Tuesday, November 23, 2010

Sambungan entri - Macam-macam hal!

Tak taulah nak cakap apa. Dulu kalau orang kata saya ni degil, rasa macam tak boleh terima. Bila-bila fikir-fikir, betul juga kut kata sesetengah daripada mereka tu. Ada beberapa hal yang membuat saya perasan diri ni degil. Kalau tak kerana degil, mungkin saya tidak bertahan lama dengan kerjaya saya sekarang ni.

Mungkin fizikal saya kecil, sikap lembut dan timid tetapi sampai sekarang masih tabah mengharungi dunia kewartawanan yang dianggap sesetengah orang satu bidang yang sangat mencabar. Itu ke tandanya saya ni degil! Dan sememangnya, saya tak mudah mengalah, dalam apa jua hal.

Sifat semula jadi wartawan, memang sukakan cabaran... hakikatnya saya ni tidaklah begitu sangat... tetapi dengan apa yang sedang saya alami sekarang, terasa pula macam diri ini degil berani mendedahkan diri kepada cabaran, semacam saja nak mengundang risiko. Kawan-kawan kata cukup! Tetapi saya buat juga.

Kalau kawan-kawan baca entri saya yang lepas bertajuk `macam-macam hal', disebut mengenai seorang lelaki muda yang suka mengirim sms pelik-pelik. Hari ini kami bersms lagi, memang kandunganya pelik-pelik, kalau boleh saya nak simpan semua sms itu.. tetapi kerana peti mesej sudah penuh, terpaksa delete sesetengahnya.

Bila dah penat, saya lalu membalas smsnya dan mengatakan peti mesej sudah penuh dan dia membalas, "saja je.. padamlah separuh!"

Saya jawab, "tak ada masa nak delete". Tahu mengapa saya suka simpan sms-sms tu? Kerana saya seronok dapat mesej sedemikian rupa, semacam dalam drama.. dari awal lagi saya dah terfikir untuk jadikannya ilham menulis novel (macamlah awak kreatif sangat). Hajat di hati nak salin semua dulu dalam komputer untuk `dicanai' semula menjadi dialog-dialog dalam novel!

Mengapa saya anggap sms itu sangat penting, kerana saya ni penulis yang tidak begitu kreatif.. Saya adalah wartawan, tidak sama dengan penulis novel. Wartawan menulis berdasarkan fakta (kisah benar), manakala penulis novel atau drama boleh berfikir secara kreatif dan mampu mereka dialog-dialog dan cerita menjadi sangat menarik. Saya simpan sms tu macam saya simpan nota dalam buku cacatan temubual wartawan.

Maksud kedegilan saya di sini adalah kerana saya melayan sms itu sampai naik seronok dan pada masa yang sama berjanji kepada diri sendiri untuk tidak menyimpang daripada matlamat sebenar saya. Bahkan saya juga mengingatkan kepada dia menerusi sms lebih kurang bermaksud, anggaplah saya macam kawan-kawan biasa... kawan atas dasar ikhlas.

Kata hati saya, `awak tahu siapa saya, saya tahu siapa awak', dan perkenalan ini tidak akan membawa ke mana-mana pun, melainkan sekadar kawan saja.. Saya juga memberitahunya, "Kalau awak fikirkan benda-benda di luar daripada batasan persahabatan, lupakan saja dan carilah orang lain!" Itu jawab saya apabila dia mengajak untuk berjumpa dengannya... (bertemu dan berjumpa dengan orang adalah kerja saya setiap hari untuk mencari bahan tulisan, tetapi yang ini bermula daripada berjumpa untuk dapatkan bahan tulisan, melerek pula kepada entah apa-apa... dan saya pun tidak tahu apakah episod kisah selanjutnya....

Pernahkan anda melihat drama atau filem yang mana penulisnya sanggup membawa dirinya ke dalam satu situasi sebenar, misalnya dalam cerita seram atau misteri...dan dari situ penulis berkhayal mereka cipta cerita agar menjadi lebih menarik, membuatkan kita terlongo menotonnya dan berteka-teki itu dan ini..

Persoalannya, wajarkah saya meneruskan `uji kaji' ini.. semata-mata untuk mendapatkan bahan tulisan... konon-konon nak buat novel??? Beberapa `karya' (layak ke digelar karya) yang sudah dan sedang saya hasilkan, semuanya tidak sempurna, dan jauh lagi untuk diterbitkan!

6 comments:

  1. Kak Rashidah,
    Isk.. haru jugak ye. Nak buat experimen tuh buleh, cuma make sure la bawak tentera back up. Skang nih takut sket, kot kalo apa2 nanti.. ada orang buleh tolong hambat dengan kayu baseball ke kan. Hehe!

    ReplyDelete
  2. akak berani yer...
    kalau saya takut kak..takut husband nampak sms yg ditulis lelaki tu lagi haru kak.hati-hati kak..takut bawa masalah pd diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. kalau jadi k ida publish novel tu jgn lupa announce tau! i org pertama akan berlari2 ke mph nak beli :-D

    ReplyDelete
  4. PatinPasta.. dah ada dah yang offer nak ikut jumpa, seorang tu nak kenal mukanya..dan yg dua lagi tu nak jadi bodyguard) he he he..

    ReplyDelete
  5. rynas: tak tahulah, buat berani je.. ada cerita sikit-sikit pd hubby pasal sms pelik tu, bila dia nak tengok akak terus tukar topik hu hu..

    ReplyDelete
  6. Dieya... TQ, he he.. angan-angan mat jenin je tu nak tulis novel, tapi kalaulah menjadi publish, memanglah akan bagi tau kat kawan-kawan..

    ReplyDelete