Pandangan di sekitar muka pintu masuk utama. Lantai dibahagian depan akan dipasang marmar pecah.
"Kenapalah pecah sampai begini sekali, macam mana orang lori bawak?" Ayah mengucap panjang sambil menggelengkan kepalanya, dia menyangka marmar ini pecah sewaktu diangkut oleh lori, pada hal memang kami beli dalam keadaan begitu.
Sudah siap dicat... hijau lumut pilihan saya...
Kerja binaan tambahan rumah dapur sedang berlangsung. "Ruang dapur yang ada tu sempit sangat, kita tambahlah di belakang," kata ayah.
Assalamualaikum…
Sedang bercuti hujung tahun, saya ambil peluang update perkembangan pembinaan rumah untuk ayah. Kalau dulu, ayah dengan gembiranya menunggu rumah ini siap, tetapi kini tahap kegembiraan sudah menurun, wajah cerianya bertukar muram.
“Bila dah jadi macam ni, tergugatlah sikit…” keluh ayah.
Apa yang dimaksudkan oleh ayah dengan perkataan `tergugat’, saya kurang mengerti secara tepat. Tapi saya faham. Sudah masuk dua minggu Mama (Ma) sakit. Ma kini terlantar, tidak boleh ke mana-mana. Makan minum perlu disuap, pendek kata semuanya perlu diuruskan oleh orang lain.
Kalau dulu, hampir saban hari ayah pergi melihat kerja-kerja di tapak binaan yang jauhnya kira-kira setengah jam daripada rumah yang mereka diami sekarang. Sekali-sekala ayah membawa Ma. Sebenarnya Ma tidaklah ghairah dengan binaan rumah itu.
Masih ingat kata-kata Ma apabila Ayah meminta saya membina rumah itu.
“Tak payahlah…. Rumah ni kan dah ada,” katanya. Meluahkan sifat kesederhanaan. Ketika itu dia dalam keadaan pulih 95 peratus daripada stroke. Namun ayah tetap dengan perancangannya.
“Mu buatlah rumah tu, nanti mu duduklah di rumah ni,” pesan ayah.
Menyedari ahli keluarga semakin bertambah apabila anak cucu-cucunya sudah berkahwin serta beranak pinak, rumah teres tiga bilik tidak lagi cukup untuk menampung bilangan ramai.
Sepanjang hayat ayah, memberi tumpuan kepada bayaran beberapa rumah kedai sehingga tidak sempat untuk membina rumah lebih selesa.
Masih ingat, luahan kegembiraan ayah sewaktu rumah ini dalam proses binaan. Ayah sangat gembira.
“Dapat juga Ma tinggal di rumah besar yang serba selesa. Ayah nak beli barang serba baru. Macam orang baru kahwin.. Ayah akan beli sendiri katil, peti sejuk, TV, air con dan dapur. Yang lain ikut mu lah,” katanya. Seronok benar dia, sedangkan rumah belum siap pun.
“Yalah, sepanjang hidup semasa muda dulu, Ma mana ada peluang tinggal dalam rumah serba selesa. Kami duduk di rumah macam pondok, tidur atas lantai tanpa sebarang pelapik, tak ada tilam…tak ada katil, tak ada perabot… apa pun tak ada,” ujarnya merujuk kehidupan mereka pada zaman sebelum 60-an.
Kini apabila Ma sakit, ayah berasa amat terkilan. Dia bimbang Ma akan berterusan begitu dan tidak sempat mengecapi keseronokan tinggal di rumah baru. Ayah ingin mengembirakannya.
“Kalau boleh, biarlah sempat duduk beberapa tahun,” ujar ayah… usia ayah juga sudah semakin lanjut, 80-an kut..
Betapa ayah inginkan rumah yang cukup besar, belum lagi siap yang sedang dibina, ayah meracang untuk membuat tambahan binaan untuk rumah dapur.
“Ayah tengok ruang dapur ni, kecil sangatlah…ayah nak buat binaan tambahan di belakang, macam mana?” Soalnya. Saya terdiam dan perlahan-lahan bersuara…
“Ayah, biarlah siap yang utama ni dulu. Orang tak tahu ni cukup tak duit, rasanya hujung-hujung nanti orang kena korek sana-sini, tak tahu lagi kat mana… tapi orang akan adakan juga duit tu. Tapi untuk rumah dapur ni, orang rasa tak dapatlah buat masa ni,” kata saya terus terang.
Bayangkanlah keluar keluarkan duit tunai beratus ribu ringgit, saja tak mahu buat pinjaman bank untuk elak terjerat dengan hutang. Rumah di kampung, bukan boleh `bawa masuk duit’.
Namun ayah tetap dengan kehendaknya. Dalam diam dia berazam untuk mengeluarkan duit sendiri untuk binaan dapur. Kini dia pegang kuasa veto untuk binaan dapur manakala bangunan utama, ikut cadangan kami. Sebenarnya ayah tak boleh terima benda-benda yang rustk, dianggap macam benda tak siap. Ayah tidak dapat terima kalau bahagian bawah bumbung memperlihatkan alang kayu seperti yang kami cadangkan, dia tetap nak pasang siling biasa. Terpaksalah kami ikut, guna plaster siling.
.
Sewaktu kepingan marmar dihantar ke tapak binaan, ayah mengucap panjang, “sampai begini sekali pecahnya, macam mana orang lori ni bawa?” Seorang pekerja Indon terdengar sungutan ayah, lalu menjawab.
“Bukan pecah Atuk, memang begitu keadaannya. nanti apbila pasang dan dikilatkan, nampa rata dan cantiklah.”
.
Sewaktu kepingan marmar dihantar ke tapak binaan, ayah mengucap panjang, “sampai begini sekali pecahnya, macam mana orang lori ni bawa?” Seorang pekerja Indon terdengar sungutan ayah, lalu menjawab.
“Bukan pecah Atuk, memang begitu keadaannya. nanti apbila pasang dan dikilatkan, nampa rata dan cantiklah.”
Sangka ayah, semua kepingan marmar pecah sewaktu diangkut.
Bila kami beritahu akan pasang kemasan batu bergerutu pada dinding (ikut trend sekarang), ayah terkejut.
"Macam tu.. cantik? Nak tergelak mendengar kata-katanya, sewaktu menjawab soalan sendiri. “Ohh.. yalah betul juga… orang zaman sekarang kan begitu, baju seluar yang elok, ditampal sana sini, yang tak koyak di koyakkan sana sini."
"Macam tu.. cantik? Nak tergelak mendengar kata-katanya, sewaktu menjawab soalan sendiri. “Ohh.. yalah betul juga… orang zaman sekarang kan begitu, baju seluar yang elok, ditampal sana sini, yang tak koyak di koyakkan sana sini."
Cantik warna dinding luar rumah ;-)
ReplyDeleteEynda - hijau lumut... warna kegemaran.. orang kata hijau tanda cemburu...he he tak tahulah eynda kan..
ReplyDelete