Thursday, December 8, 2011

"Kenapa Kacau Ayah Saya!"

Cerita sebabak:

Di sebuah restoran, sedang menunggu makanan yang baru dipesan pada suatu pagi. Tiba-tiba telefon berbunyi, saya terus menyuakannya ke telinga.

"Helo, awak siapa...?" Pemanggil itu menyoal.

"Kenapa?"

"Kenapa awak kacau ayah saya?"

Saya terdiam, tetapi dalam hati menyoal terkejut, "Kacau ayah awak? Bila masa...!"

Saya mulai panik, terkedu.

"Mana ada, awak salah nombor," jawab saya.

"Ya, saya tengok nombor inilah, kacau ayah saya...."

Yang bertanya itu ialah seorang budak lelaki mungkin antara 16 hingga 20 tahun. Tinggi nada suaranya, tanda marah.

Dalam hati saya tertanya-tanya siapa pula ni?

"Siapa ayah dia tu?" Mula-mula saya ingin bertanya soalan ini, tetapi tidak jadi sebab menunjukkan seakan saya buat kerja tu.

Pada masa yang sama saya terkenang..... Ayah dia yang dimaksudkan - Adakah orang yang saya main mesej-mesej bila diganggu oleh seseorang dulu, dah lama dah pun kejadian itu berlaku... saya tak layan pun orang tu sebab permintaannya yang bukan-bukan.. tetapi sebelum itu sempat jugalah main-main balas mesej, suka-suka..

Dalam hati tobat dah aku, tak nak buat perangai gila-gila... nak main-main, nanti terjerat dengan masalah betul-betul.

Teringat pesan kawan-kawan pangkat anak-anak..

"Kak jangan main gila-gila...," katanya.

Sempat juga menjawab, "ala bukan apa pun... saja je balas..nak tengok reaksi dia.."

Saya tak fikir orang itu puncanya... sebab setahu saya, semasa pergi shooting di rumahnya, anak dia masih kecil. Ataukah dia ada isteri lain dan mempunyai anak yang telah besar?

Ataukah ada orang perempuan guna telefon saya semasa saya kehilangan telefon bimbit beberapa kali. Mungkin ada yang guna sebelum saya buat report hilang... tapi peliknya yang curi tentunya lelaki.. kenapa pula perempuan yang guna?

Ah.. segalanya membingungkan!

Sewaktu budak lelaki itu menyoal-nyoal itu dan ini menuduh saya mengacau ayah dia, saya terus hulurkan telefon kepada Si Dia (siapa lagi kalau tidak suami saya).. tahu panik... he he..

"Entah apa-apa orang ni!" Kata saya sambil menghulurkan telefon kepada Si Dia.
Si Dia mencapai telefon dan terus menyoal, "Ada apa?"

Budak itu bertanya, "Siapa tadi?"

Si Dia lantas menjawab, "isteri saya!"

Selepas itu, mungkin pemanggil itu mengadu pasal saya kacau ayahnya.

Si Dia lalu menjawab dengan tegasnya, "Tak... Tak... ini.... awak jangan kacau lagi nombor ini ya, dia isteri saya..!!"

Daripada perbualan yang dengar, saya agak budak lelaki itu pun membuat permintaan yang sama, "Saya minta, jangan kacau ayah saya.."

Dipendekkan cerita, mereka mencapai kata persetujuan masing-masing tak kacau satu sama lain..

"Awak pun jangan buat panggilan ke telefon ini lagi!" Demikian arahan terakhir Si Dia kepada pemanggil itu sebelum dia menyerahkan kembali telefon saya.

Saya berasa senak perut...pula dengan hal itu... apa pula Si Dia nak kata pada saya...

Oh saya sangat bersyukur, Si Dia tenang saja, dia sedikit pun tidak menyoal saya dengan soalan penuh curiga.. Saya tidak tahulah kalau suami lain, mungkin akan cepat saja melenting tika berhadapan dengan situasi seperti ini, mungkin dia akan terus marah kepada isterinya dan menuduh yang bukan-bukan tanpa berfikir panjang.

Dari situ saya menyedari bahawasanya Si Dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya, dan ha ha ha, saya sangat terharu...

Pelik bin ajaib apa yang berlaku pada pagi itu...

Tapi alkisahnya, tahun ini (2011) saja saya kehilangan tiga telefon bimbit, semuanya Nokia, Hilang yang pertama (yg saya guna tahun ini), saya beli yang kedua, tak sampai berapa bulan hilang lagi, orang curi - pecah rumah... saya beli yang ketiga sama sebiji dengan yang kedua, lepas tu kena curi lagi di ofis pula tu...

Kemudian serik dah nak pakai telefon bimbit. Belilah pula telefon baru yang paling murah, dan yang 2 hand... harap-harap tidak ada siapa yang berkenan...

2 comments:

  1. oh tidak!!! Shidah, sambungan cerita apakah ini?? Harap bukan seperti yang kita berdua pk,kan..

    ReplyDelete
  2. Titis Embun: dugaan yang datang tanpa diduga.. he he..

    ReplyDelete