Friday, February 11, 2011

Dugaan daripada luar untuk isteri...

Bagi mereka yang usia perkahwinan sudah meniti senja, sering bergaduh dan saling menyakiti dengan kata-kata, bukalah album lama... tengok gambar bersama suami semasa muda , mungkin dapat menyejukkan hati...

Pada suatu hari itu, saya bertemu dengan seorang rakan lama, rakan sekursus ketika di UiTM di Tupai-Tupai. Dalam restoran yang diteduhi pokok rendang dan menghijau di satu kawasan terceruk di KL, kami banyak berkongsi cerita. Paling menarik mengenai dua rakan perempuan seusia, si A dan si B yang menempuh dugaan dalam liku perkahwinan mereka. Hakikatnya dua rakan itu tidak pun menghadapi sebarang masalah dalam rumah tangga mereka.

Namun saat usia mencecah separuh abad (50 tahun), barulah perasaan mereka diduga. Si A didatangi rakan sewaktu zaman kanak-kanak yang tiba muncul dan diganggu dengan sms yang pelbagai ragam, meluahkan perasaan, sedangkan kawan itu tahu yang lelaki berkenaan sudah pun beristeri.

Si A yg juga kawan saya itu sengaja melayan lelaki berkenaan sehingga suatu hari dia saja bertanya, "Kalau U betul-betul suka pada I, sanggupkah you kahwin dengan I kalau I bercerai?" dan lelaki itu tidak menjawab sepatah pun.

Selepas sekali dua keluar dengan lelaki itu, kemudian menerusi FB, si A dapat mengesan satu perkara...bahawa lelaki yang dianggapnya sangat baik, dikenali sejak zaman kanak-kanak dan sedang bersms gila dengannya adalah suami kepada dua orang isteri! Apabila ditanya, lelaki itu mengaku pulak. Dan Si A menyoal, "Dah ada dua isteri, mengapa pula nak menggatal dan mempermain-mainkan perasaan I?" Jawapan bodoh diberikan oleh lelaki itu.

Lelaki itu pernah memberitahu Si A yang dia sering tidur berseorangan di hotel...

Dan Si A terfikir, mengapa pula pergi tidur di hotel, sedangkan dia mempunyai dua rumah dan dua isteri? Lantas Si A membuat kesimpulan, mungkin dia asyik bergaduh dan dimarahi oleh isteri pertama dan kedua sehingga mereka menutup pintu rumah, menyebabkan suami mereka yang seorang itu terpaksa tidur di hotel. Sambil itu, lelaki berkenaan sibuk mencari perempuan lain sebagai teman bicara, untuk meluahkan perasaan dan melegakan hatinya yang sedang berserabut. Dan kebetulan dia (Si A) yang menjadi mangsa.

Walaupun ada suami dan tidak sangat terpengaruh dengan kawan lelakinya itu, luluh juga hati Si A. `Perasaan hati saya ketika, bagai langit nak runtuh mengenangkan apa yang berlaku.' "Sampai hati U tipu I, U tak pernah beritahu yang U ada dua isteri, lepas tu ada hati pula nak main-mainkan perasaan I!" Terguris Si A oleh perbuatan kawannya itu. Pada firasat saya, tentu juga dia berasa malu pada dirinya kerana dipermainkan begitu oleh kawan, yang konon sangat baik ketika di zaman kanak-kanak dulu.

Satu lagi cerita, Si B pula asyik bersms dengan seorang lelaki yang lebih muda 10 tahun daripadanya. Lelaki itu juga adalah suami orang, mempunyai tiga anak kecil yang comel-comel. Lelaki itu asyik mengajak Si B berjumpa di hotel. Walaupun ditolak, dia tetap mengajak berjumpa di bilik hotel. Apabila dicadangkan oleh si B untuk berjumpa di restoran di satu pusat beli belah, lelaki itu menjawab, "Tak boleh, di situ ramai orang kenal saya."

Si B berkata, "Mengapa pula takut orang nampak, tak kisahlah kan berjumpa dan berbual di meja restoran, secara terbuka... saya biasa begitu.. tidak menjadi soal kerana ala-ala urusan kerja."

Tapi-tapi lama kelamaan Si B dapat mengesan bahawa lelaki itu hanya memainkan perasaannya kerana setiap kali mereka cuba mengatur pertemuan, pertemuan itu tidak akan berlaku.. menghabiskan masa sahaja bersms.

Bodohkan melayan benda-benda macam ni...

Nak tahu tak siapa Si A dan Si B tu? Si A adalah kawan yang saya berjumpa di Tupai-Tupai itu, manakala Si B adalah dot dot dot... Hakikatnya hidup kita tidak akan berwarna-warni jika kita tidak melalui pengalaman-pengalaman pelik seperti ini...

6 comments:

  1. isskk..macam2 halkan...setiap org mesti diduga tapi dugaan dlm bentuk berlainan.

    ReplyDelete
  2. Begitulah kisah hidup di dunia ini Siti (Rynas), nanti akak cerita banyak lagi kisah-kisah skandal yang lebih teruk, membabitkan mereka yang sudah bersuami dan beristeri..

    ReplyDelete
  3. Mudah2an perkenalan selama 10 tahun sebelum berkahwin, dan sekarang sudah 15 berkahwin, mengharapkan kebahagian sehingga ke akhir hayat. AMEEN..

    ReplyDelete
  4. Yan: Alhamdulillah... itulah yang kita harapkan-harapkan....

    ReplyDelete
  5. yer ker kak shidah selalu tgk citer kat Tv jer..cepat2 buat pendedahan segera hehheheh

    ReplyDelete
  6. Hm siti (rynas).. rupa2nya apa yang berlaku di luar itu sama saja dengan yang didramakan...

    ReplyDelete