Assalamualaikum...

Wahai indahnya alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, masih terkenang-kenang sewaktu berada di celah gua di tengah lautan ini..

Selamat datang dan terima kasih kepada kawan maya yang singgah di Duniaku...



Pages

Sunday, August 23, 2009

Tips Menulis Novel Sedap Dibaca dari PTS

Assalamualakum semua.

Bismillahirrahmanirrahim. Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, saya nak berkongsi ilmu pula.


Terasa rugi betul, baru beberapa minit sampai, kelas sudah pun berakhir. Terpaksalah bertanyakan peserta di sebelah. Tidak sangka pula sifu PTS, Puan Ainon Muhd sendiri mengendalikan Kelas Menulis Novel Sedap Dibaca pada pagi itu.

Berikut antara tips berdasarkan catatan peserta di sebelah, yang saya tulis semula.

Nota: Cerita fiksyen PTS, mengutamakan ciri Islami. Dan tips di bawah hanya merujuk kepada kehendak PTS, tidak semestinya sama dengan kehendak penerbit lain.

1. Hero mestilah lelaki.
2. Tempoh atau masa kejadian hendaklah panjang misalnya dari watak kecil membawa ke dewasa atau tua.
3. Pada akhir cerita mesti ada kejayaan kepada watak.
4. Watak baik atau jahat tidak boleh dihukum - kata Puan Ainon.
5. Biarpun watak jahat, tetapi tidak perlu diberikan hukuman di akhir cerita, memadai dengan penyesalan.
6. Bermakna tidak boleh memberi kemenangan kepada kejahatan.
7. Watak hero yang ideal iaitu hero yang semua orang suka, mestilah handsome kan?
8. Mesti ada banyak watak, contohnya dalam cerita Surah Yusuf ada kira-kira 25 watak.
9. Daripada watak-watak itu, banyakkan watak jahat. Ini untuk menimbulkan semangat cekal di hati pembaca untuk terus membaca.
10. Guna banyak lokasi.
11. Walaupun cerita fiksyen, kena ada ciri cerita benar - imbangkan antara realiti dan rekaan.


Perkara tidak sepatut ada dalam cerita indah.

1. Orang kahwin. Hero dan heroin bukan suami isteri.
2. Jangan ada kisah bercerai - sebab sudah terlalu banyak kisah novel jenis ini.
3. Susun ikut turutan waktu, tiada bab imbas kembali.
4. Guna bahasa tinggi - jangan guna bahasa pasar.
5. Jangan guna bahasa `kontot' - eg tu, ni, pi, gitu, gini, dah... tulis penuh ini, itu, begitu, begini dan sudah.
6. Jangan ada perkataan tiada makna seperti erm.... err... ha.....arr kerana moto PTS ialah memandaikan bahasa.
7. Subjek dalam ayat tidak perlu ada dalam dialog misalnya "Cikgu, saya ingin berehat selama lima minit." Terus saja...."Saya ingin berehat selama lima minit," kata Aminah kepada gurunya.
8. Jika ingin sebut juga, guna dalam ayat permintaan atau permohonan dan sembah seperti "Oh Tuhan.... "
9. Pekata mengikut teknik Surah Yusuf - kena sebut watak pekata di depan dialog, misal begini:
Mak Som bertanya, "apa khabar?" atau watak dan perbuatan diletak dalam dialog eg. Sambil memerhati jarinya, Aminah berkata di dalam hatinya`cantik betul cincin ini.'


Maklumat untuk bakal penerbit:
1. Kajian di peringkat antarabangsa menunjukkan 80 peratus buku yang laku ialah buku fiksyen.
2. Daripada jumlah buku-buku fiksyen yang laku itu, 80 peratus pembelinya adalah wanita.
3. Sama ada buku untuk perempuan atau buku untuk lelaki, Covernya mesti cantik pada pandangan wanita.
* Berdasarkan maklumat di atas, bermakna novel pertama yang saya tulis macam tidak kena untuk kehendak PTS. Kalau malas nak ubah, terpaksalah beri ke tempat lain.
* Nasihat untuk kawan-kawan, kenali dahulu kehendak penerbit sebelum anda menghasilkan novel bagi dikemukakan kepada penerbit terbabit.
* Bagi kemudahan pengarang/penulis, kemukakan sinopsis cerita dahulu untuk PTS - bila sinopsis diluluskan barulah boleh mula menulis, atau mengubah novel yang sudah dirangka mengikut kehendak sinopsis yang diluluskan.


Catatan untuk rujukan kawan-kawan semua yang bercadang menulis novel untuk PTS.

Wassalam.

4 comments:

  1. Thanks kak Shidah, tips yang menarik

    ReplyDelete
  2. Hasri Hassan adalah seorang penerbit buku: Jenguk blog bertajuk Book Publishing <> Penerbitan Buku - ada banyak maklumat yang bermanfaat mengenai dunia buku dan penerbitan.

    ReplyDelete
  3. Dulu time sekolah pernah juga buat cerpen, published dalam buku sekolah.. Tapi bila dah masuk uni dah tak cukup masa lagi. Rindu nak menulis, thanks for the tips

    ReplyDelete