Wednesday, August 26, 2009

rancangan ANJUNG SERI di TV1

Sempat bergambar sebelum menuju ke bilik rakaman di RTM

Set seperti di ruang anjung
Sedang menunggu kemunculan hos, Erra Fazira kami ambil peluang bergambar di studio.

ANJUNG SERI majalah tempat saya berkhidmat sejak 15 tahun lalu, bakal bertambah glamour apabila tersiarnya rancangan `talk show` ANJUNG SERI di TV1. Dijangka memulakan siarannya Oktober ini. Tidak tahulah bagaimana penerimaan penonton. Adakah seronok atau membosankan? Sewaktu menghadiri satu sesi rakaman, belum dapat dikesan lagi flownya. Dengan menggunakan hos Erra Fazira, diharap dapat membantu menarik perhatian penonton.

Rancangan sebanyak 11 episod itu bakal mengetengahkan beberapa panel jemputan dalam bidang seni hiasan dalaman dan lanskap serta temubual dengan pemenang Anugerah Kreatif Anjung Seri.

Peluang Anjung Seri untuk muncul di TV menerusi satu rancangan tersendiri yang dikendalikan oleh kakitangan RTM, tidak akan menjadi semudah itu kalau tidak kerana ingatan salah seorang bekas kaki tangan Berita Publishing (BP) Sdn Bhd yang kini menjadi orang besar di RTM. Segala dugaan yang diterima sewaktu menjadi salah seorang staff di sini, tidak meninggalkan sebarang titik hitam kepada dirinya.

Saya masih ingat kata-kata beliau sewaktu berucap di majlis perpisahan beberapa tahun lalu - "Kita mesti sentiasa ingat, dalam bidang media ini, pusing-pusing pergi ke mana pun, kita akan saling berjumpa. Kita tidak perlu berlagak sombong atau meninggi diri kerana hidup ini seperti roda, hari ini mungkin kita duduk di bawah, tetapi esok lusa mungkin di atas! Kenyataan yang penuh bermakna, terbit daripada lubuk hatinya. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan beliau melahirkan kata-kata peringatan itu.

Dan ternyata, masin mulutnya. Beberapa tahun melangkah keluar, kini dia menjadi orang paling penting dalam bidang penyiaran dan bergelar datuk. Justeru beliau kini jauh lebih berkuasa daripada mereka yang mungkin pernah memandang rendah kepadanya.

Nota: Tidak lupa perbuatan datuk memaksa saya menjadi penjaga masa pertandingan debate, dengan melaungkan bunyi tarzan pada hari terakhir majlis induksi pelajar baru Mass Comm di ITM. Peristiwa itu menyebabkan saya berdendam dalam diam sekian lama, tetapi ianya sudah saya maafkan tidak lama sebelum datuk keluar daripada BP. Kemarahan itu lenyap sebaik saya mendengar satu `statement' datuk terhadap diri saya yang pada ketika itu juga menghadapi satu dugaan yang maha hebat!

5 comments:

  1. Alhamdulillah, orang itu mendapat sesuatu yang setimpal untuknya. Terus melayang menggapai orang. Sedangkan yang lagi satu, namanya terus tenggelam dan dilupakan...apa cerita ye? :)

    ReplyDelete
  2. Malangnya tidak dapat nak ulas, Ben pun tahu sebabnya. Apa-apa pun, tengoklah senyuman kita ittiew, macam `senyuman dalam kedukaan...'

    ReplyDelete
  3. hahaha...senyuman anak dara dipaksa kawen...relaks la kak, kadang2 dia elok tahu kebenaran walaupun yang betul itu sepahit hempedu

    ReplyDelete
  4. kak shidah..
    tahniah! tahniah!
    rindu rindu rindu...
    lamanya tak jumpa..
    jadual kita penuh sangat sangat..
    harap satu harap dapat jumpa dan sembang panjang

    ReplyDelete
  5. Lily, apa taknya jadual awak tu lebih daripada menteri hi hi...x apelah janji masyuk!!! Alhamdulillah. Ingat dah lupa kita. sentiasa menunggu.

    ReplyDelete