Sepetang di Nusantara Touch
Entah kenapa sekian lama meninggalkan blog bersawang begitu
saja, minta maaf kepada rakan-rakan pengunjung.. rasa dah tak ada pengunjung
lagi kut kerana tiada cerita baru ditulis … pada hal banyak kegiatan yang nak
dikongsikan..
Mulai hari ini nak mulai aktif semulalah (azam hangat-hangat
tahi ayam), apa ya nak dimulakan...ini bukan kisah hari ni tetapi kisah.. tiga
hari lepas..(Rabu).
Program Bicara Anjung yang saya kendali membawa kami ke
galeri Nusantara Touch, kedai barangan perhiasan logam milik seorang gadis muda trang tang tang, manis, tinggi lampai macam model orangnya. Usianya peringkat anak saya..ha ha..terasa sangat.. dah ketinggalan!!!
Bertempat di Bandar Baru Rawang, berhampiran KPJ dan Perodua
Rawang, kedudukan galeri macam misteri pula, lokasi tak bernama.. jenuh cari
nama Nusantara Touch pada bangunan yang dimaksudkan tp tak nampak.
Patutlah.. memang tak ada tanda papan iklan pun..
“Saja tak letak, untuk keselamatan,” jawab Ain pemilik
syarikat yang manis jelita tu. Kedai di tingkat atas dihias dengan gaya vouge misteri… kesan
daripada penggunaan warna latar hitam di ruang galerinya. Digandingkan dengan
produk berkilauan, warna emas dan perak dengan cahaya suram, romantik
mencetuskan satu macam perasaan..cosy dan tenang. Ditambah pula dengan gaya rekaan dalaman
terkurung tetapi luas, terasa nak berlama di situ. Apatah lagi dengan segala
macam perhiasan cantik dan mewah…membuatkan geraaaaam, ingin memilikinya.
Nusantara Touch mengkhusus dalam pengeluaran produk mewah
menawan… barangan kemas dan perhiasan dalaman warna emas dan perak, daripada
bahan piuter (campuran timah). Kelebihan bahan ini kata Ain ialah tidak
berkarat.
Sedang anak muda lain masih tercari-cari kerja yang sesuai
dengan jiwa, Ain, 28 sudah lapan tahun mengendalikan bisnes berkenaan.
“Saya bermula dengan bisnes kad kahwin.. abang yang suruh..
dia ada kilang printer. Saya buat design, dan ambil tempahan cetak.. masyuuuklah
juga..itu yang leka sampai lupa nak sambung belajar,” ujarnya yang berlatarkan
perniagaan seni bina. Macam mudah aja nak buka bisnes. Saya fikir tentulah dia
anak orang `ada-ada`, tetapi tak tahulah juga ….mungkin dia bermula secara
sedikit demi sedikit… ataupun setelah banyak simpanan, dibuat modal untuk memulakan
perniagaan lain pula.
Apa yang buat Ain minat untuk membuka perniagaan ni? (Barang
kemas tiruan, perhiasan dalaman, cenderahati perkahwinan dan korporat).
“Saya jatuh hati apabila melihat produk ini di Ekspo
Kraftangan, semasa tu saya menyertai ekspo berkenaan, menawarkan produk kad
kahwin. Sejak itu saya mula mendekatinya. Kebetulan ada orang nak jual mesin
pada harga patut, saya pun beli dan dari situlah bermulanya,” cerita beliau. (Macam mudah aje???)
“Mesti tak banyak saingan?” Soal saya..
“Banyak juga puan… ramai juga orang kita buat bisnes,” balas
Ain. “Sampaikan saya cukup berhati-hati dengan rekaan baru… saya tak buat
launching untuk design baru, saya jual senyap-senyap kepada pelanggan saya
saja.. kegiatan tiru meniru design ni perkara biasa dalam bidang ni puan…
mereka beli satu, kemudian ikut design kita sebiji.. jadi sekarang saya hanya
keluarkan design baru tiga tahun sekali iaitu sewaktu musim raya,” ujarnya yang
menyembunyikan pahit getir lain…dia nampak seperti tidak ada masalah, sentiasa
tenang dan tersenyum…tentunya kerana bidang perniagaan itu kena dengan jiwanya
yang sukakan dunia kecantikan…. Namanya pun wanita kan …
Ikuti siri kedua, pertemuan dengan seorang usahawan pelbagai
bidang, yang membuatkan terjegil biji mata saya mendengar kehebatan
perniagaannya….jumpa di majlis yang sama….tunggulah kalau ada masa ceritakan,
entah zaman bila pula dapat tulis tak tahulah…
(Maaf belum ada gambar di galeri…
Kenangan daripada Nusantara Touch Enterprise, inilah antara yang dijual, terima kasih Ain..).
Kenangan daripada Nusantara Touch Enterprise, inilah antara yang dijual, terima kasih Ain..).
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)