Wednesday, November 10, 2010

Lelaki Lembut Lidah, Suka Memperdaya.

While having lunch with my dear colleage, Zurin today, she told me about a story in Dieya's blog.
"Akak baca tak cerita dalam blog Dieya, rakan blog akak tu...??" Soal Zurin.
"Tak, cerita apa?" Saya menyoal balik sambil mengulas, "Tak sempatlah nak baca."
"The story is about her friend hampir berkahwin dengan lelaki yang menipunya," jawab Zurin sambil terus bercerita bla..bla.. bla....
Ingin mengetahui secara detail, balik dari ofis saya pun buka blog Dieya... hmm.. panjang lebar ceritanya, memang menarik dan boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua agar lebih berhati-hati dan jangan cepat percaya kepada lelaki yang mengaku bujang. (Baca sendiri dalam blog Dieya tajuk: liar, liar, pants on fire) http://www.ronaldieya.blogspot.com/

Membaca cerita itu, saya teringat pula kisah silam, ada persamaan dengan kisah yang diceritakan Dieya.
Kalau kawan Dieya - Miss A terselamat daripada berkahwin dengan suami orang apabila seorang lagi kawannya menyiasat latar belakang lelaki itu di pejabat agama dan jabatan cukai... kes yang saya nak ceritakan ini pula membabitkan saya sendiri ala-ala menjadi penyiasat gitu.
Salah seorang ahli keluarga saya si A, berkenalan dengan seorang polis yang diragui statusnya, sama ada bujang atau suami orang.
Daripada sikap dan pembawaan diri lelaki itu, kami sekeluarga sudah cuak dan mengesyaki bahawa dia bukan bujang. Tanda-tandanya apabila bertandang, dia kerap memakai baju Melayu.. bertukar ganti. Sifat macam ala-ala matang gitu. Salah seorang daripada kami berkata, mana ada orang lelaki yang belum berkahwin ada banyak baju Melayu? Dari situ pulak dikesan tandanya. Logik atau tidak entahlah, sebenarnya mungkin instinct... kami ragu-ragu terhadap tingkahnya dan kuat mengatakan dia ni menipu.
Dipendekkan cerita entah macam mana, saya yang ketika itu wartawan mahkamah terdetik hendak memulakan siasatan. Saya teringat rakan setugas di meja jenayah yang selalu panjat ibu pejabat polis, Bukit Aman.
Si A yang ketika itu bekerja di Kuala Lumpur sudah tidak ingat apa-apa lagi, asyik teringatkan lelaki itu saja ... dibawa pulang ke kampung, sehari dua kemudian berjaya meloloskan diri kembali ke KL. Pening kepala ayahnya. Emak apatah lagi.
Berbalik kepada kes penyiasatan, saya dan rakan setugas itu pun mengambil kata sepakat untuk pergi ke Bukit Aman. Kami berjumpa dengan seorang PR (Public Relation Officer) di situ dan bercerita. Sebentar kemudian dia mengarahkan seseorang mencari fail peribadi polis berkenaan. Sebaik mendapat fail itu, PR itu meneliti butir-butir peribadinya. Jelas tercatat bahawa anggota polis itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dan itu saja yang saya ingin tahu, Si A masih muda dan saya memang tidak akan membenarkan dia berkahwin dengan suami orang.
Saya terus memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai perkara itu dan sudah semestinya mereka tidak mengizinkan Si A meneruskan perhubungan dengan kekasihnya itu. Sebaik diberitahu kepada Si A perkara itu, pelik bin ajaib, dia bukan serik sebaliknya bertambah-tambah pula cinta kasihnya. Nak tahu kenapa jadi begitu? Sebab lelaki itu mengaku yang dia telah menipu dan kemudian menagih simpati dengan mereka-reka cerita bahawa dia mempunyai masalah itu dan ini dengan isterinya... Tidak cukup dengan itu, bahkan dia berani pula meminta untuk datang ke rumah bersemuka dengan orang tua Si A untuk menerangkan duduk perkara. Wah rumah saya menjadi saksinya. Pertemuan diadakan di ruang tamu rumah saya dan saya memang tidak hingin melihat mukanya.. Ingat lagi, saya duduk bersembunyi di tingkat atas dan mencuri dengar perbualan mereka di bawah.
Nak tahu apa berlaku, macam drama pula. Saya dengar lelaki itu terisak-isak menangis meminta supaya diterima, konon ingin menumpang kasih dengan orang tua Si A. Nasib baiklah ayah Si A tidak termakan dek lakonannya.

Dan seterusnya adalah episod usaha untuk membuatkan Si A melupakan kekasihnya. Saya tak ingat berapa lama, yang pasti berkat doa ibu dan bapa, akhirnya usaha itu berjaya. Si A kemudian bertemu jodoh dengan lelaki lain dan kini hidup bahagia bersama dua anak mereka....

6 comments:

  1. wah berbakat jadi spy rupanya k ida ni! :-p

    ooohhh menyampahnya baca yg si lelaki tu konon2 nak menumpang kasih parents si A. kalau kecik2 takpe juga, dah besar panjang (ntah2 dah tua bangka pun) nak menumpang kasih lagi ke?

    memang sah banyak lelaki kaki temberang dlm dunia nih kan... ish ish ish...

    ReplyDelete
  2. wawa, kelas lah kakak!!! tringat plak kisah silam dok berkawan ngan laki orang...nasib baik kawen ngan lelaki bujang!!! hahaha

    ReplyDelete
  3. dieya: memang, perangai orang lelaki ni, ada macam-macam... geli geleman apabila dia bagi alasan nak menumpang kasih parents si A..

    ReplyDelete
  4. MummySuri:...hmm... mujurlah terselamat daripada berkongsi kasih dengan perempuan lain.... kalau tidak, tahulah macam langit tinggi rendah!

    ReplyDelete
  5. tak suke ngn lelaki spt itu...diminta..jauhkanla...

    apepon sis...most welkam...n tq juge utk sis!!!=)

    ReplyDelete
  6. yelah kan cik puan akish... macam-macam perangainya lelaki tu..

    ReplyDelete