Sunday, May 20, 2012

Pasang Sendiri Air Terjun

 Hmmm,,, baru saja balik daripada kampung. Selesai pembinaan rumah di atas tanah ayah di kampung, kini tibalah masanya nak buat landskap. Kalau rumah orang lain ada hiasan air terjun dan batu landskap, teringin juga nak hias macam tu. Biarpun bajet ciput, kehendak hati tidak dapat ditahan-tahan untuk memilikinya. Alkisahnya sudah dua bulan kami menempah batu air terjun di Sungai Buluh, baru sekarang dapat mengambil untuk dibawa ke kampung. Punyalah berat sampat tercongek van. Bawa pulang minggu lepas, tak sempat hendak pasang.Memerlukan tenaga beberapa orang lelaki untuk mengangkat kawah air yang terbesar.
 

Lampu dalam air menyerlahkan cahaya biru pada waktu malam.


Jadi minggu seterusnya (Jumaat lalu), kami pulang lagi dengan satu tujuan untuk pasang kawah air terjun bertingkat. Bertolak Jumaat jam 11 malam, sampai jam 1 pagi Sabtu. Amboi kata orang gigihnya, semata-mata nak pasang benda alah tu.  Awal pagi bangun,  Si Dia terus dengan kerjanya. Dimulai dengan memasang. Silap pula publish gambar ikut turutan terbalik, jadi gambar yang teratas itu adalah gambar last, dan gambar yang paling bawah sepatunya di atas. Lantaklah. Jadinya turutan cerita tak sama dengan gambar. Tak apalah.... Gambar:  Si Dia sedang menanam pokok keladi. Dia mengambil pokok keladi dalam semak di luar pagar kawasan rumah dan dipindahkan di sudut laman, berhampiran dinding dan tingkap. Bagus juga tak payah beli, terus dapat pokok yang telah besar.

Selepas selesai pasang kolam bertingkat, diteruskan dengan mengemaskan permukaan tanah, di antara muka tangga belakang dengan tepi kolam. Dengan bantuan anak saudara, Si Ikhwan, kerja berjaya disempurnakan. Mula-mula batu pijak (moulded stepping stone) disusun berderet tiga - tiga secara jarang. Enam keping saja termampu dibeli setakat ini, Kemudian ditaburkan butiran batu hiasan warna putih, di celah-celah batu pijak. Sepatutnya guna kayu, tetapi disebabkan mahal dan bimbang reput atau di makan anai-anai, maka kami memilih batu. Disadvantage, permukaannya panas apabila terdedah pada cahaya matahari. Bercadang nak menukarnya dengan keratan kayu usang, selipar keretapi kalau ada peluang.



Pam kolam air terjun, berfungsi dengan kuasa elektrik. Mereka sedang menyambungkan wayar ke soket elektrik di dinding luar rumah.  Buat kerja pada waktu tengah hari dan panas terik, siap guna payung untuk mengelakkan mata berpinar. Wayar letrik dimasukkan ke dalam paip kondiut dan kemudian ditanam dalam tanah, membawa ke dinding yang ada soket. Nasib baiklah ada Ikhwan menolong, tetapi sebahagian besar kerja dibuat oleh Si Dia  yang boleh dikatakan handy man jugalah...kesian saya tengok dia, buat kerja di tengah panas terik sebab hendak mengejar masa. Esok paginya kami dah kena balik ke KL, kerana sudah berjanji dengan Kamil hendak melawatnya di asrama.

 Sedang memasang bebola air terjuk di puncak tetingkat kawah.

 Di dalam lubang bebola air terjun tingkat bawah, dimasukkan butiran batu, mengikut cara yang diajar oleh pekerja kedai landskap.


Ini di peringkat percubaan memasang sewaktu mula-mula nak pasang.



22 comments:

  1. wah..cantek...teringn jugak nak kolam camni...cantek lagik bile dh de lampu...ni rege brp kak

    ReplyDelete
  2. Selamat berkunjung kat blog akak, irma.. reganya RM1,300..yang teramasuk

    1. kolam 5 x 5 kaki dpd bahan gentian.
    2. tiang dan kawah tiga biji
    3. kawah air terjun tiga biji, kecil, sedang dan besar
    4. Batu pelindung kolam (melindungi keempat-empat tepi kolam), untuk nampak kolam seperti dibuat dpd batu.
    5. Batu-batu kecil sebagai hiasan 2 beg.
    6. Lampu air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kak..wah...kira boleh thn harga die kak..xla mahal..lagipon DIY kan...

      Delete
  3. ya.. tp kalau di Lembah Klang, dia orang pergi pasangkan... tak payahlah bersusah payah.

    ReplyDelete
  4. salam kak. cantiknya! untung pandai pasang sendiri kan. ;D

    ReplyDelete
  5. apa nama kedai akak beli kolam ni? nak jugak lah.. uhuhuhu

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam.. kak, kedai landskap kat sungai buloh ni kat mane eh? ape nama kedai dia? ade alamat x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... alamak, semua Nuru Nadiah, LoLLipoP dan sYafiQ Rahmat.. lama tak jenguk blog.. sebenarnya dah lupa dah apa nama kedainya... pergi je kat Sungai Buluh tu, banyak je design macam ni di jual, cuba pergi tinjau..

      Delete
    2. waalaikumussalam... alamak, semua Nuru Nadiah, LoLLipoP dan sYafiQ Rahmat.. lama tak jenguk blog.. sebenarnya dah lupa dah apa nama kedainya... pergi je kat Sungai Buluh tu, banyak je design macam ni di jual, cuba pergi tinjau..

      Delete
    3. waalaikumussalam... alamak, semua Nuru Nadiah, LoLLipoP dan sYafiQ Rahmat.. lama tak jenguk blog.. sebenarnya dah lupa dah apa nama kedainya... pergi je kat Sungai Buluh tu, banyak je design macam ni di jual, cuba pergi tinjau..

      Delete
    4. salam.. kak, kedai landskap kat sungai buloh ni kat mane eh? ape nama kedai dia? ade alamat x?

      Delete
    5. Kedai tu kat sg buloh tu area mane eh? Ada pape kedai atau bangunan x sebelah atau berdepan dgn kedai tu?

      Delete
  8. Cantiknya. Puas hati pabila buat sendiri.

    ReplyDelete
  9. banyaklah kedai macam ni sebenarnya dekat RRI jln menghala ke Subang,

    ReplyDelete
  10. banyaklah kedai macam ni sebenarnya dekat RRI jln menghala ke Subang,

    ReplyDelete
  11. Cantik gambar2 yg di kongsikan ni tq admin

    ReplyDelete
  12. Kak..sy baru je siap buat kolam ikan.kat mana perlu sy cari hiasan utk dlm kolam.contohnya utk buat air terjun

    ReplyDelete