Wednesday, November 3, 2010

Punca Lantai Jubin Meletup!

Assalamualaikum,

Lama betul bersawang blog saya ni, macam tak idea nak tulis, tapi sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Cuma hati tu rasa berat, perlukah berkongsi semua cerita dengan semua orang? Nanti kalau kita tulis-tulis, bila orang baca mereka pun kata, "Who cares?" atau pun dalam bahasa Melayunya, "Ada aku kisah?"

Tak apalah, sebab hari ini saya dapat cuti sakit, bolehlah saya luangkan sikit masa untuk menulis. Kalau minggu-minggu bekerja, usahkan nak tulis, nak jenguk pun kena curi-curi.

Apakah yang penting yang saya nak kongsikan kali ni ya, bila tak di depan komputer, macam-macam terfikir nak tulis. Bila dah buka blank pula... mungkin banyak sangat yang nak diceritakan...

Saya baru saja menyiapkan rencana mengenai jubin lantai rumah meletup dan pecah dengan sendiri. Suatu hari saya terbaca luahan hati Sweetsal di laman blognya... dia meluahkan kesedihan apabila jubin lantai bilik rumahnya meletup kuat, dalam keadaan cuaca `ribut tidak, hujan pun tidak'. Bayangkan sudah lima tahun dia sekeluarga mendiami rumah itu, tetapi tiba-tiba lantai itu jahanam dalam sekelip mata. Dan dia sendiri tidak tahu mengapa puncanya. Menurutnya kejadian berlaku sewaktu dia baru melangkah keluar dari rumah. Ketika itu, anak perempuanya ada di dalam dan dialah yang mendengar letupan kuat diikut jubin pecah berderai dan melantun ke serata ceruk bilik!


Sebagai penulis majalah dekor, saya rasa bertanggungjawab untuk mencari punca kejadian itu.
Di sini saya siarkan sedikit petikan rencana saya yang akan disiarkan dalam AS bulan Disember.


Tajuk: Lantai Jubin Bilik Tiba-tiba Meletup dan Pecah Berkecai!

Tulisan: RASHIDAH IBRAHIM

Pernahkah anda terdengar mengenai kes jubin lantai rumah yang dipasang tiba-tiba meletup dan pecah dengan sendiri? Pertama kali mendengarnya, sukar untuk dipercayai. Sedang leka melayari laman blog ke satu laman blog suatu hari, penulis terkejut membaca luahan hati seorang pemilik blog, Sweetsal mengenai kejadian jubin lantai bilik tidurnya meletup dan pecah terpelanting!

Menerusi entri bertarikh 25 Ogos 2010 dalam laman blog beralamat http://feelmyseoul.blogspot.com/ bertajuk, Dugaan di Bulan Ramadan, Sweetsal atau nama sebenar Salasiah Abdullah yang tinggal di Taman Pelangi Semenyih, Selangor antara lain mencatatkan:

Sudah lima tahun aku menjadi penghuni di rumahku ini...tak pernah terjadi apa-apa perkara buruk. Fikiran semasa tu memang terkejut beruk, tak tentu hala sampai terbeliak biji mata memandang ke lantai master bedroom sendiri. Aku hanya sempat mengucap, Ya Allah… apa dah jadi ni... mimpikah aku?

Bagaikan tak percaya dengan apa yang aku nampak, lantai jubin rumahku tiba-tiba menggelembung dan pecah. Serpihan jubin bertaburan ke merata tempat. Semasa kejadian, bunyinya agak kuat, macam benda meletup atau macam orang tengah main mercun. Yang ada dalam rumah ketika itu puteriku. Dia terkejut menyangka pencuri sedang membuka grill. Bunyinya sangat kuat, macam guruh pun ada… menakutkan....

Jadi sekarang, aku nak salahkan siapa? Pemaju atau kami penghuni rumah?… Ooh tak mungkin! Aku dah buat aduan kepada pemaju namun jawapannya sangat mengecewakan. Pemaju tak mahu bertanggungjawab... kononnya tempoh jaminan dah tamat. Mahu tak mahu aku kena buat sesuatu, kena perbaiki sendiri. Pastinya menelan belanja yang besar, sedangkan persiapan untuk raya belum pun dibuat aduh...sedihnya!

Didorong oleh perasaan ingin tahu, saya lantas menghubungi Salasiah untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian itu. Menurut Salasiah, rumah yang didudukinya itu dibeli siap daripada pemaju. Lantainya dipasangkan jubin seramik biasa 30.5 sm x 3.05 sm (1 kaki x 1 kaki) oleh kontraktor pemaju. Ukuran lantai yang pecah sekitar 3.05 m x 1.22 m (10 kaki x 4 kaki) membabitkan 45 keping.

“Pada hari kejadian, pemaju datang melihat dan mengambil gambar jubin yang pecah dan mengambil ukuran ruang terbabit. Malangnya, sampai sekarang tak ada siapa datang membaiki. Saya tidak tahu mengapa jubin di bilik saya pecah dan meletup. Pihak pemaju pula enggan bertanggungjawab dan tidak juga menerangkan puncanya,” keluh Salasiah.

Sambil mengulang rasa terkilan dan sedih, katanya lagi; “Saya memang terperanjat, tak sangka kejadian ini boleh berlaku setelah lima tahun saya tinggal di rumah ini dan saya memang berharap agar pihak pemaju bertanggungjawab menggantikannya.”

Bertitik tolak daripada masalah Salasiah, penulis berazam merungkai puncanya. Sebelum menghubungi pihak pengeluar jubin untuk bertanyakan sebabnya, penulis menarik perhatian mengenai kejadian itu di kalangan kawan-kawan sendiri. Dan saya terkejut, mereka pun pernah mengalaminya.

“Memang ada berlaku, lantai jubin rumah keluarga saya pun hari itu meletup dan pecah berkecai dengan sendiri. Kami pun tak tahu mengapa ia berlaku, akibat daripada kejadian yang tidak semena-mena berlaku itu, kami kenalah keluarkan duit untuk baiki,” ujar rakan sekerja, Irawati Ismail.

Seterusnya saya memanjangkan persoalan itu kepada Muhsin Abdul Ghani pemilik tunggal MAG Builders Sdn Bhd yang arif dalam bab kerja-kerja binaan. Perkara utama yang ingin saya tahu ialah adakah kejadian itu biasa dan apakah puncanya?

Menurut Muhsin, kejadian itu pun pernah dialaminya sekali. Mengulas mengenai kejadian itu, Muhsin memberikan dua kemungkinan sebab. Pertama katanya, mungkin jubin dipasang tanpa menggunakan campuran gam simen. Untuk melekatkan jubin perlu menggunakan bancuhan simen yang dicampurkan gam khas (gam simen). Kedua, sebelum dipasang kepingan jubin tidak dibasahkan atau direndam dahulu dalam air sejuk.

“Jika jubin tidak dibasahkan sebelum dipasang, air dalam simen akan lama kelamaan kering diresap jubin. Seterusnya jubin kembang, menggelembung, meletup dan pecah. Ini disebabkan kelemahan sewaktu memasang,” ujar Muhsin.

Dalam kes ini, tambahnya pemaju mungkin mensyaratkan penggunaan gam simen tetapi kemungkinan ketika memasang bahan itu kehabisan stok dan kerana hendak cepat, pekerja teruskan kerja memasang dengan simen biasa.

Kalau mengikut kaedah memasang yang betul menurut beliau lagi, kes itu mungkin tidak akan berlaku. Perlu diingatkan, kerana kecuaian atau kelemahan di peringkat memasang, ia boleh terkena kepada mana-mana tuan rumah yang tidak bernasib baik.

“Dalam kes seperti ini, pemaju akan membaiki jika rumah masih dalam tempoh jaminan. Tempoh jaminan (warranty) yang diberi biasanya setahun tetapi kalau rumah diubah suai dalam tempoh itu sebarang kerosakan tidak akan dibaiki oleh pemaju,” terangnya.

Sementara Pengurus Tenikal Ceramic Research Company Sdn Bhd, Loo Sheau Ming yang mewakili Guocera Tile, berkata daripada kajian dan penyelidikan yang dijalankan kejadian jubin tertanggal (de-bonding) bukan disebabkan mutu jubin sebaliknya kerana kaedah pemasangan tidak betul atau kerana penggunaan bahan gam yang tidak sesuai.

“ Ini boleh diibaratkan seperti menampal poster di dinding, apabila poster jatuh dengan sendiri, tentunya ia bukan disebabkan mutu poster!” ujar Loo.

Bagi memberi penerangan berhubung kes yang menimpa Salasiah, kata Loo dia perlu mengetahui sama ada jubin yang pecah, jenis seramik berkilau (glazed) atau porselin, apakah bahan yang diguna untuk melekatkan jubin, sama ada simen atau bahan perekat? Adakah jubin itu direndam di dalam air sebelum dipasang, adakah masih terdapat sebarang kesan bahan perekat di belakang jubin yang tercabut? Dan adakah kedengaran bunyi lopong di bawah kepingan jubin apabila permukaannya diketuk?

Melihat pada gambar kejadian di bilik Salasiah, Loo berkata ia kelihatan seperti jubin lantai seramik jenis berkilau (glazed) dengan kadar serapan air antara 6 hingga 10 peratus.

“Dengan andaian dipasang menggunakan mortar (campuran simen, air, pasir dan kapur), iaitu amalan biasa di negara ini, jubin perlu direndam dalam air sebelum dipasang. Saya agak kontraktor tidak mematuhi langkah pemasangan sepatutnya. Bahagian belakang jubin pecah tiada kesan mortar simen, mengesahkan kelemahan di peringkata kerja memasang. Ketiadaan atau kekurangan bahan perekat di belakang jubin melemahkan daya lekat, seterusnya menimbulkan masalah seperti yang dibincangkan. Saya mengetahui banyak juga kes seperti ini berlaku,” ujar Loo.

Berdasarkan kenyataan di atas, kesimpulan daripada kes di rumah Salasiah adalah seperti berikut;

· *Jubin mengelembung, pecah terpelanting disebabkan kelemahan daya lekat di antara jubin dengan lapisan simen. Ini ditunjukkan oleh gaya jubin itu tercabut yang menampakkan keadaan bersih daripada kesan mortar simen di belakang.

· *Semua lantai dan dinding di dalam bangunan melalui proses pengembangan dan penguncupan pada tahap peratusan tertentu. Atas sebab itu, tekanan dari bahagian dalaman membawa ke jubin. Dalam kes di mana jubin dipasang tidak mengikut kaedah sepatutnya atau menggunakan bahan tidak betul, membuatkan lapisan jubin tidak cukup kuat untuk menampung tekanan dari dalaman.

* * Dengan tekanan berlaku secara berterusan dalam tempoh tertentu, menyebabkan lapisan jubin mengelembung dan terkopak. Dalam kes tertentu, disertai bunyi letupan kuat, dengan jubin pecah terpelanting.

· * Pemasangan menggunakan mortar simen bagi jubin seramik dengan resapan air melebihi 6 peratus, jubin perlu dirawat dengan merendam dalam air bersih kira-kira 30 minit sebelum dipasang. Ini mematuhi peraturan MS 1294 Bahagian 3: Kod Amalan Rekaan dan Pemasangan Lantai Seramik serta Mozek (MS 1294 Part 3 : Code of Practice for the Design and Installation of Ceramic Floor and Mosaics).

·* *Membasahkan jubin dengan air sebelum dipasang bertujuan mengelak penyerapan air berterusan dari lapisan mortar simen-pasir ( ke dalam jubin) yang menjejaskan proses atau kekuatan melekat.

· *Kejadian di rumah Salasiah boleh disimpulkan berpunca daripada kaedah pemasangan tidak betul. Malangnya ia berlaku lima tahun selepas jubin dipasang dan sukar bagi Salasiah untuk menuntut ganti rugi daripada pemaju kerana tempoh liability telah lama luput.

45 comments:

  1. enday, terima kasih. ini story yg tak beredit.. abaikan kelemahan ayat, perkataan yang tak sedap sebab nak cepat, sebabnya nanti editor nak cincang pula story dan tulis ikut gaya penulisannya..hu hu..

    ReplyDelete
  2. hi k rashidah, salam kenal :-)
    thanks for following me, dah follow k rashidah juga, but dunno why my face tak keluar on your followers list.. pelik2.. blogspot pening kot hari ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak shieda....
    busy erk
    info yang baik. boleh dikongsi pada emua pembeli rumah yg menghadapi masaalah yang srupa....

    ReplyDelete
  4. salam dieya... nanti nak tengok ... kenapa pula ye?

    ReplyDelete
  5. dila: Salam ketemu semula, lama sangat biar sawang, orang pun jemu nak buka blog ni, terima kasih kerana berkunjung.

    ReplyDelete
  6. kak,
    Salasilah boleh cuba saman pemaju, kan? sebab kecuaian mereka & tak ikut MS 1294 Bahagian 3. Also, nasib baik takde siapa tercedera. Memang patut kena saman, so they will be careful next time.

    ReplyDelete
  7. salam.. saya bru jer follow blog nie...
    saya pun pnh alami incident cmnie. msa tu hubby keja di KL dan saya stay di Nilai...terkejut ya amat msa dengar letupan tu..call hubby cakap rumah meletup..dia kelam kabut balik..hahaha... nasib baik x melantun sana sini, cuma terkopek keluar 6-7keping tiles je.. saya jer yg kecoh..hubby selamber je sbb dia dah tau hal cmnie sblm nie.. :)

    ReplyDelete
  8. Cikgu Yus, hem... rupa-rupanya ramai juga yang menaglami kejadian macam ni...

    ReplyDelete
  9. akak... lantai master bedroom sy skrg tgh menggelembung.. bila di tepuk seperti ruang kosong di dalamnyer.. tapi masih belum lagi pecah atau meletup.. sy skrg sedang menunggu tuan rumah utuk memperbaikinya..
    sy agak takut juga, tapi sy masih lagi berani tido di dlm bilik. tuan rumah mengandaikan piping di bawah lantai mengembang.

    ReplyDelete
  10. Hetty: maaf terlewat baca komen Hetty, mcm mana dengan lantai tu sekarang, dah baiki ke?

    ReplyDelete
  11. akak,,, lantai ruang rehat rumah saya meletop2 mlm td ader yg pecah... mmg menakutkan sgt bunyi nyer meletop2 mcm org main mercun dlm rumah... nasib baik anak2 semua dah tido kalau tidak entah apalah yg bakal terjadi kalau tgh lepak2 kat situ... info akak bagus jugak nie, nnt kene pantau tgk org yg nak repair laintai tu buat ikut cara yg betol ke tidak...
    "sharing is caring" thank you very much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..... bagus juga kita dapat tahu masalah seperti ini kan..

      Delete
  12. salam kak, rmh parents saya baru terjadi pasal lantai gelembung dan pecah ni...tapi bagi saya pihak pemaju tetap bersalah....hal macam ni boleh bawa tribunal tak? apa peluang yang ada? terima kasih.

    ReplyDelete
  13. slm.. smlm tile kt mster bedroom sy pun mletup..tp gelembungny mmg detect lm dh..kurters guru..lmbt le nk renov..tunggu kelulusn ppd dulu...sbr je le...time ksih 4 de info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... baru saja baca, dua tahun baru nampak comment ni...hi hi..

      Delete
  14. It Happen to me malam tadi.... so Scary... dok pening ni.. kenduri akan tiba..... ohhhhh

    ReplyDelete
  15. Sedang mengalami masalah yg sama..tile tiba2 merekah..huhuhuhu...berapa la agaknya kos nk repairkan..

    ReplyDelete
  16. Salam...Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan penggantian jubin yang menggelembung dan pecah bolehlah berhubung dgn saya eddy di talian 010-2719606. harga berpatutan dan kualiti terjamin... senibumi.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. baru ja penyewa rumah saya maklumkan sebentar tadi jubin ruang tamu meletup. adoyai

    ReplyDelete
  18. Menarik... baru tau jubin perlu di basahkan sebelum pemasangan...

    ReplyDelete
  19. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  20. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak rasyidah, boleh saya dapat kan Pengurus Tenikal Ceramic Research Company Sdn Bhd, Loo Sheau Ming contact number tak ?

    ReplyDelete
  22. Salam, rumah saya baru saja terkopek banyak 2 hari lepas. Dah la jadi time buat kenduri pulak tu..adui malu rasanya...dugaan betul. So skrg tengah fikir lantai ape yg lebih baik digunakan.

    ReplyDelete
  23. Saya ada produk baru, buatan Malaysia untuk membantu pemasan jubin membuat kerja yang cantik. Produk ini di beri percuma kerana masih dalam tahap percubaan. Untuk mendapatkan secara percuma sila email ke modernkinetics@gmail.com. Sehingga 30-06-16 atau sementara stock masih ada.

    ReplyDelete
  24. Kadang kala pemasangan di pasang dgn cara yg betol bnyk faktor kes mcm ni...kadang faktor konkrit lantai retak sikit pun boleh jd..pengalaman sy repair tile ni selalunye kerane lantai retak..bile retak berlaku la tekanan yg kuat.. ade cine ckp rumah kene rajin mop bg tile sejuk..klau prasan cine mmng rajin cuci lantai rumah diorg..tq share dan jgn kecam..hihi

    ReplyDelete
  25. Nak Tanya sikit...kalao ketuk tiles Dan dengar bunyi lopong, suspect x cukup bahan semasa pemasangan...ada cara macam suntikan untuk mengelakkan tiles meletup?

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Rumah saya pun sama.jubin terkopak.

    ReplyDelete
  29. HArini bilik sewa sy lantai mozek meletup mcm nk runtuh..kitaorg takut gile mengeletar lutut ingt kn appartment nk roboh😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0176620117 0rang pasang tile
      Area KL&Selangor sahaja

      Delete
  30. Nak tanye... Sesiapa bole share cara utk saman pemaju slps habis warranty period bila jubin meletop ni.

    ReplyDelete