Meninjau Kegiatan Koperasi Johor
Tulisan dan gambar: Rashidah Ibrahim
www.idarashida.blogspot.com
Tulisan dan gambar: Rashidah Ibrahim
www.idarashida.blogspot.com
Program jelajah koperasi bukanlah sesuatu yang baru dianjurkan untuk media. Disebabkan kali pertama menyertainya, maka terselit sedikit rasa teruja. Dengan pembabitan kali pertama, maka apa dilalui dirasakan menarik dan bermakna.
Dalam program Jom Jelajah Koperasi Negeri Johor (JJKNJ) 2015
dari 16 hingga 18 Mei lalu, peserta media dan agensi pelancongan didedahkan
kepada produk pelancongan lima koperasi terpilih.
Lawatan tiga hari dua malam itu memberi tumpuan kepada kegiatan Koperasi Kampung Sungai Latoh Kong Kong, Masai Berhad; Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Berhad; Koperasi Pemandu-Pemandu Teksi Bandaraya Johor Bahru Berhad; Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (Kopris) dan Koperasi Homestay Kampung Parit Bugis Muar Berhad yang mengkhusus dalam perniagaan masing-masing.
Lawatan tiga hari dua malam itu memberi tumpuan kepada kegiatan Koperasi Kampung Sungai Latoh Kong Kong, Masai Berhad; Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Berhad; Koperasi Pemandu-Pemandu Teksi Bandaraya Johor Bahru Berhad; Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (Kopris) dan Koperasi Homestay Kampung Parit Bugis Muar Berhad yang mengkhusus dalam perniagaan masing-masing.
Hari pertama
Seperti biasa, rombongan yang dikendalikan oleh Gaya Travel dijemput dengan bas di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Kuala Lumpur . Diringi rider dan kereta polis trafik, kami bertolak sekitar jam lapan pagi, menuju ke destinasi pertama, Kampung Sungai Latoh Kong Kong, Masai. Di situ kami meninjau kegiatan koperasi kampung nelayan berkenaan.
Didaftarkan pada Mac 2014, Koperasi yang mempunyai 60 ahli itu menawarkan perkhidmatan eko dan agro pelancongan, pengangkutan air di samping memasarkan produk anggota.
Ketibaan kami sekitar jam 12 tengahari, disambut sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang berbaris menunggu. Selepas diraikan dengan pemberian cenderamata, kami terus dibawa ke jeti untuk memulakan acara pertama, melawat perairan Sungai Latoh dan Johor, tempat nelayan kampung itu mencari makan.
Cuaca mendung menyambut ketibaan kami pada tengah hari itu menyebab atur cara taklimat ditunda.
“Kita akan terus ke acara boat cruising terlebih dahulu memandangkan ada tanda-tanda akan
hujan,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Promosi Suruhajaya Koperasi
Malaysia (SKM), Sairah Basrin yang turut menyertai jelajah dari Kuala Lumpur .
Seterusnya kami ke jeti untuk menaiki bot yang akan membawa
peserta meronda di sekitar perairan Sungai Latoh bagi tujuan melihat aktiviti
di perairan kampung nelayan itu.
Dua bot sedia menanti untuk membawa peserta. Nelayan bertugas
memberi penerangan, Normala Salim, 57, memperkenalkan dirinya. Saat diminta memakai
jaket pelampung, hati teruja kerana aktiviti menaiki bot memang menjadi kegemaran.
Perjalanan bot bermula di jeti melalui Selat Mendana yang bersambung
dengan Sungai Johor.
Acara menaiki bot melawat lokasi kegiatan nelayan. Amboi sibuk dengan gajet masing-masing.
“Di sini terdapat perusahaan membuat bot dan rakit memancing
oleh penduduk tempatan,” katanya sambil menambah sewa rumah rakit memancing
dalam RM15 semalaman sementara sewa bot dari RM50 hingga RM100 sebuah,
bergantung saiz.
Kami melewati hutan pokok bakau yang menurut Normala,
sengaja ditanam untuk kegunaan membuat arang kayu. Jenis tangkapan nelayan di situ katanya,
bergantung kepada musim, meliputi ikan, kupang, kerang, dan siput.
Acara ditunggu ialah makan tengah hari di atas rumah rakit,
berlaukkan ikan, sotong, udang, ketam segar dan kerang. Selesai makan, bergerak
semula ke jeti untuk menaiki bas ke Johor Bahru. Sampai di destinasi penginapan, sudah lewat
petang. Kami cuma ada masa kurang sejam
untuk bersiap ke majlis perasmian program JJKNJ 2015.
Jamuan tengahari di atas rakit
Majlis perasmian berlangsung di restoran Koperasi Warisan
Kampung Senibong Johor Bahru Berhad. Ia terletak di Anjung Senibong yang
dikenali sebagai pusat makanan laut tersohor, di Johor Bahru.
Saat pengacara menjemput tetamu menjamu selera, suasana
sunyi sepi. Semua memberi tumpuan pada makanan enak di hadapan mata.Kemudian
berlangsung acara perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia , Datuk
Lamien Sawiyo.
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri
Johor, Muriddan Elias, dalam ucapan sebelumnya berkata, di Johor ada 17
koperasi aktif dalam pelancongan meliputi bidang travel
& ticketing, pengurusan resort, hotel bajet, homestay, rumah inap, pelancongan
eco dan agro, restoran, kraftangan dan pengangkutan.
Salah satu acara di majlis perasmian.
Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Berhad didaftarkan
pada Oktober 2010 dengan kini 174 ahli. Antara kegiatannya,menjalankan
penternakan kupang, menyewa rumah inap, tapak perniagaan dan mengusahakan restoran.
Pada hari kedua, bertolak ke Johor Bahru untuk meninjau
kegiatan Koperasi Pemandu-Pemandu Teksi Bandaraya Johor Bahru Berhad. Beroperasi
sejak 19 tahun lalu, ia menguruskan 304
teksi. Jumlah anggota terkini 292 dan 130 teksi disewakan kepada ahli. Bagi
melengkapkan rantaian nilai perkhidmatan, disediakan perkhidmatan Mawar Radio
Teksi bagi membantu ahli mendapatkan pelanggan.
Pada tengah hari, kami meneruskan jelajah ke Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (KOPRIS). Memasuki kawasan ladang melihat aktiviti ternakan lembu tenusu dan daging serta ayam, adalah sesuatu yang menyeronokkan. Disebabkan kawasan ladang tidak dapat dimasuki dengan bas, kami dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan sempit, dan tidak rata.
Ternakan lembu.
Perjalanan melalui ladang kelapa sawit untuk sampai ke ladang ternakan agak mencabar. Perladangan kelapa sawit adalah aktiviti utama Kopris, di atas tanah seluas 200 hektar (500 ekar).
Terdapat 13 kandang ayam yang besar dibina atas kawasan berbukit itu. Projek ekonomi kedua menyumbang kepada pendapatan Koperasi, ternakan ayam pedaging ini dimulakan pada 2012, di atas tapak 40 hektar (100 ekar) di daerah Mersing.
Ternakan ayam daging
Bertambah teruja apabila ahli media dibawa masuk ke reban ayam untuk merakamkan gambar dengan lebih jelas. Rakaman temu bual untuk siaran televisyen turut diadakan di dalam reban. Geli hati melihat gelagat wartawan penyiaran berdiri dalam ketakutan sambil menemu bual, tiba-tiba menjerit saat kakinya hampir dipatuk ayam ternakan.
Menjelang petang perjalanan diteruskan Koperasi Homestay Kampung Parit Bugis Muar Berhad. Penyerahan rasmi anak angkat diadakan pada majlis makan malam, diikuti persembahan kebudayaan. Selesai majlis, masing-masing pulang ke rumah keluarga angkat untuk menginap.
Menjelang petang perjalanan diteruskan Koperasi Homestay
Kampung Parit Bugis Muar Berhad. Penyerahan rasmi anak angkat diadakan pada
majlis makan malam, diikuti persembahan kebudayaan. Selesai majlis,
masing-masing pulang ke rumah keluarga angkat.
Hari ketiga
Pagi esoknya, selepas bersarapan bersama keluarga angkat, peserta
dibawa ke sekitar kampung, melawat bengkel produk hiasan tempurung, perusahaan
madu kelulut dan rumah tradisional yang berfungsi sebagai galeri peralatan
kesenian.
Program berakhir dengan penyerahan semula anak angkat.
Selepas bersalaman, kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur sekitar jam 3 tiga petang dan
sampai di Matic jam 7 petang.
Program JJKNJ 2015 dianjurkan oleh SKM, Kementerian
Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Tourism Malaysia
dan Gaya Travel.
No comments:
Post a Comment