4 Disember
2015
: Semua kita
pernah menerima hadiah atau cenderahati namun ada kalanya pemberian itu tidak
kita hargai kerana barang yang diterima tidak penting atau tidak kita sukai.
Berlainan pula jika barang itu amat anda perlukan, tentunya ia disayangi, diguna,
disimpan dan dijaga dengan baik.
Pemberian hadiah
atau cenderamata pada dasarnya untuk membina ikatan sesama rakan sebaya,
sahabat, pelanggan, ahli keluarga dan orang disayangi.
Hakikatnya, hadiah
diberi untuk pelbagai acara sepanjang tahun, termasuklah sebagai cendera hati
korporat, majlis perkahwinan, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi,
undangan makan malam, pesta keraian dan majlis menyambut kelahiran bayi.
Kesukaran
memberi hadiah dan cenderahati menepati kehendak penerima diatasi oleh Qashgift
yang menggabungkan konsep kefleksibilan tunai dan ketulusan niat memberi
hadiah dengan cara memberi peluang kepada penerima memilih sendiri melalui
beberapa klik mudah pada telefon bimbit atau komputer.
Dibawakan
untuk anda oleh syarikat pereka dan pembangunan web berdaya maju, Kemuncak Jaya
Teknologi, QashGift adalah penyelesaian digital yang mengubah pembelian hadiah
menjadi suatu pengalaman yang indah untuk semua.
Dengan
QashGift, kejadian tersilap beli boleh dielakkan kerana penerima berpeluang
memilih hadiah yang mereka terima menggunakan Kod QR akaun QashGift!
Ideal untuk warga urban yang celik teknologi dengan gaya hidup serba
pantas dan jadual harian yang sentiasa sibuk, QashGift memang sesuai dengan
ciri-cirinya yang mudah digunakan, menjimatkan masa, dengan proses pemberian
hadiah bijak dan selamat.
Proses QashGift bermula dengan
1. Pembeli menghantar sesuatu hadiah kepada seseorang dengan menggunakan
alamat emel dan nombor telefon bimbit. Hadiah itu akan terus dihantar ke akaun
QashGift mereka. Jika mereka tidak mempunyai akaun QashGift, mereka boleh terus
membuka akaun dengan percuma.
2. Penerima hadiah boleh terus pergi ke kedai pedagang dan memberikan Kod
QR QashGift itu.
3. Kemudian, juruwang akan mengimbas
Kod QR QashGift itu dan meminta penerima memasukkan nombor pin pengesahan 6
digit.
4. Apabila mendapat kelulusan, mereka akan memasukkan jumlah wang yang
ditebus dan mereka akan menerima resit digital yang mengesahkan penebusan
mereka.
Pelaksanaan membabitkan kedai pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, Original Omin dan banyak lagi. Melalui kedai pedagang ini, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan.
Pelaksanaan membabitkan kedai pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, Original Omin dan banyak lagi. Melalui kedai pedagang ini, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan.
Dari harga
serendah RM20, andai boleh membeli pelbagai hadiah daripada pedagang dengan
mudah dan selesa daripada rumah masing-masing, disertai ucapan peribadi dalam
bentuk suara dan video.
“Kedua-dua pembeli dan penerima lebih menggemari transaksi tunai kerana
ianya tidak melecehkan. Dengan ini, semuanya berpuas hati!” kata Encik Samir
Younes, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Kemuncak Jaya Teknologi.
“QashGift mudah, menjimatkan masa dan suatu cara bijak untuk membeli
hadiah untuk sebarang acara bila-bila masa! Dengan perayaan Krismas dan Tahun
Baharu yang bakal menjelma, inilah masa yang terbaik untuk menyertai QashGift!”
Bukan
pembeli hadiah dan penerima sahaja yang mendapat manfaat melalui konsep jualan
QashGift ini, ia memberi peluang kepada pedagang untuk menjadi sebahagian
daripada dunia digital berteknologi tinggi yang semakin berkembang pada kos minimum.
QashGift boleh didapati melalui versi
komputer meja & mudah alih. Sementara itu, para pengguna Android dan iOS
akan menikmati aplikasi QashGift ini bermula dari 15 Disember 2015.
No comments:
Post a Comment