Setelah sebulan berlalu, saya baru ada masa untuk memasukkan gambar kenangan raya. Gambar-gambar ini dirakam sewaktu menyambut raya di kampung suami di Kelantan. Mula-mula ingin beraya di kampung orang tua saya sahaja di Pahang, tetapi di saat akhir kami ubah fikiran untuk balik ke Kelantan. Kedua-dua ibu dan bapa mertua saya sudah meninggal. Arwah emak mertua yg saya panggil Mok, sempat membina rumah batu ini untuk ditinggalkan kepada anak bongsunya, Mok Su Nab. Dengan terbinanya ia, lenyaplah daripada pandangan rumah asal daripada kayu.
Pakaian raya tahun ini bertemakan oren.. saja tak pilih warna 'sebiji' sama, agar tidak kelihatan seperti kumpulan boria. Warna baju Melayu Si Dia dan Izat lari sikit, tetapi tak apalah asalkan tonanya seakan...
Agenda selepas solat raya ialah menziarah kubur. Mok Su Nab dan Yana, berjalan kaki ke tanah perkuburan.
Keluarga sepupu Yana, Ariff dan isterinya Dr Elani.
Kamil dan anak sepupunya - nampak saja kecil, tetapi sudah darjah dua.. Kamil pun nampak saja kecil, tetapi sudah Tingkatan dua.
Di rumah seorang lagi kakak ipar, Che Wa dan suaminya Ayah Ye. Suka dengan pokok bunga kertasnya yang subur dan rendang.

bestnya tgk gmbar2 raya akak...
ReplyDeleteye ke.. hmmm rakaman gambar buat kenangan...terima kasih keapda E-na kerana sudi menjenguk ke sini...
ReplyDeleteAs salam.
ReplyDeleteSinggah sini dan follow :)
Jemput singgah blog saya ;-)
Alaikummussalam...Hmmm terima kasih Oh Oeya kerana singgan di blog akak yg sempoi ni...
ReplyDelete