kucing yang ada di dalam rumah
itu ibarat anak mereka sendiri. Pasangan yang
sudah berkahwin beberapa tahun itu, belum dikurniakan anak. Kerana itu kasih
mereka tertumpah pada haiwan peliharaan mereka itu.
Gambar: Kebetulan sewaktu hendak diambil gambar, kucing sakit saraf sedang ditahan di klinik, Yang tinggal adalah adik-beradiknya.
Idarashida@blogspot.com
rashida.ibrahims@gmail.com
Kucing saya juga terkena masalah saraf sehingga menyebabkan kaki kanan sebelah hadapan dan kaki kiri sebelah belakang menjadi lembut dan tidak befungsi...sekarang dah masuk hari ke empat...apa yang patut saya buat...telah bawa ke vet disuntik dan diberikan pil...tapi keadaan masih sama....
ReplyDeleteKucing saya juga terkena masalah saraf sehingga menyebabkan kaki kanan sebelah hadapan dan kaki kiri sebelah belakang menjadi lembut dan tidak befungsi...sekarang dah masuk hari ke empat...apa yang patut saya buat...telah bawa ke vet disuntik dan diberikan pil...tapi keadaan masih sama....
ReplyDeleteOh saya ni tak pelihara kucing, cuma dengar masalah orang... tunggu seminggu lebih.. kalau tak pulih juga pergi cuba rawat di tempat lain pula.
ReplyDelete