Kejadian berlaku sekitar empat tahun lalu. Saya ada
banyak khazanah tersimpan dalam stor, nak dibuang sayang. Saat berpindah ke rumah lain, barang itu ditinggalkan termasuklah
himpunan majalah Anjung Seri kesayangan. Almaklum bekerja sejak keluaran
pertama, maka himpunan pun majalah itu pun bertimbun.
Majalah dan buku disusun kemas dalam almari cip bod
berpintu, sangkaan saya ia selamat di dalamnya. Tidak disangka, `buah cempedak
menjadi nangka` - rupa-rupanya kabinet itu telah dimasuki anai-anai. Sebaik dibuka suatu hari, alangkah terkejut, ia penuh dengan sarang anai-anai.
Pertama kali melihat keadaan seperti itu, alahai
geli-geleman. Terpaksalah juga dibelek satu persatu dan dibuang majalah yang rosak. Selepas itu, mulalah mencari perkhidmatan memusnahkan anai-anai di internet. Dipendekkan cerita, datanglah seorang lelaki yang memberikan perkhidmatan itu secara solo.
Yang pernah didengar sebelum ini ada rawatan menebuk lubang lantai dan memasukkan
ubat anai-anai namun dia mengsyorkan kaedah memberi umpan.
“Saya akan letak umpan supaya dimakan anai-anai.
Askarnya akan mengambil makanan itu dan diberikan kepada ratunya. Dengan
memakan umpan beracun itu, lama-lama kelamaan anai-anai dan ratu akan mati.
Apabila ratu sudah dihapuskan, akhirnya musnahlah seluruh koloni anai-anai," ujarnya sambil menambah kaedah itu mengambil masa
beberapa bulan, harga rawatan berkenaan adalah seribu lebih.
Langkah rawatan, paket umpan dilekatkan pada dinding.
(Antara hendak percaya dengan tidak keberkesanannya. Tidak sabar mahu melihat kesannya, Dua tiga bulan kemudian, mulai cuak kerana tiada tiada apa-apa kesan, anai-anai masih aktif.
“Biarkan anai-anai
itu makan umpan itu sampai habis,” ujar lelaki itu sewaktu datang kali
kedua. Ternyata ada kesan umpan dimakan,
tetapi paket masih kembung dan tegang. “Tunggulah sedikit masa lagi”, ujarnya.
Namun saya semakin tidak sabar, kali ketiga dia
datang pun sama, anai-anai masih ada walaupun umpan semakin habis. Saya mula
membebel tidak puas hati, sehingga sanggup panggil orang lain datang memeriksa,
adakah kaedah itu betul.
Saat lelaki pertama datang sekali lagi, saya
marah-marah kepadanya kerana rawatannya seoalah-olah tidak menjadi. Dari raut
wajahnya , dia agak kecewa dengan sikap saya, apatah lagi apabila
diketahui ada orang lain datang mengalih kedudukan umpannya
Lelaki itu berkata,
tunggu sedikit hari lagi...dipendekkan cerita
selepas sekitar enam bulan lebih barulah, terserlah keberkesanan rawatan, memang betul setelah
semua umpan habis dalam sebulan kemudian tiada lagi anai-anai.
Rasa bersalah pula marah-marah pada lelaki berkenaan kerana sifat tidak sabar saya.
hi, menarik entri ni.. done follow, follow me back :)
ReplyDeleteHi acu yuhan...
ReplyDelete