Tuesday, December 24, 2013

Tajuk: Bagaimana Berjimat Menggunakan Pendingin Hawa? Sudah lama juga kita diberitakan mengenai fenomena penapisan ozon yang menyebabkan suhu persekitaran kian meningkat. Lantaran fenomena itu, perubahan cuaca bertukar menjadi tidak menentu. Panas terik memanjang dan hujan tidak bermusim. Pada musim panas, kita semua gelisah tidak tertahan. Berbahang, terkadang seperti terasa berada dekat dengan api. Ini menyebabkan ramai daripada kita tidak dapat tidur pada waktu malam. Perubahan cuaca yang sedang berlaku mendorong kepada galakan penggunaan alat pendingin hawa. Bagi yang tidak tahan menanggung kepanasan, sudah tentu akan menambahkan penggunaan alat berkenaan di rumah. Secara tidak langsung, bil elektrik bertambah. Dalam pada hendak berjimat, alat berkenaan tetap juga diguna. Bagaimanakah caranya untuk mengawal kenaikan bil elektrik daripada penggunaan alat pendingin itu? Anda mungkin ada cara tersendiri. Melalui majlis Bicara Anjung kali ini, kami berpeluang meninjau pendapat mereka yang hadir. 1. Pengasas produk kecantikan, Altheashine, Norizan Yaacob. “Saya memang guna alat pendingin hawa di rumah termasuk di ruang tamu dan bilik tidur. Sebolehnya saya kawal juga penggunaannya untuk meringankan bebanan pembayaran bil. Cara yang saya selalu amalkan ialah dengan memasangnya dalam tempoh tertentu sahaja. Misalnya dipasang sejam dan apabila suasana sudah sejuk, saya padamkan. Apabila terasa berbahang semula, saya pasang semula alat pendingin hawa berkenaan dan kemudian tutup, bergantung kepada keadaan suhu. Di rumah saya, hampir semua ruang ada alat pendingin hawa. Bil elektrik biasanya RM300 sebulan tetapi kalau musim ramai tetamu, lebih keraplah saya pasang dan bil akan meningkat sekali ganda, iaitu sekitar RM600 sebulan.” 2. Editor, Norazwa Mahat. “Saya tidak guna alat pendingin hawa di rumah. Saya hanya berpengalaman menggunakannya di pejabat. Di rumah, saya lebih suka menggunakan kipas. Pengalaman saya, bila keluar daripada pejabat yang berpendingin hawa, kita akan berasa ketara panas berhaba. Saya tidak suka dengan keadaan seperti itu. Sebaliknya, kalau kita kekal duduk dalam ruang yang bersuhu semula jadi di rumah, tidak terasa sangat perubahan apabila kita keluar rumah. Jadi saya lebih selesa dengan keadaan begitu.” 3. Pereka Grafik, Nor Rashidah Dijai. “Saya pun ada menggunakan alat pendingin hawa di rumah. Saya guna di ruang tamu dan dua bilik tidur. Sudah tentulah kami tidak pasang sepanjang hari. Saya pastikan anak-anak menggunakan alat itu pada waktu cuaca panas. Pada hari hujan, cukuplah menggunakan kipas sahaja. Di ruang tamu, saiz alat pendingin hawa lebih besar daripada di bilik tidur. Cara mengurangkan bil elektrik, adalah memasang pada waktu siang hari sahaja di ruang tamu tetapi di bilik tidur, hanya diguna pada waktu malam tetapi tidaklah sampai ke pagi. Pengalaman saya, alat pendingin hawa kecil lebih cepat rosak daripada yang besar. Kalau rosak yang kecil, tukang baiki mengesyurkan supaya beli baru, kerana tidak berbaloi untuk dibaiki disebabkan harga dah hampir sama dengan yang baru. Tapi kalau yang bersaiz besar, sesuailah untuk dibaiki, kerana ada jarak perbezaan jika dibandingkan harga baiki dengan harga baru. Bagi mengelakkan rosak, kenalah amalkan diselenggara sebelum rosak. Kalau alat itu sudah kurang sejuk, itu tanda ia perlu diservis. Penyelenggaraan mengikut waktu juga boleh mengelakkan pembaziran elektrik. Bil bulanan elektrik kami biasanya RM180 sebulan, tetapi pada musim keramaian atau ramai tetamu, meningkat pada RM300 sebulan.” 4. Ahli perniagaan, Azni Azeta Abdul Aziz. “Kami tinggal di rumah ibu bapa. Dan rumah itu sudah lama ada alat pendingin hawa tetapi kebanyakannya di bilik tidur sahaja. Seingat saya, sudah banyak kali juga diservis. Tidak juga kerap mengalami kerosakan. Saya memang selalu mengingatkan anak-anak supaya memasang pada waktu perlu sahaja. Selalunya dipasang pada waktu malam sewaktu hendak tidur. Cara mengawal ialah dengan menunjukkan nilai bil kepada mereka. Saya pernah diberitahu oleh rakan yang bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), satu alat pendingin hawa berkuasa kuda 1, penggunaan elektrik adalah sekitar RM5 sehari, tetapi kalau dipasang pada tahap tinggi dan lama mungkin mencecah RM8. Memang saya akui, alat pendingin hawa ini menggunakan banyak kuasa elektrik. Bahkan semua alat jenis bermotor menggunakan banyak kuasa elektrik.” 5. Pengusaha Kelas Memasak, Dina Ahmad: “Kami guna alat pendingin hawa sejak tahun 2003. Berpengalaman menggunakannya sewaktu ia dipasang di bilik ibu. Kalau pasal bil elektrik, tinggi jugalah iaitu sekitara RM500 sebulan. Ini bukan kerana alat pendingin hawa sahaja. Mahal, sebab kami kerap gun ketuhar, maklumlah kami suka memasak dan mengadakan kelas memasak di rumah. Lagi pun, kami guna peti sejuk besar dan juga ada peti sejuk beku tersendiri. Menurut nasihat ibu dalam hal untuk menjimatkan tenaga elektrik, sewaktu pasang pendingin hawa, kami tutup semua pintu. Katanya, memasang langsir tebal juga perlu untuk memerangkap kesejukan.” 6. Penulis Buku Masakan, Tara Ahmad: “Satu lagi, dari segi warna langsir, elok menggunaan warna gelap kerana ia juga memerangkap kesejukan, kata ibu. Namun apa yang saya tahu daripada maklumat pakar, alat pendingin hawa elok dipasang berterusan, jika dibuka tutup dengan kerap ia tidak membantu dari segi penjimatan elektrik. Ini kerana alat itu menggunakan banyak tenaga setiap kali dipasang semula. Satu lagi, kalau kita mengekalkan penggunaan suhu di tahap kurang sejuk, ia banyak membantu dari segi penjimatan bil. Saya juga pernah mendengar mengenai alat pendingin baru jenis inverter yang jimat elektrik, tetapi alat ini memerlukan pemasangan saluran paip lain, tidak boleh menggunakan jenis saluran paip lama. Walaupun penukaran kepada jenis inverter mahal, saya percaya pada suatu masa nanti kita tidak boleh lari daripada bertukar kepadanya apabila pendingin hawa jenis lama tidak akan lagi dikeluarkan.”

Thursday, November 28, 2013

Bilik Untuk Disewa di Bandar Jengka (Bandar Tun Razak).


Bilik/tempat tinggal untuk disewa

Kepada pelajar atau sesiapa yang inginkan tempat tinggal untuk disewa, sila hubungi
nombor ini 013-3310221.

Lokasi: Nadi Kota
            Di deretan kedai, belakang pejabat Tabung Haji, berdepan kawasan gerai makan, tidak jauh daripada stadium dan stesen Bas Sentral

            Lot kedai tingkat atas, bilik-bilik.
            Tingkat bawah, kedai kasut Shoes and Bag.
         
            Kadar Sewa bulanan: RM140 seorang


















                                              


                                                               








Bilik untuk disewa di Bandar Jengka




Kepada pelajar Uitm yang tak dapat asrama dan sedang mencari-cari tempat tinggal untuk disewa bolehlah hubungi nombor 013-3310221.

Lokasi: Nadi Kota
            Di deretan kedai, berdepan kawasan gerai, di belakang pejabat Tabung Haji.
            Lot kedai tingkat atas: atas kedai kasut Shoes & Bag.
            Kadar Sewa bulanan: RM140 untuk seorang.
         

Sunday, November 3, 2013

Beg Lut Sinar Kalis Air




Beg Kalis Hujan RM48


Beg Biru Firus @ Turqoise Berlapis Kuning.




Harga RM48

Pada musim hujan ni, beg jenis menyerap air tidak sesuai diguna. Jika terperangkap dalam hujan, basah habislah, mungkin sampai ke isi dalam. Jadi, kalau bertukar kepada beg kalis air seperti ini bagus juga. Selamat daripada basah.


Sebelah luar beg ada tulisan warna biru - "TUOUH", sebelah lagi kosong tanpa sebarang corak. Berwarna biru firus pada tali dan birai. Lapisan beg di dalam berwarna kuning dan berzip kemas.


Bahagian dalamnya, berlapiskan kain lembut dan berpoket.  Boleh disuai padan dengan pakaian warna biru firus dan kuning. Bayangkan apabila dipadankan, mesti bergaya kan?

HARGA RM48 + PosRM7 jumlah- RM55. Rasa-rasa berkenan tak? Sebenarnya dah ada pun yang teringin.. tetapi siapa cepat, dialah yang dapat!  Sms segera 013-3310221, mana tahu masih ada?


Wednesday, October 30, 2013

Nak cuba set kecantikan jenama mahal, tak pernah dengar.



Selalunya, beli pakai sekali dua je, lepas tu terbiar begitu sahaja akhirnya buang, tidak pun hilang entah ke mana... alasan pertama takut nak pakai ... alasan kedua tak berdisplin.. senang cerita malas guna... kali ni bersemangat ni nak pakai... Semenjak dua menjak, teringin sangat nak beli set kecantikan.. nak cantiklah sangat, ni dah beli, tak tahu, berdisiplin tak pakain nanti. Harap-harap begitulah... mahal tu belinya RM350 selepas diskaun 30 persen. Brand mahal ni dari Korea, pada hal tak pernah dengar pun, tp dah disyorkan oleh kawan baik, cuba jela.. katanya produk daripada Korea, adalah antara yang terbagus.. entahlah, apa maksudnya tu ,bagus dari segi bahan kandungan atau bagus dari segi kesan pemakaiannya. Kita pakai dulu, then tunggu dan lihat keberkesanannya. Sekian, itu sahaja cerita saya hari ini. 




Monday, October 28, 2013

Asal usul budaya Malaysia - Indonesia, luahan daripada penulis blog Indon.


Khas untuk pencinta seni dan budaya, boleh baca kritikan di bawah sekadar untuk renungan.

http://oktoviarezki.blogspot.com/2012/07/klaim-budaya-indonesia-oleh-malaysia.html
http://oktoviarezki.blogspot.com/2012/07/hilangnya-titian-muhibah-itu.html

Sunday, October 27, 2013

Madu Kelulut, nak cubalah...


Assalamualaikum, lama benar tak mencoret... dah bersawang dah laman ni.. sedang cuba nak kembali aktif menulis, ada masa singgahlah lagi di sini ya.

Coretan kali ini...

Jus kurma madu dah habis, tidak sempat nak gi cari ... bila lama tak makan apa-apa... mulalah rasa kurang selesa. Tika badan berasa tidak menentu, terfikir untuk mencuba pelbagai produk pemakanan untuk kesihatan. Buka Facebook, penuh dengan pelbagai produk untuk kurus dan memutihkan kulit, tetapi apa yang saya cari adalah yang benar-benar boleh membuat badan sihat. Bagaimanapun hampir semua produk pemakanan didakwa baik untuk kesihatan dan dapat menghindari 1001 penyakit, sampaikan naik pening untuk mencuba yang mana satu.

Sekarang ni, bukan masalah tidak pernah mencuba pemakanan seumpamanya, tetapi tidak pernah tetap pada yang satu. Kurang disiplin untuk mengambil setiap hari dan mengikut waktu yang ditetapkan adalah kelemahan utama. Dulu makan rumpai laut, ada satu kesan positifnya yang kekal sampai sekarang. Tapi entah tak tahulah, rasa cuak pula nak teruskan bila orang kata macam-macam mengenainya. Walaupun hakikatnya lebih ramai yang kata bagus.

Seminggu dua tertonton televisyen mengenai satu jenama produk kesihatan RD Beauty. Bila telefon, tidak dapat dihubungi… memanjang.  Semestinya terlalu ramai yang menalipon sampai tidak terlayan. Udah disiarkan di televisyen, bila dihubungi tidak pernah dapat. Tetiba teringat pada madu kelulut yang dibeli dua minggu lepas. Benda yang ada di depan mata, dibiarkan begitu sahaja. Bukannya murah pun… tertera pada botol, RM150.  Bukan calang-calang produk, juga dikatakan dapat menghindari pelbagai 1001 penyakit. Paling utama ialah barah dan sakit jantung, ibu segala penyakit. Apa lagi, baiklah cuba.

Anak bujang yang telah mengambilnya secara konsisten, mengakui madu tu memang bagus untuk dirinya. Setiap kali kalau kami nak ke Merbok, Kedah untuk menghantar atau melawat adiknya yang bersekolah di sana, dia mesti pesan supaya beli madu kelulut. Kami beli terus di ladang tempat menghasilkan madu berkenaan, harganya murahlah sikit. Kunjungan yang terakhir dua minggu lepas, entah yang ke berapa kali. Mungkin yang ketiga atau keempat.

Nak ceritanya, semasa sampai, hujan sangat lebat. Mujurlah pekerja di situ faham masalah kami nak keluar daripada kereta. Dia langsung mengangkut payung teduhan yang besar dan berkaki...datang sampai ke tingkap kereta, untuk bertanya. Terlangsung dah sampai, kami beli dua botol. Berazam nak amalkan makan secara konsisten, bila dah rasa kesannya, nanti saya sambung cerita.

Madu Kelulut

Tertera di botol RM150.  Siapa nak cuba, boleh pesan awal-awal. Tak sempat nak tulis pelbagai khasiatnya secara detail, anda google sahajalah dulu ya.
okey ini satu rujukan:  http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut

http://www.lebahkelulut.com/produk-dan-khasiat-madu-kelulut/





Sarang kelulut dalam pokok.


Abang ni sedang menunjukkan pelbagai cara penggunaan madu. Katanya, boleh disapu pada muka untuk meremajakan kulit.


Tuesday, September 17, 2013

Beli Rumah Pertama di England

http://sozcyili.blogspot.com/2013/09/saya-melayu-saya-dapat-beli-rumah-di-uk.html?m=1

dpd FB Shared photo of NAZALI NOOR 

AKU BUKAN MAT SALLEH CELUP!

Entri XXX: Selamat Hari Malaysia! Secebis England yang kami miliki 

Rumah mahal sangat kat Malaysia sekarang kan?

Ada yang tanya saya tentang macamana kami beli rumah di UK ni? Susah tak ? mampu tak?

Yang lagi cute tu komen pulak

"Wahhhh banyaknya duit beli rumah kat UK"

Sempena hari Malaysia ni saya kongsikan pengalaman saya bagaimana Kerajaan UK bantu rakyat walaupun bukan warganegara seperti saya untuk miliki rumah melalui skim 'Home Buy Direct"

Home buy direct ni insentif kerajaan di UK untuk bantu masyarakat agar mampu miliki beli rumah tanpa keluarkan deposit yang tinggi dan kos berkaitan.

Tapi hanya untuk memiliki RUMAH PERTAMA sebab kerajaan fikir bahawa tanggungjawab kerajaan untuk pastikan rakyat mampu ada rumah sendiri.

Jadi kerajaan perkenalkan konsep belian rumah melalui 'perkongsian ekuiti' bagi 1st time home buyer.

Maknanya kerajaan akan dahulukan peratusan dari harga rumah tu tapi kita miliki rumah itu 100% dan bayar fee bulanan dari peratus yang kerajaan miliki tu.

Peratusan tu kerajaan akan DAHULUKAN wangnya pada pemaju jadi kalau harga rumah tu £100 000 kan dan kerajaan bantu beli ekuiti sebanyak 30% jadi kerajaan akan bayar kat pemaju £30000.

Jadi jumlah yang perlu dibayar pada pemaju hanya £70000 sahaja.

Dari situ kalau kita kena bayar deposit 10% baru £7000 sahaja. Bakinya kita ambil loan dan bayar ikut tempoh macam biasa.

Jadi kan lebih murah kos permulaan memiliki rumah kan?

Jadi yang didahulukan £30 000 tu kita boleh tebus bila kita ada duit dari masa ke semasa. Nak tebus 5% dulu ke berapa ke terpulang.

Kalau kita tak tebus kita kena bayar fee pada kerajaan yang sikit sahaja jumlahnya atas ekuiti tu. Itupun hanya selepas 5 tahun. Kalau jumlah £30 000 tu bayarnya dalam £30 kot sebulan sampai kita habis tebus ekuiti tu.

Soalannya di mana untungnya kerajaan kalau macam tu kan?

Dah namanya kerajaan memanglah kena bantu rakyat kan? 

Jadi keuntungan BUKAN motif utama tapi ini tanggungjawab sosial Kerajaan pada rakyat untuk mampu memiliki rumah sendiri:-)

Cuma sebagai pemegang ekuiti, jika kita jual rumah tu dan peroleh keuntungan dari hasil jualan maka kita kena pulangkan peratusan keuntungan jualan tu ikut jumlah ekuiti yang dimiliki kerajaan atas rumah kita.

Okay macam ni. Katalah kita ambil contoh yang sama macam tadi tu kan;

Harga rumah £100 000
Ekuiti kerajaan 30% - £30000
Komitmen kita - £70000

Lepas 3 tahun kita jual pada harga £150 000

Ada keuntungan £50 000 kan?

Jadi sebab kita belum tebus ekuiti tu dari Kerajaan maka kita kena SHARE untung jual rumah tu ikut ekuiti yang belum ditebus.

Jadi kalau 30% maka kita kena pulangkan 30% dari untung tu pada kerajaan so £50 000 (untung) x 30% = £15 000 yang kena kita pulangkan.

Tapi kalau sepanjang 3 tahun tu kita dah redeem ekuiti kita 10% ke atau 20% ke kita pulangkan sikit ajalah pada bakinya.

Kalau kat Malaysia buat macam ni MESTI ramai rakyat boleh beli rumah kan?

Saya kongsikan link tentang pakej ni ya?

Sedang warga asing macam kamipun kerajaan bantu. Apatah lagi rakyat mereka sendiri


https://www.gov.uk/affordable-home-ownership-schemes/help-to-buy-equity-loans

p.s:

Sekarang ni pemaju perumahan kat UK pun dah mula perkenalkan pakej ni yang mana pemaju yang bantu pembeli untuk beli ekuiti ni tanpa bebankan kerajaan pun.

Gambar kat belakang tu rumah kami kat sini

Secebis England yang kami miliki 

Banyak lagi cerita sebegini yang saya kongsikan dalam buku nukilan saya bertajuk Ulu Yam Di Liverpool.

Kalau berminat boleh jenguk di link ini ya?

http://on.fb.me/16xAbv9

Thursday, August 15, 2013

Doa Mengembalikan barang yang hilang atau di curi.

http://www.islamituindah.my/kaifiat-bacaan-surah-yaasin-untuk-mengembalikan-barang-hilang

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Merawat Penyakit Kronik

Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..


Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
by Ustaz Zahazan Mohamed

Doa Pendiding untuk diamalkan

  1. DOA PENDINDING & PENGGERAK SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI

    October 12th, 2011 | 3:28 pm | IbadahTazkirah | 14 responses



    dipetik daripada :
    petikan asal dpd  Darussyifa’

    1. Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
    Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
    1
    1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah

Saturday, May 25, 2013

Mengenang Peristiwa Tragedi Berdarah 13 Meii 1969

Yang berlalu biarlah berlalu, sesuatu pergaduhan atau pertumpahan darah yang telah berlaku semestinya berpunca. Namun apa pun yang dikaitkan dalam peristiwa ini, kita sendiri tidak tahu secara pasti kebenarannya. Kedua-dua pihak yang terbabit mendakwa mereka di sebelah yang benar. Apa sahaja yang ditulis oleh pelbagai pihak, kita boleh membaca sekadar untuk mengambil tahu dan tidak perlulah kita memihak atau mempercayai secara taksub, kerana semua yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah SWT ke atas umatnya di bumi Malaysia, lebih tepat lagi adalah takdir, yang sudah tertulis di loh mahfuz bahawa ianya akan berlaku sedemikian rupa. Lagi kita kaji, lagi mengelirukan. Oleh itu, kita jadikan peristiwa silam (yang buruk) sebagai sempadan dan tidak perlulah menjadikannya sebagai punca ungkitan dan dendam serapah. Apa yang penting adalah memandang ke depan dan mengelak pisang berbuah dua kali dengan menghindari apa jua kegiatan membawa ke arah bibit perpecahan antara kaum dan perpecahan sesama umat sebangsa dan seagama.

Malangnya apa yang sedang berlaku sekarang, kata-mengata, sanggah menyanggah dan fitnah menfitnah mengenai sejarah politik dan perkembangan terkini membabitkan rakyat jelata, memungkinkan atau akan hanya mempercepatkan sesuatu yang tidak dingini berlaku.



Berikut adalah antara link himpunan kisah mengenai peristiwa 13 Mei 1969

Sekadar mengenang peristiwa di dalam lipatan sejarah.

http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2007/05/13-mei-dari-catatan-tunku-abdul-rahman.html

http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/08/keganasan-kaum-cina-dalam-tragedi.html


Sedikit rumusan dpd pembacaan.

Peristiwa berlaku selepas kegagalan Barisan Nasional mencapai 2/3 kerusi dalam PRU pada tahun 1969 yang memberi kemenangan besar kepada pembangkang.

Peristiwa berdarah tercetus sewaktu kaum Cina berarak meraikan kemenangan parti mereka sambil mendabik dada.

Apa pun, pihak Cina kata Melayu yang mulakan

Melayu kata Cina yang mulakan.

Tuanku Abdul Rahman (TAR)kata ada pihak yang mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku untuk menggulingkannya.

Penganalis juga menyebut bahawa bahawa segelintir tokoh politik dan orang Melayu pada masa itu tidak senang dengan cara Tuanku Abdul Rahman menangani tuntutan kaum Cina, didakwa terlalu berlembut dan memberi muka mengenai beberapa perkara.

Tun Dr M dikatakan orang yang di belakang perjuangan berkenaan akibat daripada itu juga Tun dipecat daripada Umno.

Berikutan peristiwa itu juga membawa kepada TAR meletak jawatan kemudian Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Lanjutan dan rumusan saya la...

Pada zaman Tun Abdul Razak, Tun Dr M dibenarkan semula masuk Umno dan menjadi barisan pemimpin. Disebabkan kewibawaan Tun Abdul Razak,  tiada tekanan terhadap dirinya oleh Tun Dr M. Sepanjang pemerintahan sehinggalah beliau meninggal dan digantikan pula dengan Tun Hussein Onn.

Apabila pemerintahan Tun Hussein Onn menunjukkan kelemahan, beliau juga menerima tekanan dan tidak lama sebagai Perdana Menteri.Yang kemudiannya digantikan oleh Tun Dr M. Selama 20 tahun di bawah pemerintahan, Malaysia terus membangun dan maju walaupun tidak terkecuali daripada menerima tekanan-tekanan daripaa pihak yang juga ingin mengambil tempatnya.

Dapatlah dibuat kesimpulan Tun Dr M adalah seorang pejuang dan tokoh pemimpin yang sangat berani dan berkuasa. Beliau pantang melihat ketua yang lemah dan gagal membawa pembaharuan dan pembangunan kepada negara.

Sebaliknya lantaran keberanian dan kelantangannya, beliau dituduh zalim dan gila kuasa. Hakikatnya hanya seorang pemimpin yang hebat, berani dan `zalim' sahaja mampu mengawal situasi, menghindari segala ancaman, rusuhan dan pemberontakan. Beliau mampu memerintah selama lebih 20 tahun, berjaya menangani segala ancaman daripada anasir dalam dan luar negara. Akhirnya meletak jawatan dengan sendiri tat kala barisan kabinet masih memerlukan khidmat beliau.

Bila Tun Abdullah Badawi sebagai PM dan menunjukkan kegagalan yang ketara, beliau juga diberi tekanan sehingga akhirnya terpaksa melepaskan jawatan. Seterusnya membawa kepada pelantikan DS Najib sebagai PM. Menunjukkan sedikit kemampuan, Tun Dr M tidak memberi tekanan sebaliknya memberi sokongan walaupun dalam banyak hal (cara pimpinan) tidak seperti yang diharap oleh Tun Dr M.














Thursday, March 28, 2013

Debat Rumpai Laut dari blog The Secret Medicines



March 24, 2013 at 4:55 PMReply
maaf.. boleh saya tau dari sumber mana anda katakan bahawa rumpai laut tidak menyumbang apa2 dalam pembentukan kolagen? sy ada membuat bbrp pencarian dalam web untuk mengesahkan hal ini.. dan rata2 mengatakan rumpai laut mengandungi bbrp sumber vitamin di dlmnya. oprah winfrey blog juga ada menulis tentang kebaikan rumpai laut ini.. 
March 24, 2013 at 8:33 PMReply
Ramai orang bercakap pasal Rumpai Laut. Bermacam macam andaian tentangnya, namun tidak mengapa..asalkan ada perubahan pada kesihatan, sudah cukup baik. Ini bermakna kajian mereka belum menyeluruh.Mesti ada sesuatu dalam rumpai laut yang mereka tidak temui...keajaiban..hikhik
March 24, 2013 at 8:47 PMReply
Zarraen knp pula ubah ayat ckp 'menyumbang kpd pembentukan kolagen' ? sejak dari mula lagi TSM kata rumpai laut tiada kolagen dan rumpai laut itu ialah rumpai laut. ia bkn kolagen. kolagen ialah kolagen. kolagen bkn rumpai laut. ramai yg dakwa kolagen asli, marine kolagen, pure marine collagen dan sbgnya. padahal ia hanya rumpai laut. ramai yg tak faham apa yg kami tulis. perlukah kami ulang seribu kali mengatakan bahawa "tiada kolagen dlm rump[ai laut" dan "rumpai laut bkn kolagen? 
March 24, 2013 at 8:49 PMReply
Shao Ran TSM adalah beberapa individu dan aktivis yg prihatin tentang pemakanan dan ubat-ubatan moden.
March 24, 2013 at 9:05 PMReply
whr u find this? do u have any black n white or certified to verify this statement? kindly advise
March 24, 2013 at 9:42 PMReply
Beberapa bulan lepas sepupu saya yang berasal dari Semporna (tempat asal datangnya rumapi ini) berkata bahawa ramai sudah berubah wajah jadi tegang dan kusam hilang. Saya kurang yakin tetapi bila saya balik Kelantan baru-baru ini seorang kenalan perempuan berkata bahawa wajahnya tegang dan licin kerana mengamalkan permakanan rumpai laut.Dia yang memulai cerita dan ternyata dari segi rupa memang berbeza. Samada ia mengandungi kolegen atau tidak yang penting perubahan yang amat ketara pada dirinya. Dari apa yang saya temui dari hasil kajian yang saya buat pada akhir tahun 1990an memang agar-agar di gunakan di negara Barat untuk kegunaan perubatan dan kosmetik dan negara Filipina pada masa itu pengekspot terbesar carragenan (nama saintifik bagi agar-agar yang sudah jadi debu). Sesungguhnya badan anda yang mengguna dan badan anda yang akan tahu khasiatnya asal saja tidak ada kesan negatif.Selamat mencuba...
March 24, 2013 at 10:24 PMReply
Jangan kata gambar pengguna sebelum n selepas menggunakan teknik camera... memang ada perubahan setelah penggunaan rumpai laut ni. Jgn membenarkan statement anda dengan memfitnah ok???? Apa kata anda try dulu baru menulis...
March 24, 2013 at 10:32 PMReply
ni smua provokasi jak . . cuba dulu la baru taw bkesan atau tidak . . . bagi sapa yg sudah cuba, pasti hasilnya positif. . .
March 24, 2013 at 11:06 PMReply
Ya benar sama sekali.....ada kajian pelajar PhD juga mengesahkan tiada kollagen di dlm rumpai laut..
March 25, 2013 at 12:08 AMReply
statement ni kluar sbb, sblm ni lau nak kollagen, kena bli produk yg mahal, bru dpt, tp bila da kuar produk murah yg sama, trus kluar statement mngatakan yang ni x da. btul x? hehe ni sume provokasi spaya x bli produk yg murah, nak yg mahal jg..dunia2, aktivis yg x der taraf..sorry, lau trasa, btul ler pa yg gua ckp...ini sume POYO!! hahaha
March 25, 2013 at 1:13 AMReply
semuanya betul... rumpai laut byk mineral dan protein...rumpai laut is rumpai laut.....
March 25, 2013 at 3:05 AMReply
sorg lagi keluar statement typical. Lan Si Luu, fyi, TSM tak jual apa-apa produk. TSM tak peduli nak beli yg mahal atau yg murah, itu masing-2 punya duit. TSM tak mau campur pasal bisnes dan dunia persaingan korang . TSM takde kena mengena langsung.
March 25, 2013 at 3:25 AMReply
pada mulanya, tulisan tentang seaweed ni ditanya oleh seorang pembaca di http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/merbahaya-dadah-statin-kesan-sampingan.html maka TSM rasa bertanggungjawab utk menjawab pertanyaannya. bkn pasal benda ni tgh hot. yg bagi hot ialah pengunjung. hari ini saja topik kolagen menerima hampir 20,000 pelawat. pecah rekod
March 25, 2013 at 3:30 AMReply
TSM mmg makan seaweed dari semasa ke semasa...tapi TSM makan mentah, lebih byk khasiat. bkn dimasak sampai mendidih. kadang-2 makan sushi nori. jgn kata TSM benci kpd seaweed. tapi maklumat yg salah perlu diperbetulkan. iaitu rumpai laut bukannya kolagen
March 25, 2013 at 3:36 AMReply
najwa sukar kalau awak ada bukti saintifik mengatakan kolagen terkandung dlm seaweed, sila tunjukkan kpd kami. seeloknya, awak study dulu apa dia seaweed dan apa yg terkandng dlm seaweed. rumpai laut ada hampir 10 ribu jenis di dunia ini dan terbahagi kpd 3 kategori iaitu yg berwarna hijau, merah dan coklat perang. bkn semua dari 10 ribu itu pernah dibuat kajian tapi setakat ini belum ada kajian yg menemui kolagen dlm rumpai laut. mmg la takde paper sbb tak jumpa. kalau dah jumpa baru ada paper. itu la dinamakan kajian.
March 25, 2013 at 3:39 AMReply
kalau saintis belum jumpa spesis haiwan terbaru, bolehkah saintis tu keluarkan black n white kata "hanya ini saja spesis haiwan yg ada di bumi dan tiada lagi spesies lain yg boleh ditemui lagi". begitu la dgn seaweed. selagi tak jumpa kolagen, selagi itu tiada paper. masalahnya, belum ada paper yg mengatakan ada kolagen, sudah ada org mendakwa ada kolagen dlm rumpail laut. dari mana dpt info tu? siapa punya kajian? apa nama saintis tu
March 25, 2013 at 5:58 AMReply
Ada klgen ka xda klgen ka,asal ada kbaikannya mkn aja lah..sya beli xmahal.di bwa rm20 ja sekg..hahaha
March 25, 2013 at 6:49 AMReply
s7 sgt xda kolagen haha,sbb gf nak sgt mkn tu,sdgkan d pasar sni rm1 bole dpt yg mentah,yg kering rm5 1kg..huhu,org yg mkn ni n nampak hasil nya,sbb saranan penjual kologen,'mesti minum banyak air,sekurang2 2liter',sebenarnya air kosong tu yg mencantikkan serta memberi kesihatan pada badan..
March 25, 2013 at 8:43 AMReply
Boleh tau darimana sebenarnya kolagen boleh di perolehi? adakah dari sumber ikan atau lain2, tq
March 25, 2013 at 9:31 AMReply
hehehe... ada kolagen ke xda, yg penting ia mendatangkan kesan2 yg baik....tak mahal pun,baru RM10 saja utk 100gm,sy pun dah try rumpai laut ni..mmg bagus, byk kesan positif...bukan racun pun..hahhaha
March 25, 2013 at 11:34 AMReply
This comment has been removed by the author.
March 25, 2013 at 11:40 AMReply
biar betul nald j. kalau RM5kg saya mahu 100Kg. Boleh hantar KK ke? Di Semporna harga yang belum sampai ke daratan sudah lebih RM5/Kg. Bakali yg tak ori kot?
March 25, 2013 at 12:11 PMReply
TSM tidak menidakkan khasiat yg ada pd rumpai laut.. cuma ditekankan bahawa tiada kolagen dlm rumpai tersebut...
walaupun tiada kolagen asalkan memberi kesan positif kepada kesihatan, tak salah kalau mengamalkannya selagi tidak memudaratkan
March 25, 2013 at 2:09 PMReply
- sy pun tak berapa percaya dgn rumpai laut pada asalnya. Semakin lama makin byk produk2 kesihatan/kecantikan yg kita bole beli. Yg kononnya ada kolagen, gluthatione lah and benda2 lain yg ada benefit utk kita. Tp sbg iktiar utk merawat/memulih, sy ada try makan rumpai laut ni juga. Sy makan tp benefit nya mmg tak nampak kesan apa2 pada sy. Tp bila mak sy try mkn pula, alhamdullilah pnyakit saraf yg mak hadapi smakin pulih. Tak pulih spenuhnya tp better dari dulu. Mungkin effectnya tak sama pd setiap org. Sy da tk mkn kolagen ni lg tp sekali sekala ada juga buat masker utk wajah. Smooth la juga kulit ni. Akhir kata, sy tak boikot or pecaya 100% rumpai laut ni tp as long tak memudaratkn kita bole try. Hak memilih di tgn kita. Manfaatkn segala sumber yg allah beri sebaiknya. Tapi kalo ada pihak yg buat marketing melampau tntg produk ni rasanya kita bole fikir sndiri yg mana benar dan salah. Kalo nak tua, tua juga akhirnya dan kalo nak sakit, sakit juga akhirnya. allah swt sebaik2 perangcang ;)
March 25, 2013 at 2:24 PMReply
Saya seorang pengusaha dan usahawan rumpai laut...

saya sendiri sokong yg rumpai laut tidak ada sebarang kolagen. Rumpai laut adalah sejenis sayur-sayuran asal dari laut. nak cakap tanam , rumpai laut bukan tanam kat tanah..pelik plak bunyinya...hehehee

Walaubagaimana pun rumpai laut adalah supplement pada badan manusia yg berkesan seakan-akan kita makan kolagen ( ulang sekali lagi , seakan-akan makan kolagen ). Rumpai laut antara makanan atau sayuran yg mempunyai khasiat dan manfaat yg banyak kerana mineral yang tinggi.

Bagi yang mengamalkan , ia terasa seakan-akan makan kolagen ( atau byk lah kawan2 ckp mcm kena botox atau makan kolagen...hehehehe)..so bermula lah cerita kolagen kali lah...klo tidak silap saya..hehehee...

mcm yg encik admin katakan.....rumpai laut tidak ada kolagen...

klo nak dapatkan vitamin C yg organik boleh lah makan buah oren hari2..klo nak dapatkan kecantikkan dan kesihatan dengan harga yg berpatutan silalah makan rumpai laut...boleh lah cuba..hehehehehe
March 25, 2013 at 5:02 PMReply
Salam TSM.

Terima kasih atas pendedahan ini bagi mengelakkan salah faham yang berlaku selama ini di kalangan masyarakat.

Sebetulnya rumpai laut yang dirujuk sebagai sumber kolagen tidak berkesan secara langsung terhadap kulit jika dimakan sebagai supplement. Sebaliknya, kalau dimakan, ia berfungsi sebagai pencegah osteoporosis.

Collagen BERFUNGSI secara topikal (sapuan di atas kulit) kepada kawasan yg dikehendaki itupun dalam bentuk partikel yang halus. BUKAN dalam bentuk asalnya.

Juga, bioavailability collagen dari sumber tumbuhan tidak sama kesan dengan dari haiwan. Oleh itu kalau nak yang berkesan, dapatkan sumber collagen dari haiwan. Yang paling banyak sekali ialah dari sisik ikan.

(^__^)

sumber: http://www.raysahelian.com/collagen.html
March 25, 2013 at 5:40 PMReply
Tapi rumpai laut ni byk kbaikn so mkn jela y pnting bl sy mkn sy tak semblit dah...
March 25, 2013 at 6:55 PMReply
sorry out of topic tapi nak tsm buat kajian tentang kopi organo (dicampur dgn mushroom powder) yg byk org mengagung agung kan, saje nak tau kebaikan dan keburukan nya, thx
March 25, 2013 at 6:56 PMReply
terima kasih kpd cik/puan Halijah Abdul Mutalib atas pengakuan yg jujur tentang seaweed meskipun beliau sendiri adalah seorang pengusaha seaweed. inilah yg kita mahukan. peniaga yg jujur dan tidak mengambil kesempatan di atas kebodohan org lain. mmg seaweed ada byk kebaikan dan faedah kesihatan, TSM tidak pernah menafikannya. tapi ada sebahagian org yg tidak mahu menerima kenyataan dan cuba menyalahkan kami atas keadaan yg sebenarnya mmg tiada kolagen di dlmnya. didoakan semoga cik/puan dimurahkan rezeki dan perniagaan cik/puan terus maju.
March 25, 2013 at 7:20 PMReply
Lydie, secara ringkasnya, organo coffee berasal dari sejenis cendawan herba ganoderma. mushroom powder mungkin ditambah utk menambahkan rasa. apa saja jenis kopi, sebaiknya pilih kopi yg organik. bkn jenis campuran 3 in 1
March 26, 2013 at 12:07 PMReply
Baru tau.. mak sy pn makan rumpai laut ni tp dia ckp xde beza apa2 pn sama je.. dia pakai kt muka, muka terasa mcm tegang n halus saje.. sy pecaya yg rumpai laut takde kolagen tp msti rmai yg akn menidakkan bende ni. 1 lg nk tnya yg produk utk mencerahkn kulit sume tu bgus ke?? Bole kasi info x cik?
March 26, 2013 at 12:50 PMReply
This comment has been removed by the author.
March 26, 2013 at 1:08 PMReply
This comment has been removed by the author.
March 26, 2013 at 1:17 PMReply
This comment has been removed by the author.
March 26, 2013 at 1:21 PMReply
time kasih sudi brkongsi maklumat
selaku pnjual produk kcntikan n kesihatan sya memerlukan info tuk d kongsi bersama cust supaya mereka lbh memahami fungsi bahan yg d gunakan dlm produk idaman msg2,,,
March 26, 2013 at 1:49 PMReply
bagaimana pula dgn product ini


Aura White GlutaCollagen 400000mg

maybe boleh di umpil apa yg tersirat n tersurat
March 26, 2013 at 3:33 PMReply
The collagen gelatin may be derived from the bones of animals or from seaweed sources.
Source: http://www.wisegeek.com/what-is-collagen-gelatin.htm
March 26, 2013 at 3:42 PMReply
reference please..?
March 26, 2013 at 7:14 PMReply
walaupun ada rakan saya meletak nama sebagai kolagen pada rumpai laut yang dijualnya, saya enggan menggunakan perkataan kolagen sewaktu menulis di fb dan blog, tetapi kemudian pengunjung-pengunjung semua asyik menyebut pmc , pmc saya kata apa dia pmc, seorang menjawab `pure marine collagen', saya kurang pasti sebenarnya kolagen atau pun tidak tetapi kerana ramai sangat menggelarnya kolagen saya pun gunalah nama kolagen -pmc-ibu kolagen. Kalau begitu saya setujulah kalah dikatakan rumpai laut ni mempunyai khasiat yang seakan khasiat kolagen, sebab memang ketara pun khasiatnya begitu, apabila saya makan secara konsisten, kulit muka jadi nampak cerah bersinar dan tegang, sakit sendi hilang, membuang lawas walaupun kesan detoks menghuru-harakan satu bada pada peringkat awal. Tak usalah nak susah hati sangat pasal nama, yang penting ia adalah tumbuhan yang dijadikan oleh Allah SWT sangat berkhasiat, apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia berkhasiat hanya Allah sahaja yang tahu. Bersyukurlah kita semua kerana dapat mengetahui rahsia itu kerana sekurang-kurangnya kita tak payah membeli kolagen yang mahal beratus-ratus ringgit untuk menjaga kesihatan, ramai sangat yang menjual sekarang ni, harganya dah semakin murah bukannya semakin mahal.
March 26, 2013 at 7:19 PMReply
Setuju dengan comment rashidah
March 26, 2013 at 7:38 PMReply
Setuju dgn akk Rashidah Ibrahim. Saya jga xtaw yg rumpai laut ni xda kolagen yg sbnrnya. Tp, aabila sye makan dan pakai rumpai laut ni, ianya seperti kita makan or pakai produk mahal Alhamdulillah, Allah menunjukkan kita khasiat rumpai laut ni(wlupun xda kolagen) yg seperti memakan or pakai produk mahal kesannya. Kulit muka alhamdulillah, terasa mcm awet muda, tegang lembut, jerawat mmg ssh nak tumbuh. Terasa bdn sihat dan bertenaga Alhamdulillah. Ayah mertua dan atuk memakannya jga alhamdulillah, sakit sendi mereka berandur pulih. Apa2pun semuanya dr Allah swt. Kita hanya mampu mencuba da berdoa agar kesihatan kita sentiasa baik. In shaa Allah, apa2pun semua terpulang drpd dri sndri.
March 26, 2013 at 9:29 PMReply
utk TSM, penerangan anda amatlah membantu. sesuai sgt dgn pertanyaan sy. tapi sy lebih tertarik dgn jawapan yg sangat bernas dari Rashidah Ibrahim :) jika produk/makanan tambahan itu elok & memberi impak yg positif, tak salah kita amalkan. sy juga menjual rumpai laut ni kpd ahli keluarga & sahabat handai. family sy sendiri mengamalkan. Alhamdulillah semua dpt kesan yg positif. tidak kisah la tentang semua kenyataan bercanggah ttg kolagen, yg pastinya rumpai laut mmg telah diiktiraf oleh beberapa orang penyelidik di malaysia & luar negara tentang banyaknya khasiat pmc ni.

boleh rujuk : http://www.bloglepat.com/pengiktirafan-kajian-penyelidik-universiti-malaysia-sabah-mengenai-pure-marine-collagen-rumpai-laut-asli/

dan juga sini :) : http://www.dryseaweed.com/collagen_bm.cfm

mmg sy tidak memiliki fakta dan bukti untuk mensahihkan lagi adanya kolagen dalam rumpai laut kerana sy bukan pengkaji & penyelidik yg handal seperti TSM ni :) sekurangnya sy bertanya dan Alhamdulillah la TSM ni menjawab semua pertanyaan sy dengan bijaksana.. Alhamdulillah..

Terima kasih sekali lagi utk komen Puan Rashidah Ibrahim. salute utk beliau :) Dan kepada mereka yg ingin dapatkan makanan berkhasiat ni, boleh contact sy ye. harga pasti tidak mengecewakan. peace ;)
March 26, 2013 at 9:51 PMReply
Assalamualaikum semua, lupa pula tadi nak beri salam. Tak sangka pula ada yang suka dengan ulasan saya. Terima kasih ya Najwa dan Baby. Sememang itu ulasan sebenar, ulasan jujur dari hati. Sejak mula makan hari itu, saya banyak tulis pasal rumpai laut ni di blog saya, berdasarkan pengalaman sendiri, ada satu tajuk diterjah oleh punyalah ramai pengunjung, banyaklah pula bertanya, macamlah saya ni perunding rumpai laut, saya sekadar boleh jawab berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan yang makan. Tajuk paling top ialah mengenai panik dengan kesan awal ....kalau nak baca pengalaman ramai, lawatlah link di bawah...boleh juga kalau nak kongsi pengalaman di situ, apa-apa saja yang positif atau negatif. link ke tajuk berkenaan - http://idarashida.blogspot.com/2013/01/rumpai-laut-pmc-panik-dengan-kesan-awal.html
March 27, 2013 at 12:05 AMReply
Assalamualaikum,
Saya sebenarnya tdk tahu apa fungsi rumpai laut ni, sebelum ni saya hanya baca di blog2 atau fb dealers yg menjual rumpai laut tp tidak pernah terlintas utk membeli atau mencuba. Sehingga suatu hari, 20/3/13 saya balik kpg, saya nampak adik saya menggunakan rumpai laut ni dgn menyapu di muka sbg masker. Sy bertanya kpd adik saya apa fungsi rumpai laut ini dan berapa lama sdh dia gunakan. Dia menjawab, hari ini adalah hari yg ketiga dia menggunakannya dan dia begitu teruja utk menggunakannya di sebabkan bestfriend dia yg hanya baru menggunakan 1 mggu menunjukkan perubahan yg ketara.
1. Melicin dan memutihkan kulit muka.
2. Menutup semula pori2 di muka terutamanya di keliling hidung.
3. Tidak sembelit
4. Muka nampak gebu.
5. Mengecutkan dan menghilangkan jerawat.

Mendengar keajaiban rumpai laut ini membuatkan saya teruja untuk menggunakannya. Di sebabkan keturajaan saya, ibu, adk lelaki, suami saya, adik ipar pun turut menggunakannya. Selain Masker saya gunakan di muka, kami makan rumpai laut yg telah di masak.

Hari ke3 saya menggunakan rumpai laut ini, ia memang menunjukkan hasil yg positif menampakkan perubahan. Dan kini hari yg ke5.. saya betul2 berpuas hati kerana menunjukkan perubahan yg amat ketara. Perubahan yg sama sprt di nyatakan 5 perkara diatas selain itu dgn secara x langsung... kesan2 selulit yg byk di bhgian perut dan pinggang selepas bersalin, telah berkuranggan dan semakin halus padahal sebelum ini ia amat kasar bila saya sapu atau pegang.

Kalau mmg betul rumpai laut ini tdk mempunyai cologen sprt kenyataan di atas, its ok.. sekadar ilmu utk di kongsi. tp pada saya ia seolah2 cologen asli/ mentah.

Dan di sebabkan keturajaan kerana hasil.yg memuaskan. Saya beli rumpai laut ini 8 kilo sbg stok memandangkan harga yg teramat murah. Saya lupakan terus niat sebelum utk membeli SNE dan Aura White.

Tidak salah rasanya jika mengamalkan pemakanan yg sama khasiatnya tp jauh perbezaan dari segi harga.
March 27, 2013 at 10:36 AMReply
Oh ya. Saya makan PMC untuk gastric saya. So far so gooddddddd.
March 27, 2013 at 5:46 PMReply
kenapa ye ada saya tgk makcik2 kat rumah sy komited makan pmc ni bukan main suka sakit lutut dah hilang,sakit sendi hilang,,,suka betul dierang amalkan pmc,y paling saya terkejut muka tegang semacam,entahla klu la rumpai laut ni xde collagen seperti yg u kata mungkin ianya bgus utk kesihatan ....tp sy musykil blog u byk jugak complain barang orang lain.....bimbang juga jatuh fitnah,menjejasskan periuk nasik orang ,,,di akhirat u yang menangung emmmm ok jangan sentap i just say ape yg betul je...rumpai laut ni klu ikutkan masih dlm kajian kerajaan ,,,mungkin ianya bila di pki tegang je semacam ,,,ada sesetengha org mengaakan ada collagen ..Wallahualam
March 27, 2013 at 11:29 PMReply
nmpaknya masih byk lagi komen² yg berkisar ttg mempertahankan khasiat rumpai laut (setengah org menganggapnya kolagen). mereka masih confuse dan tak faham apa yg TSM tulis. TSM tulis ttg rumpai laut tidak mengandungi kolagen, bkn rumpai laut tiada faedah perubatan.
March 27, 2013 at 11:37 PMReply
TSM akan bongkar apa saja produk yg cuba menipu, mengelirukan pengguna demi mengaut keuntungan tak kira produk itu milik siapa sama ada mereka itu org Islam bangsa Melayu, cina, india, apa saja. TSM bukan diwujudkan utk tujuan perniagaan. TSM diwujudkan utk menyedarkan masyarakat agar tidak mudah tertipu lagi dan menjadi pengguna yg bijak sepertimana pengguna di negara-negara Barat dan Eropah, kesatuan pengguna mereka amat berkuasa, mereka pengguna yg berinformasi, mereka mendorong pengeluar utk menghasilkan barangan yg baik dan berkualiti sahaja. barangan yg palsu dan tidak berkualiti tidak mendapat tmpt di pasaran. apa saja tuduhan yg dilemparkan kpd kami, fitnah atau sebagainya, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat kami sebaliknya semangat kami semakin kuat utk terus membongkar penipuan-penipuan yg berlaku. Kami tidak takut kerana kami ada bukti.
March 28, 2013 at 1:38 PMReply
Assalam n salam sejahtera semua... Saya merupakan pelajar pasca yg mengkaji ttg industri rumpai laut, dan telah terlibat dlm penyelidikan rumpai laut ini lebih 10 tahun, bermula dr tahun 2002 sehingga la sekarang. Setau saya, sejak kami promote rumpai laut ni (locally n internationally) tidak pula kami claim yg rumpai laut ni ada collagen. It's just that rumpai laut ni kaya dengan nutrient yg baik utk badan... zink, protein, magnesium, iron, calcium, potassium and sodium.

Umumnya, rumpai laut yg dikultur di Sabah ni, ada dua jenis kappaphycus alvarezii (eucheuma cottonii) dan juga eucheuma denticulatum (eucheuma spinosum). dan yg paling byk digunakan dalam industri makanan, perubatan, produk kecantikan adalah kappaphycus alvarezii. Fungsi utama rumpai laut adalah sebagai binder, emulsifier, dan stabilizer sbb kandungan karagenannya tu. So, every single thing yg kt makan, pakai, even makanan haiwan pun mengandungi karageenan. Since potensinya baik utk industri n ekonomi especially for hardcore poor people, kerajaan ambil inisiatif utk pilih rumpai laut sbg salah satu projek berimpak tinggi.

Masalahnya sekarang, ramai yg tersilap fakta ttg rumpai laut dan ada yg terus menjatuhkan hukuman yang rumpai laut ni tidak betul or tipu... which is disappointment for us yang berusaha memastikan industri ini sustain. Yang malangnya ada yang menyalahgunakan fakta ttg rumpai laut, tidak kurang yang menipu utk mengaut keuntungan dengan menyalahgunakan fakta.

Penggunaan istilah 'ibu kolagen', I think itu hanya untuk tujuan promosi... So, kt jangan la terus judge negatif ttg benda ni. I know rumpai laut tidak ada kolagen, tp bila ada org datang pada saya and promote ttg kolagen rumpai laut, saya just senyum sahaja and pelan2 sy akan betulkan fakta. Bukannya terus claim yg org tu tipu...

Its good la sbb penulis membuat kajian terperinci mengenai rumpai laut, bertambah knowledge kan... :) tp mgkn ada yg penulis sampaikan tu menyinggung perasaan pembaca... at first, sy baca pun ada rasa sedikit tersinggung sbb sy sudah berada dalam industri ni, agak lama.

So, bagi yg ingin teruskan mengambil 'kolagen' ni tidak salah, itu hak masing2 dan penulis juga punya hak utk berkongsi maklumat yg diperolehi. Indirectly sy juga suka untuk berkongsi ttg rumpai laut ni, that's why la sy komen.