Thursday, January 27, 2011

jalan-jalan,,, cuci mata

4766


4745


4759


4755

gantung1


gantung2

gantung3

4741

4734

4729

4712

4798


Tajuk: Sekolah Bertukar Resort

Dalam tulisan sebelum ini (Nama)........ sudah membicarakan mengenai beberapa gaya atau tema hiasan dalaman yang boleh diterapkan di kediaman. Kali ini, apa kata kita kenali satu lagi gaya iaitu yang bercirikan resort.

(Nama) ingin membawa pembaca berjalan-jalan ke Negara Gajah Putih dan melihat keadaan sebuah sekolah yang kini dijadikan asrama penginapan. Sekolah itu bertukar menjadi pusat penginapan berharga patut dikenali Imm Eco setelah kawasan persekitarannya diperindahkan dengan lanskap menarik sementara bilik darjah yang dulunya dilengkapi kerusi dan meja digantikan dengan katil.

Terletak di Chiang Mai, kawasan sekolah itu berubah wajah apabila halaman yang dulunya tempat murid beratur, dibina kolam renang. Kehadiran kolam bentuk segi empat yang dilimpahi air yang membiru ternyata menggamit tumpuan.

Permukaan tanah di sekitar kawasan kolam renang dikemasi turapan jubin dan butiran batu pasir warna terracotta. Kerusi malas warna putih yang diteduhi payung merah hati di sediakan untuk duduk bersantai.

Kawasan kolam itu terlindung di sebalik tembok batu dengan laluan masuk dilengkapi gerbang melengkung dibina merentangi tangga batu yang membawa ke kawasan kolam.

Bangunan dua tingkat yang menawarkan bilik-bilik penginapan menampilkan tarikan menerusi gantungan pokok dalam pasu yang tumbuh berjuraian, meredupkan kawasan balkoni. Peneduh lut sinar ditambah pada hujung bumbung utama bagi menghindari tempias hujan manakala logam pengadang balkoni dicat perang.

Pusat penginapan Imm Eco Chiang Mai menawarkan pilihan bilik untuk seorang dan dua orang serta dorm berasingan untuk penyewa perempuan dan lelaki. Keseluruhan bilik mengekalkan suasana seperti di asrama dengan katil berkemasan cadar putih.

Katil jenis setingkat dan dua tingkat dibina khas daripada kayu, mewujudkan suasana tropika. Penampilan bilik bergaya santai dengan lantai mengekalkan simen render, sesuai tarafnya sebagai pusat penginapan berharga patut. Biarpun tidak memperlihatkan suasana mewah namun keadaan bilik tampil kemas dan selesa.

Pusat penginapan ini sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana persekitaran sunyi dan nyaman. Kadar sewaan kira-kira RM30 satu malam, sesuai untuk pengunjung yang mempunyai bajet sederhana.

Dengan bayaran serendah itu, pelanggan tetap berpeluang menikmati segala kemudahan asas yang disediakan seperti kolam mandi yang luas dan gimnasium.

Turut disediakan restoran bertempat di bangunan tersendiri daripada kayu berimej usang, dihiasi rimbunan pokok tropika di bahagian hadapannya. Rimbunan tumbuhan keladi gajah yang subur menghijau menapis biasan cahaya panas daripada luar.

Lanskap bahagian hadapan pusat penginapan ini tampil ringkas dengan rumput taman melatari persekitaran. Namun tiga patung gajah dalam ukuran sebenar yang `berkawal’ di situ menggamit tumpuan.

Ciri resort untuk kediaman diperlihatkan menerusi gandingan gaya ringkas dengan suasana semula jadi, yang menawarkan keselesaan sebagai sebuah tempat tinggal seperti diperlihatkan oleh pusat peranginan seakan asrama ini. Ia terletak di dalam kawasan taman tropika, mesra ekologi yang menghijau namun tidak jauh dari pusat bandar Chiang Mai.

Selain bilik yang selesa dihias gaya moden Thai, Imm Eco Chiang Mai juga menyediakan ruang penginapan terbuka di mana pengunjung boleh tinggal bersekali seperti di asrama sambil berkongsi pengalaman pengembaraan.

Keterangan gambar: - rujuk nombor pada gambar

- 4741

Kolam renang bentuk segi empat yang luas dibina di bahagian tengah halaman, membentuk lanskap biru di sebuah kompleks penginapan harga patut,Imeco di Chiang Mai. Kerusi malas yang dilindungi payung disediakan di tepi kolam sebagai tempat duduk bersantai.

Pix- gantung 3 . Pokok dalam pasu konkrit disusun berderet di sepanjang salah satu tepi kolam, membentuk suasana redup dan menjadikan tempat ini nyaman untuk beriadah. Bangunan setingkat di sebelahnya turut menyediakan bilik-bilik penginapan.

4717. Tiga patung gajah ukuran sebenar, ditempatkan di bahagian hadapan melengkapi lanskap yang dilitupi rumput taman. Persekitaran halaman depan tidak disaratkan dengan pelbagai jenis tumbuhan tetapi sekadar menempatkan beberapa beberapa pokok renek termasuk pokok lidah jin, pokok bawang dan birdnest.

4728. Kawasan halaman yang diteduhi pokok-pokok tinggi yang membiaskan gaya lanskap kebun atau rumah kampung. Namun lampu lantai bertiang tinggi mencetuskan nilai estetika pemandangan di waktu malam.

4729. Lapan anak tangga daripada binaan simen dibina menghubungkan kawasan bangunan yang menempatkan kaunter penyambut tetamu dengan kawasan kolam renang dan rumah penginapan di bahagian belakang. Kawasan hadapan tangga diturapkan batu pejalan kaki yang mebentuk corak terpilih.

4744. 45, 55. Katil setingkat dan dua tingkat dengan kemasan tilam berwarna putih disediakan untuk kemudahan bermalan.

4759. Lorong berturap tar yang diiringi rimbunan pokok herba termasuk paku dan palas membawa ke kawasan belakang pusat penginapan.

4761 - Pokok eksotik jenis paku atau parasit hidup pada dahan pokok besar di halaman.

Gantung 2 - Pergola kayu usang menghiasi taman yang dipenuhi rimbunan pokok janggut, pandan, keladi dan heliconia.

4766 Tangga kayu rendah membawa ke kaki lima kedai kopi yang dibina daripada kayu usang di bahagian tengah kawasan.

4708 Ruang menyambut tetamu tampil berlainan dengan warna tema hijau. Bilik menampilkan sisipan garis putih pada siling dan bingkai tingkap. Sudut menunggu menyediakan perabot warna kuning dan merah.

4710. Reka bentuk tempat pemegang gelas tampil unik dengan motif bunga diperbuat daripada bahan logam berkemasan antik.

No comments:

Post a Comment