Today is the mengantuk day. Saat di ofis amat membosankan. Semua bahan sudah siap, menunggu lay out daripada grafik tak nampak-nampak. Lebih baik keluar cari bahan.. kemudian terus balik. Sampai di rumah terus baring dan tertidur sehingga hampir masuk waktu isyak...
Bangun dan mandi. Barulahlah segar sedikit. Rumah sunyi sepi... anak-anak semua tak ada di rumah. Izzat kembali ke Mimet UniKl menyelesaikan projek akhirnya, Iliyana dan Kamil masing-masing in hostel.
Sambil beristirahat, tonton TV. Kebetulan sedang ke udara satu rancangan pembongkaran penipuan di alam cyber di TV1... ada kaitan dengan entri saya sebelum ini. Saya rasa ramai yang pernah mendapat emel mengenai seseorang menawarkan untuk membahagikan wang yang tidak dituntut di luar negara atau wang seseorang yang meninggal dunia tanpa waris... atau yang seumpamanya... saya pun pernah menerimanya tetapi saya ignore sahaja.
Saya rasa penipuan yang dilaporkan berpunca daripada emel seperti yang saya terima ini. Seorang mangsa membuat pengakuan ditipu... dia bersetuju untuk menerima bungkusan bernilai yang akan dihantar kepadanya. Modus operandi penipuan sangat licik di mana setiap urusan konon-konon perlu melalui mahkamah dan peguam untuk pengesahan dengan menandatangani dokumen bagi membolehkan pengiriman wang atau barangan terbabit.
Penipuan sangat ketara apabila mangsa diminta supaya membuat pembayaran terlebih dahulu bagi kos guaman atau kos transaksi.. tidak lama kemudian mangsa akan menerima panggilan daripada KLIA, kadang-kadang mendakwa daripada jabatan imegresen menuntut wang untuk pelepasan barangan. Benda-benda ini janganlah percaya... mangsa itu memberitahu, dia diminta untuk membuat pembayaran demi pembayaran, sehinggalah kepada tahap dia tidak mampu lagi untuk membayar, sedangkan barang yang sepatutnya dihantar kepadanya tidak nampak bayang.
Akhirnya dia mengesyaki sudah ditipu selepas dia menelefon Ketua Pengarah Imigresen bahawa kakitangannya tidak boleh menuntut wang daripada orang, apatah lagi membuat panggilan untuk meminta menerusi telefon bimbit.
Mangsa itu kerugian hampir RM10,000, pihak sendiket tidak pernah berputus asa untuk terus membuat panggilan, meminta dan meminta pembayaran wang... tetapi mangsa nekad untuk tidak melayan dan memberitahu pihak sindiket bahawa itu semua satu penipuan. Namun pihak sendiket akan cuba sedaya upaya mempertahankan bahawa urusan itu adalah benar... Bagus juga mangsa itu berhenti membayar, jika tidak dia akan terus ditipu dan ditipu...
So janganlah percaya lagi kalau ada orang menawarkan nak menyerahkan apa-apa barangan kepada anda, sama ada barangan itu tidak wujud atau ia adalah barangan terlarang.
Jadi, berhati-hatilah!
No comments:
Post a Comment